DITULIS OLEH : ALEXANDARICAIRO
Menengadah ke ruang tajuk, ada beberapa perkara yang penulis ingin butirkan sebagai lampu suluh kepada maksud tajuk. ‘Ahli falsafah’ dalam matan tajuk merujuk kepada ahli falsafah yang memiliki akidah dan iktikad yang batil berdasarkan neraca Islam manakala matan ‘ahli hadis’ merujuk kepada tokoh-tokoh yang memiliki autoriti besar dalam keterpeliharaan dan perkembangan ilmu Hadis Rasulullah. Tatkala dua perkataan itu disulam dengan perkataan ‘bukan’, maka ia memberi nilai positif untuk perkataan awal sambil memberi nilai negatif bagi perkataan yang selanjutnya. Jadi, tajuk ini merujuk kepada sebuah penjelasan ringkas bagaimana dua dunia ( falsafah dan hadis ) itu mesti dipisahkan dan memangpun akan terpisah, apabila wujud satu tembok besar yang sama sekali tidak membenarkan pertemuan kedua-duanya walaupun secara zahir seolah-olah kedua-dua dunia itu dijelajah serampang dua mata. ‘Tembok besar’ di sini ialah akidah Islam.
Akidah mempunyai norma yang sangat ‘emas’ dalam diri setiap muslim. Akidahlah yang menjadi benteng seseorang sama ada Islam atau sebaliknya. Sehebat manapun maksiat yang dilakukan oleh seorang muslim, dirinya tetap mempunyai nilai yang berharga kerana wujudnya iman dam Islam dalam dirinya. Adapun orang bukan Islam, sebaik manapun, bersedekah segunung harta, membina beribu masjid atau berpuasa sepanjang tahun, kebaikan itu tidak ada ‘nilai akhirat’ untuk dirinya. Inilah ‘emas’ yang ada dalam diri setiap muslim. Ia adalah nilai akidah.
Dunia hadis pula merupakan ‘alam luas’ yang sangat berharga dalam dunia Islam. Masakan tidak, kerana hadis merupakan perlembagaan Islam kedua, selepas Quran. Setiap orang Islam mesti berpegang teguh dengan hadis yang merupakan salah satu panduan hidup yang mesti diikuti. Begitulah tingginya kedudukan hadis dalam Islam. Sebab itulah, jangan kita benarkan dunia hadis dicemari dengan akidah yang rosak. Lebih jelas lagi, jangan memberi leluasa kepada mana-mana individu untuk membicarakan tentang hadis jika akidahnya sudah rosak walaupun individu tersebut mempunyai banyak khazanah yang berkisar tentang hadis. Menyelusuri dunia hadis berbekalkan akidah yang batil akan mengundang seribu satu kecacatan dan kesalahfahaman berhubung makna dan mafhum hadis. Ia pasti merosakkan perlembagaan kedua Islam itu. Penulis mengatakan ‘pasti’ kerana tafsiran-tafsiran songsang tersebut akan berakhir dengan menyekutukan Allah.
‘Akidah yang batil’ maksud penulis di sini ialah akidah yang dianuti oleh beberapa golongan ahli falsafah yang jelas bertentangan dengan akidah Islam iaitu beriktikad bahawa alam itu wujud sejak azali bersama Allah. Akidah ini bertentangan dengan akidah Islam. Akidah batil ini sebenarnya lahir dari keterdesakan minda yang rosak kerana cuba mahu mengatakan Allah itu berada di luar alam sedangkan akidah Islam meyakini bahawa Allah itu wujud tanpa bertempat. Ahli falsafah ini dengan rakusnya mahu mengatakan Allah wujud di luar alam. Lalu mereka berfikir sebelum alam diciptakan, maka Allah itu berada di mana. Kemudian mereka buntu. Jadi untuk memperkuatkan akidah batil mereka, dengan mudahnya mereka mengatakan alam itu telah wujud bersama Allah sejak azali. Begitulah kerosakan akidah yang lahir disebabkan memikirkan zat Allah. Sebagai seorang muslim, kita dilarang sama sekali memikirkan zat Allah.
Kemudian, apabila ahli falsafah ini mahu meraih sokongan, mereka cuba untuk berbicara tentang hadis dengan banyak sekali. Bertimbun-timbun tulisan yang menyentuh permasalahan hadis diketengahkan kepada masyarakat sebagai ‘pelindung’ kepada kebatilan akidah mereka. Kebetulan pula mereka mengetahui bahasa arab dan mempunyai kekuatan ingatan, semakin galaklah menceroboh dunia hadis sesedap hawa nafsu. Malangnya, semakin hari semakin banyak tafsiran hadis berakhir dengan menyamakan Allah dengan makhluk kerana penjelajahan ilmu hadis yang mereka buat berbekalkan akidah yang salah. Orang awamlah yang menjadi mangsa penipuan mereka.
Saban hari penyokong-penyokongnya memujinya sedangkan ulama-ulama hadis segenap empat mazhab bertungkus-lumus membongkar kebatilan mereka dengan dimulakan dengan penjelasan akidah. Kalaulah sanad seorang perawi hadis yang ada sedikit kelemahan tentang hafalannya boleh menyebabkan hadis menjadi daif, ahli falsafah ini jauh lebih tidak layak membicarakan tentang hadis. Mereka tidak ada autoriti sedikitpun untuk mengatakan tentang perihal selok-belok hadis. Sepandai manapun mereka, sebanyak manapun dakwat mereka menulis, secomel manapun mereka berhias dengan pakaian ‘orang agama’, ia tetap bukan tiket untuk menceroboh dunia hadis yang sangat berharga dalam agama Islam. ‘Tembok besar’ itulah yang tidak membenarkan mereka berbuat demikian, apalagi memberi gelaran kepada mereka dengan gelaran Islamik.
Menolak ahli falsafah ini bukanlah bermakna menolak hadis. Menentang mereka bukanlah bermakna mengutuk ulama. Membongkar kesesatan mereka bukanlah sesuatu yang cela. Menolak mereka adalah kerana mahu memelihara agama, memelihara umat Islam daripada terpedaya dengan pegangan akidah mereka melalui beberapa tafsiran songsang hadis. Lantaran itulah, beratus ulama Ahli Sunnah berhempas-pulas membuka setiap inci pekung kesesatan mereka. Keringat tercurah, tenaga digembleng secara berterusan hingga hari ini kerana menolak mereka seratus peratus adalah tanggungjawab agama yang terpundak di bahu para ulama Ahli Sunnah. Apakah kita mahu menerima ahli falsafah ini sambil memperlekeh semua ulama tersebut? Apakah kita berpaling membuka jalan kepada orang bukan Islam dengan membelakangkan ulama-ulama Islam?
Konklusinya, perkukuhkanlah ‘tembok besar’ kita sebagai perisai untuk membezakan antara ahli falsafah sesat ini dan ahli hadis. Jika ahli falsafah itu menceroboh masuk ke dunia ahli hadis dengan merobohkan tembok tadi, kitalah yang akan menolaknya secara total keluar dari dunia hadis yang suci itu. Ingat! Mereka tiada autoriti langsung berbicara tentang hadis. Kalam mereka tiada nilai. Sejuta kitab hadis pun dikarang, kalau agamanya bukan Islam, tiada ertinya. Jangan biarkan ‘orang luar’ campur tangan dalam urusan agama kita. Salam hormat dan selamat melayari kehidupan dengan akidah Ahli Sunnah.

No comments:
Post a Comment