OLAHAN : ALEXANDARICAIRO
Antara sifat-sifat yang wajib bagi Nabi dan Rasul ialah bersifat benar dan mustahil bersifat bohong. Begitu juga mereka bersifat bijak, amanah dan tabligh ( menyampaikan ) sambil mustahil mereka bersifat khianat, bodoh, menyembunyikan atau mempergunakan wahyu untuk amalan diri sendiri. Selain itu para Nabi dan Rasul juga terpelihara dari kufur, dosa besar dan dosa kecil yang yang mempunyai nilai hina dan keji. Hal ini bukanlah sesuatu yang tersembunyi, malah menjadi garis panduan dalam memperkukuhkan keimanan seorang muslim kepada para Nabi dan Rasul.
Namun ada seperkara lagi yang ingin penulis ketengahkan lantaran peri pentingnya perkara ini khususnya apabila ia menyentuh aspek kenabian, kerasulan malah berhubungkait kukuh dengan keimanan seorang muslim. Perkara tersebut ialah para Nabi itu tidak dijangkiti dengan penyakit yang menjauhkan manusia daripada mendekatinya atau menyebabkan orang merasa jijik atau geli dengan diri Nabi tersebut. Penyakit seperti itu mustahil bagi para Nabi. Namun, harus ( tidak mustahil ) bagi para Nabi itu dijangkiti penyakit yang tidak menjauhkan manusia darinya kerana ia tidak menggugat kredibiliti seorang Nabi khususnya dalam konteks dakwah.
Antara jenis penyakit yang menjauhkan manusia dari para Nabi ialah penyakit aneh sehingga jasad nabi itu berulat atau busuk, mempunyai kusta dan Aids. Penyakit seperti ini tidak layak bagi para Nabi kerana ia termasuk dalam kategori penyakit yang mempunyai norma yang sangat hina malah bertentangan dengan kelangsungan dakwah para Nabi itu sendiri. Sebab itulah Allah sangat sayang kepada para Nabi dan memelihara mereka daripada dijangkiti penyakit seperti itu. Sebagai seorang muslim, wajib mengimani akan keterpeliharaan para Nabi dari penyakit-penyakit sekeji itu.
Semata-mata untuk menunjukkan betapa hebatnya kesabaran para Nabi itu bukanlah dengan cara menyandarkan atau mereka cerita-cerita yang karut ( mustahil ) bagi mereka. Matlamat tidak menghalalkan cara. Sementelahan, tanpa penelitian yang baik, kita akan mudah terpedaya dengan apa jua perdaya hasil kebijaksaan ‘tukang karut’ Israeliyat dan golongan orientalis yang saban hari mengerah keringat dan otak memikirkan bagaimana untuk memesongkan akidah umat Islam. Sebab itu, dalam agenda menggugat akidah umat Islam, mereka licik mengarang cerita, riwayat, malahan sanad. Lantaran itu, kita memerlukan pengukuhan tauhid yang benar supaya sentiasa berada dalam trek akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
Contoh yang jelas serta masyhur dalam mendekati permasalahan ini ialah fitnah dan cerita karut yang dilemparkan secara menghina kepada Nabi Ayyub. Cerita nampak sedap tetapi jelas dusta, karut, bohong dan sangat menghina. Terdapat tokoh tambah cerita yang didasari fitnah keji ketika menceritakan sakit yang pernah menimpa Nabi Ayyub.
Nabi Ayyub adalah salah seorang Nabi yang telah diuji dengan berbagai ujian. Antara ujian yang ditempuh ialah baginda ditimpa sakit selama 18 tahun malah kehilangan harta dan anak-anak. Riwayat tersebut adalah benar. Hanyasanya terdapat cerita tambahan yang tidak layak ( mustahil ) bagi baginda sebagai seorang Nabi iaitu riwayat yang mengatakan sakit baginda melarat sehingga ulat keluar dari jasad baginda lalu terjatuh lantas Nabi Ayyub memulangkan semula ulat itu ke jasad baginda seraya berkata : ‘makanlah wahai ulat dari rezeki yang telah Allah kurniakan kepadamu’. Riwayat apakah ini! Apakah selicik ini menghina Nabi? Apakah semudah ini untuk berbohong semata-mata beralasan mahu menggambarkan kesabaran seorang Nabi? Adakah matlamat menghalalkan segala cara? Dan kenapakah cara sehina ini? Ya Allah, aku berlindung dari bersekongkol dengan golongan seperti itu.
Lebih malang lagi jika cerita-cerita seperti ini diulang sebut oleh orang-orang yang jahil tauhid di atas mimbar-mimbar masjid, ceramah-ceramah dan tazkirah. Kenapalah terlalu ghairah menonjol ke hadapan manusia bermodalkan cerita yang sehina itu. Kenapalah pelayaran ilmu tidak dimulakan dengan pengukuhan ilmu tauhid. Mengapakah semudah itu memberi tenaga percuma mempromosi skrip orientalis barat dan ‘tukang karut’ Israeliyat beridentitikan platform agama?
Kesimpulannya, kewaspadaan kita harus diperhebat dengan kepekaan yang tinggi. Kepekaan yang tinggi dalam soal akidah mesti didahulukan memandangkan keutamaannya dalam hidup seorang muslim. Janganlah bila orang sudah mengkartunkan Nabi, baru mahu menengadah, kerana musuh Islam menyerang akidah umat Islam dari segenap penjuru. Serangan secara sarih ( mengkartunkan Nabi ) hanyalah ujian ‘akhir semester’ mereka untuk menilai hasil gerak kerja yang telah mereka gembleng selama ini demi untuk memperkukuhkan serangan pada ‘semester’ hadapan. Sebagai seorang muslim, jadikanlah diri kita seorang pejuang yang menggagalkan mereka dalam ujian ‘semester hadapan’ mereka.

No comments:
Post a Comment