Friday, December 13, 2013

DIALOG SANTAI.. "JAUHILAH AKIDAH BID'AH-MEMBID’AH"



DIALOG SANTAI.." JAUHILAH BID'AH-MEMBID’AH"

Pembid’ah : Ustaz, stop membela bid'ah..
Ustaz : Apa masalah awak sebenarnya ??

Pembid’ah : Kami masa buat PhD di UK dulu, mana ada amalan tahlil yasin cam gini!!
Ustaz : Saya tanya ni, apa masalah awak sebenarnya ni ?

Pembid’ah : Jelas, inilah masalah umat Islam ustaz, ia karena akan mematikan sunnah.
Ustaz : Oh. Bererti Saidina Umar sudah mematikan sunnah ya?

Pembid’ah : Ustaz, jangan belit laa, yang dimaksud bid'ah dalam ucapan Umar itu bid'ah secara bahasa (lughatan) bukan secara syariat (syar'an).
Ustaz : Jadi, apa masalahnya ? Takkan lah  tak boleh melakukan bid'ah ‘secara bahasa’ yang awak maksudkan tu ?

Pembid’ah : Kalau dalam agama tidak boleh ada bid'ah ustaz, pasal, bid'ah semuanya sesat. Agama ini dah sempurna dah. Cuba baca surat al-Maidah ayat ketiga " Al-Yauma akmaltu lakum...". Setelah Nabi wafat, mana ada wahyu lagi, jadi ustaz-ustaz aswaja (ahli sunnah wal jamaah) tak payah laa reka perkara baru dalam agama seakan-akan sudah dapat wahyu dari Allah, dah kenapa sampai nak ngaku nabi !!!
Ustaz : Ya, kami pun demikian, kami pun membenci bid'ah dalam agama yang tidak sesuai dengan asal dalam syariat. Santri pemula ini pun juga paham.

Pembid’ah : Kalau gitu, bererti tidak ada bid'ah hasanah kerana semua bid'ah itu sesat.
Ustaz : Saya Tanya. Bid'ah secara bahasa yang kamu sebut tadi tu apa?

Pembid’ah : Yaitu semua perkara baru yang belum ada contohnya.
Ustaz : Lalu apa yang dilakukan Saidina Umar itu bid'ah secara bahasa yang belum ada contohnya kan ? Betul ?

Pembid’ah : em, em....maksudnya tak ada asal dalam syariat seperti yang dijelaskan oleh Imam asy-Syathibi dalam al-'itishamnya...
Ustaz : Bererti kamu setuju bahwa segala perkara baru yang berlandaskan syariat itu diperbolehkan ?

Pembid’ah : i..i..iyer
Ustaz : Kalau gitu, bererti kita sama-sama mengakui ada bid'ah yang boleh dilakukan kan ? Tapi menurut kamu itu adalah bid'ah secara bahasa, dan kami aswaja menyebutnya bid'ah hasanah. Ini sama kan tidak berbeda, hanya ‘kulit’nya saja yang berbeza. Kamu sebut itu adalah bid'ah lughatan atau maslahah mursalah, sedangkan benda yang sama juga, kami menyebutnya bid'ah hasanah.

Pembid’ah : Tapi tunggu dulu ustaz. Apa yang dilakukan Umar itu sebenarnya bukan bid'ah tapi itu sunnah karena solat terawih tu kan pernah dilakukan Nabi.
Ustaz : Kalau itu sunnah, kenapa Sayyidina Umar sebut “inilah sebaik-baik bid'ah” bukan “inilah sebaik-baik sunnah” ?? Ucapan kamu pun kontradiksi, belit-belit laa.Tadi kamu katakan bahawa bid'ah secara bahasa itu adalah perkara baru yang tidak ada contohnya. Sekrang pula, kamu cakap yang solat terawih yang disebut bid'ah oleh Saidina Umar, itu ada contohnya. Aduhg, yang benar yang mana ni ??

Pembid’ah : Eit, tunggu dulu, jangan gitu ustaz...apa yang dilakukan Umar itu adalah sunnah. Karena Nabi bersabda " Ikutilah sunnah Khulafa’ Rasyidin setelahku ".
Ustaz : Itu juga kontradiksi, bertentangan maksud. Bukankah kah kamu sudah katakan di awal tadi bahawa agama ini sudah sempurna, tidak boleh ditambahi atau dikurangi lagi, artinya wahyu telah terputus setelah Nabi wafat. Sekarang kamu nak tuduh Saidina Umar buat syariat baru pulak ke?

Pembid’ah : Saya nak hapuskan bid’ah. Hidup saya ialah sunnah diutamakan, bid’ah dihapuskan. Sedangkan sunnah masih banyak belum dibuat, sibuk nak buat bid’ah kenapa?
Ustaz : Laa, kamu ni pusing semula macam awal tadi. Jadi, kamu nak hapuskan Saidina Abu Bakar yang himpun Al-Quran? Kamu nak hapuskan Umar kerana himpun terawih? Kamu nak hapuskan Saidina Uthman kerana azan kedua Jumaat? Kamu ni camana ni? Kamu sebelum ini nampaknya seperti sangat membenci Syiah, tapi secara tak langsung, tiga khalifah mulia ini juga terkena ‘tembak’ dengan cara fahaman kamu ni.

Pembid’ah :... dah la...saya nak gi daurah dulu...
Ustaz : Laa..lari pulak dah..

Wednesday, December 11, 2013

Kalaupun membenci Syiah...

Sangat tepat apa yang disebutkan oleh Hujjatul Islam Imam Abu Hamid al-Ghazali :

"لو سكت من لا يعرف قلَّ الاختلاف"

الحاوي للفتاوى ج2 ص 116

"Jika DIAM orang yang tidak mengetahui (tidak mempunyai ilmu berkenaan sesuatu perkara), nescaya kuranglah perselisihan"

*Saya tambah: yang sering menuduh, dia harus mengemukakan bukti dahulu. Kebencian kita terhadap sesuatu, jangan pula menjadikan kita bertindak zalim ke atas sesuatu.