OLEH : ALEXANDARICAIRO
Watak 7. Pendekar – musuh utama pengikut tin A
Watak 8. Anak-anak murid pendekar
Watak 9. Hang Tuah
Watak 10. Uncle – pengkaji paranormal di Malaysia
Watak 11. Dr Masyitah
Watak 12….episod seterusnya…
‘Pembohongan yang berulang akan diterima sebagai kebenaran yang nyata’ mengorak khittah. Slogan bertambah, penyedap rencah. Rencah berkuah, resepi tin A yang bedebah. Tin A memang menyusah. Pernah berkhutbah, berlagak macam khalifah. Sibuk mengatakan, masalah menyamakan tin dan botol itu masalah khilafiah. Berbicara macam si penghisap dadah atau si mabuk yang sedang dipapah.
Menyusah dan meresah. Resah bukan setakat dwiarah, tapi macam arab badwi yang berpindah-randah, tak berumah. Kan parah. Lebih dahsyat daripada orang yang menderita kerana barah.

Jahat tin A tak terkawal sudah. Karya ketengah, fitnah bertambah. Kalau tersalah, pasti maaf akan dipersembah. Tapi fitnah ini bukan tersalah, tapi satu kesengajaan untuk merosak ummah. Lebih sudu dari kuah.
Letih tokoh-tokoh kebenaran tin serta yang lain seperti baldi dan gayung membongkar fitnah-fitnah yang sudah. Benarlah. Setiap zaman, pasti ada yang menjelaskan keadaan dengan menyelak topeng yang terlakar di wajah. Kenapa? Kerana setiap generasi bertukar, ada sahaja yang cuba mahu hidupkan ajaran sesat tin A ini, berteraskan fitnah.
Tin A, tin A. Kesalahannya sangat parah. Separah sekujur tubuh yang dicincang parang lalu berlumuran darah. Memancut sana-sini tak mengenal arah, daging bersepah-sepah. Mulia lagi kambing yang dizabah. Kalau ‘uncle’ tengokpun akan taubat tak nak cari hantu lagi kerana keberanian maksima diuji sudah.
Semua yang cintakan kebenaran, bila dengar tentang tin A, pasti akan marah. Marah sampai mukanya merah. Merah menyala macam susunan lampu isyarat yang paling kanan atau yang paling bawah. Kalau yang keras hati sikit, akan terpacul dari mulutnya ‘haram jadah’.
Kalaulah Hang Tuah lihat jahatnya tin A bertingkah, nescaya akan ditetak sahaja hingga berdarah. Biar mati bagaikan tin tak bermaruah. ‘Takkan melayu hilang di dunia’ akan ditambah dengan slogan ‘takkan kubiarkan tin A, si penyesat ummah’.
Punah-ranah. Gelisah. Gundah. Zalim metah. Itulah hasil sentuhan tin A sejak kurun ke 7 yang sudah. Istilah ‘akulah botol’, ‘botolisme’, ‘botoliah’, ‘aku botoli’ diulang sebut dalam karyanya yang langsung tak berarah. Tak berarah kerana tiada bukti menyokong dakyah. Semuanya fitnah. Fitnah dan dakyah berselit kata yang lewah. Semuanya renyah.
Malangnya fitnah dinasab kepada botol yang tak bersalah. Tin A kata ‘botol kata begitulah’, ‘botol beramal beginilah’. Yakah? Mana ada. Piirah!!!
Tin A gembira macam orang pergi berkelah. Sebab anak-anak muridnya taat menjurah. Sampai hari ini pun akan kedengaran nada yang sama mencorong bersenjatakan lidah yang petah. ‘Kamilah botoli’, ‘tin A bermanhaj botol’, ‘kami botoliah’. Semua mereka jatuh ke sehina-hina lembah, bagai tin jatuh merebah-rempah.
Alaah! Boleh blah!
Rakyat jelata yang mendapat hidayah, akan nampak kebatilan tin A ini dengan cukup terang, seterang cahaya yang indah. Itupun kalau ada benteng ilmu yang kukuh untuk membeza benar dan salah. Ada yang lebih gah, sertakan pula dengan susunan kemas hujah. Hujah untuk menentang dakyah. Setiap zaman, akan ada saja tokoh yang ‘bantai’ dakyah tin A dari segenap arah.
Kalau tak percaya, lihatlah sejarah. Sungguh banyak karya bersinggah di setiap maktabah. Bukan sahaja maktabah, sebab maktabah hanya tersedia yang dicetak mudah.
Pergilah. Tujulah kepada tokoh-tokoh yang bermaruah. Mereka menyimpan banyak khazanah. Akan terlihat, karya versi tulisan tangan dari tokoh yang serba thiqah. Tuntutlah kebenaran supaya tahu apa yang salah. Pegangan yang benar sahaja akan diterimapakai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Tuhan akan memberi inayah. Mohonlah.
Di zaman ini, ada pendekarnya yang membuka langkah. Terkenal peribadinya tersohor megah. Karyanya tersergam, nilai tertarbiah. Pendekar ini lengkap bersenjata zahiriah dan batiniah. Nampak ‘macho’ dari lahiriah. Setiap dakyah, dibalas hujah. Tak akan sekalipun, menyebut ‘biarlah’. Bersilih ganti cabaran menujah. Pantang mengalah. Tiada alasan munasabah untuk mengalah. Terus melangkah tanpa noktah.
Jujur sahajalah. Dalam dirinya ada rasa menyampah. Dengar sahaja nama tin A, memang pun menyampah. Menyampah tin A, satu ibadah. Sebab tin A memang layak di bakul sampah. Menyampah bukan dengan sumpah seranah. Hanya hujah diketengah.

Pendekar tahu bagaimana memastikan tembelang pecah. Pecah yang benar-benar pecah. Pecah yang tak akan boleh dibaiki dengan apapun walaupun gam gajah.
Pendekar sangat dikenali wajah. Kuat ingatannya, akhlak indah. Peribadinya tabah. Kuat ibadah, berteman zikrullah, istiqamah mujahadah. Pendukung tin A tidak selesa di setiap arah. Hari-hari akan ditujah. Ditujah oleh pendekar dengan hujah. Hujah untuk berdakwah. Bukan publisiti murah.
Pendekar dibantu pengikut setia yang lebih hebat dari Hang Tuah. Lebih takah. Berkhittah pantas setangkas helang yang menyewah. Kalau Hang Tuah ada, mungkin juga akan turut mempersembah. Mempersembah tenaga yang sedia gagah. Demi pastikan kebenaran menyerlah.
Pendekar dan pengikutnya pun berhikayat akan sejarah. Memang istimewa pendekar yang thiqah. Nasib baik pendekar ini, periwayat sejarah, penghafal sejarah, peneliti sejarah..
Untuk apa sejarah? Benarlah. Sejarah membantu mengenal sang bedebah. Sang bedebah termaksud, ialah tin A yang tiada arah. Sebab, selama dikandung hayat, tin A hanya suka berfalsafah. Berfalsafah sambil bersiasah. ‘Aku botol’, ‘aku mengikut manhaj botol’ itulah falsafahnya yang sudah. Kalau ilmuan dengar, pasti papah.
Sejarah tetap sejarah. Realitinya tidak dapat diubah. Hanya orang jahat akan ubah. Bukanpun ubah sejarah. Cuma ubah tulisan fakta untuk ‘create’ sejarah. Padam sana, tukar sini, tambah situ, buat tokoh-tokoh marah. Bila dah habis modal, mulalah buat kerja tak bermaruah dan tak berfaedah. Karya asal sudah bertukar wajah.
Itulah namanya penjanayah. Tin-tin malang terus percaya dengan penjenayah. Bela penjenayah. Yang peliknya, mereka kata, tin A pelopor ummah. Piiirah!!
Karya asal tin A bertukar wajah. Hanya slogan palsunya masih meniti di bibir-bibir pendukungnya yang berlagak macam pendakwah. Itu bukan pendakwah. Tapi penyesat ummah.
Betapa banyak tin-tin yang sudah bermazhabkan tin A yang punah. Bukan sahaja tin, ada baldi, gayung, kotak yang turut sama tertipu dengan imej yang seolah-olah macam tin baik, saling tak tumpah. Piirah!!
Ini bukan lagi ular dalam selimut atau gunting dalam lipatan, tapi ini dah dikira syaitan dalam darah. Kerana setiap degupan akan berpaksikan kebatilan yang memusnah. Akan terlihat musnahnya nanti di alam yang telah ditempah. Antaranya alam barzakh. Semua amalan menjadi tak berkimah.
Tak percaya? Kalau tak percaya, buatlah. ‘Buatlah’ bukan ayat suruhan, tapi amaran dari hati yang marah. Marah bukan berlandaskan nafsu yang amarah. Hanya kebenaran yang menjadikannya terus membangkang dan membantah.
Hikayat dari pendekar tadi, terusan berdakwah, difaham mudah, dihafal susah. Hebat sungguh pendekar dari bumi bertuah. Setiap detik, menyelesai masalah. Masalah yang payah, dilerai dengan hikmah. Seusai satu masalah, selesaikan satu lagi dengan mempermudah. Tugasnya mengubat hati yang kelusuh-kelasah.
Anugerah Allah buat ummah. Setiap kurun, akan lahir pendekar yang gagah. Inilah.
Fokus pendekar, sistematik dan berpaksikan persoalan pokok yang menunjang ke tanah. Menurut pendekar, sanubari rakyat jelata, mestilah pokok subur yang menunjang gagah. Bila pokok sudah gagah, segala keraguan akan terungkai walaupun ada yang cuba menggubah. Yang lebih pasti, akan menghasilkan jiwa yang menolak dan menentang tin A mentah-mentah.
Slogan ‘tin A perosak ummah’ mesti diketengah. Diketengah kepada ummah dengan hujah. Jangan ada lagi tin-tin atau selainnya menjadi mangsa tipuan tin A yang telah terbukti, seorang penyangak tak bermaruah.
Bukanlah asing, jika slogan ‘tin A perosak ummah’ terbang masuk ke gegendang lalu di benak ia menyinggah. Ia bukan slogan lama ataupun satu bid’ah. Ia adalah tanggungjawab yang terpundak di bahu seorang pendekar yang bermaruah dan amanah. Amanah akan ditunaikan sedaya kederat jasad seorang hamba yang taat kepada Allah.
Pendekar mengajar, pendekar mentarbiah. Semua kanannya, menurut perintah. Lalu bersiap ke medan dakwah. Turun padang, lawat dan singgah.
Mudah-mudahan bersambunglah…. Jika ada masa dan tiada masalah….
( Perhatianlah : Ada yang menelah. Penulis bermadah, tin A bermaksud Dr Masyitah. Tak lah. Sumpah! Dr Masyitah tiada kaitan, tidak dagingnya, tidak darah mahupun wajah. Wanita itukan indah. Seindah suria yang cerah. ‘Fair and lovely’ pun kalah. Lagilah kalau bersolek, berebut mata yang mengarah. Senyumannya mampu menewaskan si gagah. Wanita bak mawar merah. Mekar di mana saja termasuk tanah pamah. Sudah Alexandaricairo, sudah, sudah! Cukuplah. Lari tajuk dan mula mengarutlah. Hah hah...)