Tuesday, November 20, 2012



Bismillah

Dalam permasalahan azan dan iqamah, diwajibkan tertib pada lafaz-lafaz azan dan iqamah kerana ittiba’, iaitu mengikut sunnah, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan lain-lainnya. Selain dari itu, meninggalkan tertib boleh membawa kepada sangkaan bermain-main, dan seterusnya menjejaskan tujuan asal azan iaitu pemberitahuan.

Sekiranya muazzin menterbalikkan lafaz-lafaz azan atau iqamah, maka ianya dihukumkan tidak sah. Ini berdasarkan hadis Nabi. Oleh itu, hendaklah mengulang semula sama ada bermula dari lafaz yang dia tersalah tadi atau memulakan semula dari awal dan inilah yang lebih utama.

Sekiranya muazzin meninggalkan sebahagian dari lafaz-lafaz azan atau iqamah, dan ia sudah terlajak mengucapkan kalimah yang selepasnya, maka dia dikehendaki menyebut kalimah yang tertinggal itu dan seterusnya mengulangi kalimah-kalimah yang selepasnya itu.

Diwajibkan juga ‘muwalaat’ (segera menyusuli dan berturut-turut) pada kalimah-kalimah azan dan iqamah kerana dengan meninggalkan muwalaat boleh menjejaskan tujuan asalnya iaitu ‘pemberitahuan’.

Tuesday, January 10, 2012

إيَّاكُم وَالدَّينَ فَإنَّه هَمٌّ بِاللَّيلِ ومَذَلَّة بالنَّهارِ

Maksudnya : berhati-hatilah terhadap hutang, kerana ia adalah kesedihan pada malam hari dan kehinaan pada siang hari

(hadith riwayat Al-Imam Al-Baihaqi)

Thursday, January 05, 2012

Kelebihan Nabi Yunus

Dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW, baginda bersabda : "tiada layak seorang hamba berkata 'saya lebih baik dari Yunus bin Matta

(riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)