Monday, April 24, 2006

SIAPA? KAWAN GUA LAH



OLEH : ALEXANDARICAIRO


Kawan gua? Kuang, kuang, kuang……

Pertama :
Gua punye suke gua nak kawan ngan saper yang gua nak..

Kedua :
Cume, bila gua sebut perkataan ‘kawan’ kat sini, semata-mata nak mempermudahkan ayat dan cerita…

Ketiga :
Sebab ‘kawan’ yang gua sebut tu memang boleh gua buat dia sebagai kawan…itupun kalau dia nak berkawan dengan gua lah…sebab die seorang manusia macam gua ni…boleh bercakap, ada hidung…ala, macam orang biasa yang korang selalu tengok tu lah….tapi, kalau ikut realiti sebenar, gua belum jadi kawan dia…akan datang tak tahulah…

Gua dengar macam-macam andaian tentang ‘kawan’ gua ni…kebanyakan kata, rakan serumah gua…Aduh! Apa barang beb!

Boleh je nak kata macam tu..gua tak kisah pun…rakan serumah gua pun lagi tak kisah…tapi kekadang terfikir, ayat cerita gua ni jelas ke tak? Gua pun tak tahu…Lantaklah…gua main belasah je.. Alah! balun jer…

Jadi gua suka nak ulang balik ayat cerita gua…tapi gua tambah sikit dengan ayat dalam kurungan yang akan menjelaskan jawapannya…nanti leh tebak jawapan yang munasabah dengan maksud cerita ‘siapa kawan gua nih?’

Petikan :

Nak jadi citer….pada suatu hari gua ajak die pergi ke sebuah majlis….die kate die tak nak pergi….( tetapi dia berkata “beta mahu berangkat” )….jadi gua pon pergi sorang je lah…sekali jer…biler gua sampai kat majlis tu, die dah tercatuk kat sane…gua pon pening…tadi die kate tak nak pergi…tapi bile gua sampai, die dah ada kat sane lak…

Dia kate tak nak berucap kat depan… ( tetapi dia kata “beta mahu bertitah si singgahsana beta )

Dia kata tak nak makan… ( tetapi dia berkata “beta mahu bersantap” )

Dia kata tak nak mandi… ( tetapi dia kata “beta mahu bersiram” )

Dia kata tak nak tidur malam ni… ( tetapi dia berkata “beta mahu beradu malam ini” )


Itulah kawan gua…gambar kat atas tuh kira dia punya bentuk rumah lah...Begitulah riwayat ceritanya… Macamana? Gua rasa ok…tak taulah korang fikir camana…ok juga kot…

( kalau tak ok pun, lu orang bukan boleh buat apa-apa pun…lu apa hal beb! ahaks )

No comments: