Bismillah
Dalam permasalahan
azan dan iqamah, diwajibkan tertib pada lafaz-lafaz azan dan iqamah kerana
ittiba’, iaitu mengikut sunnah, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim dan lain-lainnya. Selain dari itu, meninggalkan tertib boleh membawa kepada
sangkaan bermain-main, dan seterusnya menjejaskan tujuan asal azan iaitu
pemberitahuan.
Sekiranya muazzin
menterbalikkan lafaz-lafaz azan atau iqamah, maka ianya dihukumkan tidak sah. Ini
berdasarkan hadis Nabi. Oleh itu, hendaklah mengulang semula sama ada bermula
dari lafaz yang dia tersalah tadi atau memulakan semula dari awal dan inilah
yang lebih utama.
Sekiranya muazzin
meninggalkan sebahagian dari lafaz-lafaz azan atau iqamah, dan ia sudah
terlajak mengucapkan kalimah yang selepasnya, maka dia dikehendaki menyebut
kalimah yang tertinggal itu dan seterusnya mengulangi kalimah-kalimah yang
selepasnya itu.
Diwajibkan juga
‘muwalaat’ (segera menyusuli dan berturut-turut) pada kalimah-kalimah azan dan
iqamah kerana dengan meninggalkan muwalaat boleh menjejaskan tujuan asalnya
iaitu ‘pemberitahuan’.
1 comment:
As Salam, i am currently conducting a survey about mosque in Malaysia for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0
Post a Comment