Friday, July 28, 2006

NABI DAN RASUL : BERBEZAKAH MEREKA?


OLAHAN : ALEXANDARICAIRO


Para Nabi dan Rasul merupakan para utusan yang sama-sama mendapat wahyu dari Allah. Allah telah menurunkan wahyu kepada mereka dengan syariat untuk diamalkan dan disampaikan kepada manusia, cuma para Rasul diwahyukan kepada mereka samada untuk menasakhkan sebahagian syarak Rasul sebelumnya, memansukh sebahagian hukum dalam syariat Rasul sebelumnya atau menyampaikan syariat baru yang menggantikan terus syariat yang telah diturunkan kepada Rasul sebelumnya. Adapun Nabi tidaklah seperti Rasul dari sudut ini ( penerimaan dan penyampaian wahyu ) kerana mereka ( Nabi ) diutuskan untuk menyampaikan hukum-hukum syarak Rasul sebelumnya.

Hal ini sering menjadi keliru oleh sebahagian besar manusia sehinggakan silap dengan mendakwa para Nabi diutuskan wahyu tetapi tidak disuruh untuk menyampaikannya sedangkan dakwaan seperti ini tidak layak bagi para Nabi yang sudah diketahui bersifat benar ( siddiq ), amanah, tabligh (menyampaikan ) dan bijak lagi cerdik ( fatanah ). Bagaimana mungkin mereka yang bersifat menyampaikan itu dikatakan menerima wahyu untuk diamalkan sendiri tanpa menyampaikannya?

Nasiruddin Al- Baidhawi (seorang mufassir ) dalam tafsirnya ( Anwar At-tanzil wa Asrar At-takwil ) telah berkata sebagaimana nasnya; Rasul adalah utusan yang diutuskan oleh Allah dengan syariat yang baru, menyeru manusia kepada dakwahnya manakala Nabi itu lebih umum iaitu utusan yang diutuskan untuk mentaqrir ( mengikut ) syarak Rasul sebelumnya contohnya Nabi-Nabi yang diutuskan kepada Bani Israel yang hidup antara zaman Nabi Musa dan Nabi Isa.

Al Hafidz Ahmad Al- Ghumari telah berkata kitabnya Ju’natul Attar sebagaimana nasnya; “Beza antara Rasul dan Nabi ini merupakan perkara mendalam hingga tersembunyi dari pemahaman manusia kerana sudah popular di dalam beberapa kitab para ahli kalam bahawa beza antara Nabi dan Rasul ialah Rasul ialah orang yang diutuskan syariat kepadanya dan disuruh untuk menyampaikan sedangkan Nabi tidak disuruh menyampaikan. Ini merupakan kalam orang yang jahil hadis dan sunnah malah jahil dengan ayat yang jelas dalam Al-quran kerana Allah berfirman dalam surah Al-Haj ayat 52;

وما أرسلنا من قبلك من رسول ولا نبي إلا

Maksudnya; tidaklah Aku utus para Nabi dan Rasul melainkan…..

Ayat ini jelas menunjukkan pengutusan kedua-duanya kepada manusia. Begitu juga Rasulullah bersabda dalam hadis riwayat Imam Bukhari ;

وكان النبي يبعث إلى قومه خاصة بعثت إلى الناس كافة

Maksudnya; Nabi diutus kepada kaumnya sahaja manakala aku diutus kepada seluruh manusia.
Ini bermakna Nabi juga diutuskan dan tidak lain dan tidak bukan mengutuskan itu tentunya untuk menyampaikan. Dalil lain pula sebagaimana firman Allah dalam surah Al-a’raf ayat 94:

وما أرسلنا في قرية من نبي إلا

Bermaksud; tidaklah Kami utus seorang nabi ke sebuah kampung ( penduduk ) melainkan ……

Bukankah perkataan ‘utus’ dalan ayat tersebut bererti utus untuk menyampaikan dan menyeru manusia menyembah Allah? Bagaimaan pula kita mahu katakan ayat ini selari dengan dakwaan kotor bahawa Nabi itu mendapat wahyu tetapi tidak disuruh untuk menyampaikan?

Asy-ٍSyaibani dalam syarah Al-fiqh Al-akbar berkata; “Rasul adalah ( orang ) utusan yang diutuskan dengan syariat yang baru manakala Nabi lebih umum iaitu utusan yang diutus untuk mentaqrir ( mengikut ) syariat Rasul sebelumnya separti Nabi-Nabi yang diutuskan kepada Bani Israel yang hidup antara zaman Nabi Musa dan Nabi Isa, sebab itu Rasulullah menyerupakan para ulama dari kalangan umatnya dengan Nabi.” Saya menambah, Rasulullah menyerupakan para ulama dengan Nabi kerana para ulama menyampaikan kepada manusia wahyu yang telah turun kepada Rasulullah, bukan dengan syariat yang baru.

Al-Qaunawi An-nasafi telah berkata dalam kitab Al-Qalaid, syarah kepada kitab Al-akidah At- tahawiyah sebagaimana nasnya; “ Beza antara Nabi dan Rasul ialah Rasul adalah utusan yang diutuskan oleh Allah kepada sesuatu kaum, samada diturunkan kepadanya kitab atau tidak diturunkan kepadanya kitab tetapi disuruh berhukum dengan syariat yang berlainan dengan syariat Rasul sebelumnya ( syariat baru ) sedangkan Nabi ialah utusan yang tidak diturunkan kepadanya kitab ,tidak disuruh berhukum dengan hukum yang baru tetapi disuruh menyeru manusia mentaati syariat Rasul sebelumnya”. Ini bermakna Nabi itu tetap disuruh untuk menyampaikan dakwah dan wahyu kepada manusia.

Kesimpulannya, firman Allah dalam surah Al-Haj tadi telah cukup menjelaskan. Perkataan “Kami telah utus” dan “Nabi dan Rasul” sangat terang menjadi dalil yang menunjukkan Nabi itu tugasnya menyampaikan dan batilnya dakwaan bahawa Nabi tidak menyampaikan atau disuruh supaya tidak menyampaikan kerana tidak ada faedahnya Nabi itu diutuskan kalau bukan untuk menyampaikan atau berbuat khianat dengan tidak menyampaikan risalah Ilahi. Dakwaan seperti itu adalah fitnah kotor dan keji yang dilemparkan kepada para Nabi yang bersifat tabligh (menyampaikan ).

Dengan itu, tidak ada beza antara Nabi dan Rasul dari sudut menyampaikan wahyu dan dakwah. Kedua-duanya menyampaikan wahyu dan dakwah cuma berbeza dari sudut apa yang disampaikan.

Tuesday, July 25, 2006

TUA TUA KELAPA

oleh : ALEXANDARICAIRO


Tuah ayam nampak di kaki…

Tak kenal maka tak cinta…

Tak tahu maka tak sayang...

Tua tua kelapa...

Friday, July 21, 2006

KESABARAN KETABAHAN

oleh : ALEXANDARICAIRO


Wednesday, July 19, 2006

CINTA MIS-YAR DUA BENUA

oleh : ALEXANDARICAIRO


Inilah cinta. Episod cinta dari dua benua yang berbeza. Bertemu dan bersatu kerana ‘satu’. Zahirnya, cinta mereka cukup indah. Tangan berpimpin di taman bunga. Bertukar senyum tawa tiap kali bertemu muka. Intim. Setiap ‘detik’ dilalui bersama. Setiap ‘saat’ bekerjasama. Tidak peduli di sisi mereka. Fikirnya, demi cinta. Asyik dengan cintanya. Aduhai cinta. Panahanmu akan membuat dunia gelap gelita. Tiada yang nampak melainkan cinta.

Cinta mereka cinta mis-yar. Entah mengapa. Secara tanpa sedar, cinta berputik begitu rupa. Entah sejak bila. ‘Kanda’ sibuk dengan urusan antarabangsanya. Mengurus dunia dengan kejam sejuta zalim. ‘Dinda’ pula setiap hari memberi ‘nafkah’ tanpa berkira. Murah hati. ‘Nafkah’ yang setia, tiada putus. Kerana dua benua, ‘dinda’ sanggup memberi ‘nafkah’ walau ‘kanda’ itu sedang merosak bangsanya, menghancur dunia.

Uniknya cinta mis-yar mereka. Bukan sahaja ‘kanda’nya mendapat manfaat, malah seluruh ‘keluarga’ turut merasai bersama ‘nafkah’ dari ‘dinda’. Makin bertambah cinta 'kanda'. ‘Kanda’ ini sangat gembira kerana ‘adiknya’ juga turut menikmati ‘nafkah’ buah hatinya. Lalu dia mengajak ‘adik’nya mengubah peta, mengurus dunia.


Oh dinda, kanda cinta dinda..

Oh, cinta mis-yar. ‘Kanda’ bersenang-lenang bersama ‘adik’ mengurus kerja. Berapa banyak negara hancur di tangannya. Langkahnya mudah, arahannya lancar. Semua kerana ‘nafkah’ ‘dinda’nya. Ya. Semua kerana ‘nafkah’ ‘dinda’nya. Kesetiaan itu akan dipergunakannya. Selagi ‘dinda’ setia memberi ‘nafkah’nya. Mereka akan terus bercinta walau ditentang. Siapa mahu menentang cinta mereka? PBB? G8? Tidak mampu. Apalagi OIC. Jauh sekali.

Cinta mis-yar yang setia. Namun menyusahkan umat manusia. Mengkhianati bangsa. Benar. ‘Kanda’ ini sangat zalim. Tidak berperikemanusiaan. ‘Adik’nya pula naik kepala malah lebih kejam dan kebinatangan. Tiap-tiap hari membunuh manusia, memperkosa, merosak serta memusnah harta benda. Inilah kezaliman yang lancar kerana cinta. Cinta mis-yar dari seorang ‘dinda’. ‘Dinda’ yang setia dengan ‘nafkah’nya. ‘Nafkah’ punca segala nestapa.

Sejahat-jahat ‘kanda’ dan ‘adik’nya, jahat lagi ‘dinda’ ini. Dia tahu cintanya punca segala. Dia tahu ‘nafkah’nya penyebab seribu duka. ‘Dinda’ inilah pengkhianat sebenar yang pandai berpura-pura. Pengkhianat bangsanya, pengkhianat dunia. Kejayaan ‘kanda’ itu adalah kerananya. Kehancuran dunia juga hasil ‘nafkah’nya.

Itulah episod cinta mis-yar yang setia. Entah bila berakhir. Mungkin tatkala semua sudah menjadi khadam istana mereka.

Cinta yang penuh dengan kezaliman. Sarat dengan kebatilan. Tepu dengan kekejaman. Tumpat dengan kehancuran. Padat dengan kebinasaan. Cinta mis-yar dua benua.

Tuesday, July 18, 2006

BUKAN YANG BUKAN-BUKAN

oleh : ALEXANDARICAIRO


Ada yang meminta. Tidaklah sampai meminta-minta. Mintanya bukan yang bukan-bukan. Mintanya, yang biasa-biasa. Ikhlas semata-mata.

Bukan tidak mahu bagi. Bukan tidak ingin beri. Bukan juga berkira-kira. Hati, semahu-mahu. Ingin, ada saja. Ya, mintanya itu sungguh-sungguh. Sungguh. Ia memang sungguh-sungguh. Cuma sedang mendengar hati berkata-kata. Kata hati, berulang-ulang, lalu di telinga, terngiang-ngiang. Masih ada yang bagus-bagus. Tulus-tulus.

Dia mengira, diri merendah-rendah. Tunduk-tunduk. Tidak suka megah-megah. Atau takut memandai-mandai juga beria-ia. Benar-benar berterus-terang dengan kata-kata.

Mati-mati dibalas tidak. Tidak. Bukan begitu. Bukan merendah. Bukan tunduk. Bukan apa-apa.

Cuma ada yang hebat-hebat. Masih kuat-kuat. Duduk pun dekat-dekat. Boleh menjengah dalam masa yang singkat. Itupun jika tiada jadual yang padat. Mereka beri yang tepat-tepat. Bukan sekadar tangkap muat. Tetapi yang padat-padat. Supaya hasilnya cukup sifat. Betul bahasa, lengkap format. Lalu berpuas hati, tertunai hasrat. Capai hajat, sempurna niat. Itu saja, kata hati yang tersirat.

Jika minta lagi, nescaya…

Monday, July 17, 2006

UNIK SUNGGUH MAKHLUK YANG SATU INI

oleh : ALEXANDARICAIRO



Macam-macam perangai. Selalunya suka berleter. Bila kaki pernah bersimpuh melangsung akad, lagilah. Bebel dan leter adalah kemahiran teruji. Kalau tak ‘tukang bebel’, kira banyak cakap. Jenis ini yang sederhana. Bernasib baik. Boleh juga. Eloknya, jangan memaksa orang bercakap. Ini bosan. Cara memaksa ialah banyak soalan. Rimas. Lemas. Tanya boleh. Bukan semua. Pilih-pilih. Jarang yang pendiam. Kecuali sesetengah waktu. Memang begitu.

Ada manjanya. Tidak mengapa. Boleh saja. Jika sopan kena caranya. Kalau tidak, dikira gedik mengada-ngada. Ini tak boleh. Boleh juga. Boleh blah, kata orang muda. Suaranya. Gayanya. Bagus juga kalau pandai memahami suasana dan keadaan. Ada tika perlu, ada masa jangan sesekali. Akan mengundang marah si dia. Manja pada-pada. Kira-kira. Intai-intai suasana.

Memang unik...untuk difahami, untuk dimengerti...


Degilnya tidak kurang. Bentaknya boleh tahan juga. Penampilan memang lembut. Bila senyum, pasti menawan. Lenggoknya memang kemas. Cuma hati, susah benar dibentuk. Taatnya kena dididik setiap hari. Hati selalu keras. Menentang ada saja. Melawan ada kala. Bukan dengan cakapnya. Tapi, sikapnya. Kan elok kalau turut dan ikut. Tapi selalunya tidak.

Sopan ada. Cuma ada yang perlu ditukar rupa. Untuk selesa. Begitu juga cara. Ubah sedikit. Ingatlah. Semua yang betul, ada duduknya. Kalau silap tempatnya, ia canggung. Sebab itu, ia patut ditukar. Jangan diulang lagi begitu. Nasihat tanda cinta. Sejenak, buat lagi. Kan dah kata, jangan. Bukan lupa, tidak ambil berat. Itulah dia.

Tuntut banyak, berinya kurang. Lambat. Terhegeh-hegeh. Lupa itu, alpa ini. Bila cakap, mencebik. Nak diam, diulang nanti. Susah. Bengkoknya memang harus ditegakkan. Tapi takut patah. Risau dibuatnya. Juta cara sudah. Sesuai emosinya. Seiring halusnya. Selayak manjanya. Senada keinginannya. Hebat benar sabar diuji. Sukar tapi indah. Pedih tapi ceria.

Unik sungguh makhluk yang satu ini.


( Cantik itu seketika. Sangat seketika. Kerana ia di mata cuma. Taat sahaja mengikat jiwa. Kerana ia di hati bertakhta. Kalau tunduk diri, rendah hati, kekal sayangnya. Jika tidak, lupakan sahaja cita-cita. Takkan datang sampai bila-bila. )

Sunday, July 16, 2006

JANGAN DESAK-DESAK, JANGAN TIDAK-TIDAK


oleh : ALEXANDARICAIRO

Bila nak kahwin? Sabarlah. Beri kata dua. Kalau ia pun. Tut tut! Pesanan ringkas lagi. Bila nak kahwin? Kan tengah sibuk ni. Ada masalah. Ada hal. Ada urusan. Ada kerja. Tapi jawablah dulu. Ringkas pun jadilah. Kan senang. Habis cerita. Tahu dapat. Hati lega. Cepatlah, bila? Fikiran kacau ni. Tak boleh sebut sekarang. Banyak benda kena atur dan timbang. Nantilah.

Baik, tak nak sebut tarikh, bulan pun jadilah. Kalau tak pun, tahun. Setahun. Dua tahun. Atau bertahun-tahun. Macamana? Boleh? Kan dah sebut. Nanti. Bukan sekarang. Faham? Apa-apapun, bukan sekarang. Serabut ni. Belum boleh fokus. Kalau tenang, adalah khabarnya. Usah bimbang. Jangan ragu. Tak perlu risau. Tak payah sangsi.

Telefon. Bila? Mm, bila. Bila apa? Kawin. Tak sabar-sabar? Bukan tak sabar nak kawin. Tak sabar nak tau bila. Itu saja. Faham-fahamlah. Orang dah tanya. Usik pun sudah. Cepatlah bagi jawapan. Bila? Semalam. Apa? Jangan main-main. Habis, tak faham bahasa melayu. Nanti maknanya bukan sekarang. Nanti itu nantilah. Tunggu.

Nak tunggu sampai bila? Sampai tua? Sampai wawasan 2020? Cepatlah. Lama dah tunggu. Sabar. Sekarang kepala penuh dengan hal lain. Badan sibuk penuhkan jadual. Hurung sana-sini. Letih ada, penat jua. Dapat dengar bebel makin lepak. Tolonglah. Tolong faham dan tolong diam. Diam sementara.

Esok. Macamana? Sudah ada jawapan? Aduh! Jangan tanya lagi boleh tak? Rimas. Nak jumpa. Selesai segera. Baik. Macam inilah. Kita stop sahaja sampai sini. Sudah malas dan muak. Letih. Jemu. Bosan. Angin. Begini. Tunggu minggu depan. Ada cerita. Selesai.

( Tak kira yang mulakan siapa, yang salah siapa. Kaumku umumnya jenis benci didesak-desak oleh kaum bukan sejenisnya. Memang sangat pantang kalau digertak-gertak, dicabar-cabar atau diacah-acah dengan desakan. Mungkin kerana egonya atau apa sahaja. Apapun, tak usahlah dicuba-cuba. )

Saturday, July 15, 2006

PENG'KERUSI' YANG 'KAYU'

oleh : ALEXANDARICAIRO


‘Kami mengutuk serangan itu. Itu saja’
( lembap bin lambat bin lemah bin lesu bin lemau bin lembik bin… )

‘Kami menyelar tindakan tersebut’
( Alahai, jemunya.. )

‘Kami sama sekali tidak bersetuju dengan langkah berkenaan’
( Kaya penbendaharaan katanya, miskin hasilnya.. )

‘Kami kesal terhadap kesan pencerobohan’
( Bosan, bosan, bosan )


* Masa nak jadi peng'kerusi’, berjela-jela hujah nak promote kepada kerusi-kerusi semata-mata nak dapat kerusi. Bila dah dapat kerusi, pendek-pendek saja kalimah si peng'kerusi’. Hanya cekap kumpul dan susun kerusi-kerusi, supaya semua kerusi tahu, dia masih peng'kerusi'.

SI CELAKA YANG MENCELAKAKAN KECELAKAAN

rintih oleh : ALEXANDARICAIRO

Oh! Beirut..
Pernah...

Juga pernah...

Belum pernah...


Sering..


Kaki menjejak...

Friday, July 14, 2006

GADUH


oleh : ALEXANDARICAIRO


Gaduh. Biasalah. Apa yang ada, sebat saja. Jangan tunggu. Kalau tak lebam pun, sengal-sengal pun jadilah. Mestinya, kena. Kalau tengah berada di atas, henjut kuat-kuat. Kalau sedang di bawah, gelupur puas-puas. Kalau saling menghadap, elak pantas-pantas. Kalau membelakang, jangan toleh-toleh, lari.

Tak layak di kerusi itu. Menyesal. Tunduk dengan telunjuk 'si hingusan'. Menjaja sengih kambing dengan istilah baru. Kata yang tak dikota. Janji tak termeterai. Jual sana, lelong sini. Juta-juta dah menjadi RM1. Indah dah ‘roboh’. Input kristal dihulur-hulur. 'Singa Terbang' nak diberi lalu-lalang. Kan pedih semuanya. Perit. Pasti nak cari gaduh. Tengok lengan sikit. Besar. Dululah. Sekarang dah mengecil. Buat apa nak takut.

Wei! Lengan kecil ni bukan tak kuat. Belum cuba. Sudah. Dah senggol beberapa kali. Senggol raba-raba. Baru senggol sikit. Setakat ni, semua senggol mengena. Namun belum berbalas. Orang baru yang ‘belum tua’. Selalunya lembap. Sesekali untuk beradab. Kadang-kadang senyap. Taktik bersebab dan mujarab. Tak tau, otak dah berkurap, dah berasap. Sebab tak dapat jawab. Namun hati meluap-luap.

Belumpun ‘si belum tua’ balas senggol, datang kaki pukul. Belasah. Kalau jantan, berdiri mengadap, cabut ‘nametag’, buang jauh-jauh, baru cemuh. Engkau pun sama. Kes jela-jela. Cuma belum kena. Diam-diam sudahlah. Kalau nak, pentas ada. Tangok lengan aku sekarang. Taklah sebesar ‘orang belum tua’ tetapi boleh tahanlah. Lagipun, keris ada. Dekat bendera.

Setiap tua ada gayanya. Tua lama, ada tuahnya. Tua baru, ada seninya. Cewah. Nak jadi hero. Hero ‘bakal tua’. Kipas, kipas, kipas. Tak habis-habis. Encik, tumpang tanya. Berapa harga kipas ini? Kipas jenama apa ni? Produk tempatan atau luar negara? Em, kipas pengantin agaknya.

Ada. Antara dua tua, pengadilnya juga ada. Siapa? Hero ‘bakal tua’ tak tahu. Si pengecut kata ada. Jangan tak percaya. Yang ini kaki pukul juga. Selalu pukul. Ganyang pun pernah. Cuma belum pernah pukul orang tua. Sopan. Macamlah. Cuma takut. Dulu, siapa pukul orang tua, hayatnya terputus. Dah banyak. Banyak. Takut kena macam itu.

Gaduh. Dapat tumbuk, tumbuk. Dapat seligi, seligi. Jentik, sepak, terajang, bantai, smackdown, sebat. Apa dicapai, lemparkan sahaja. Itu kalau nak habis-habisan. Ada yang tak mahu. Jaga nama. Senggol sikit, balas senggol sahaja. Jangan mula yang lain. Sama-sama tua, sama-sama hilang hayat nanti. Senyap sahajalah ya. Untuk sementara. Nak tengok mana dia setia, apa jenama kipasnya.
( Pesanan : Hati-hati kalau bergaduh. Jangan ingat pihak lawan tak cukup senjata. Satu pukul memang berbalas satu. Belum tahu. Ada lagi yang disedia kalau pukulan berlanjut. Ingat-ingat. )

Thursday, July 13, 2006

'PELAN CADANGAN JANGKA PANJANG'

oleh : ALEXANDARICAIRO


Ha. Elok. Memang tepat. Setuju sangat. Cuma kalau setakat lanjut masa, itu belum hebat. Hadhari mesti hebat. Global. Antarabangsa. Lanjut masa belum cukup. Buat 24 jam. Yang kerja malam, boleh datang. Yang kerja siang, dapat hadir. Lanjut masa sahaja, mana ada apa-apa. Kalau nak hebat, kena ada apa-apa yang memperhebat. Cukai kena turun. Bagi jadi murah. Senang nak beli. Senang nak dapat. Senang nak togak. Baru puas. Ramai yang dapat merasa. Ringan sama dijinjing, kata orang tua.

Murah sahaja, setakat ‘pening’ seorang diri, mana puas. Mesti ada ‘hidangan’ yang lazat-lazat. ‘Hidangan’ mesti tumpu pada resepi tempatan. Sebab pelancong nak rasa yang itu. Bukankah nak tarik pelancong luar? Resepi luar negara pun kena sediakan juga. Pelancong tempatan pun nak rasa yang dari luar. ‘Hidangan’ mestilah yang montok-montok. Rangup-rangup. Getah-getah. Kenyal-kenyal. Sampai ngences. Baru sedap henjut. Sedap layan.

Kalau nak sedap lagi, bagi tempat sedap. Gaji sedap. Rumah sedap. Visa sedap. Jawatan sedap. Barulah dapat yang sedap-sedap. Begini. Naif tarafkan selaras dengan gaji siswa lepasan universiti. Atau lebih tinggi sikit dari gaji imam dan bilal negeri. Beri subsidi. Hak dalam undang-undang. Bagi semua. Masuk majalah. Berita. Wawancara. Majlis-majlis amal. Motivasi sekolah dan penjara. Boleh? Mesti boleh. Hadhari.

‘Hidangan’ kalau nak sentiasa sedap, kena ada pengurusan ‘restoran’ yang bagus. Wujudkan ‘restoran’ yang khusus di peringkat kebangsaan terus di bawah kuasa Perdana Menteri. Pelindung. Jaga kebajikan. Macam Thailand. 'Restoran' mereka dikanunkan bawah undang-undang. Sebab itu mereka maju. Ada ‘restoran’ baik. ‘Restoran’ khas. Jadi, ‘hidangan’ segar tak putus-putus setiap masa. Seluruh dunia nak rasa. Sendiri mau rasa. Baru tau apa sedapnya, mana enaknya, bagaimana lazatnya. Nak rasa!

Kalau ada tentangan, ceritakan pentingnya. Ia sangat ekonomi. Lihatlah sekarang. Setiap inci dunia, berkejar ke Malaysia. Ia laksana makhkota. Hadhari terlaksana. Kalau bentak juga, ‘ISA’kan mereka sahaja. Hadhari juga.


( Sedih. Kalau sudah teruk, memang payah nak pulih. Tapi usah keruhkan lagi keadaan. Usaha yang ada belum pasti hasilnya apa. Jangan ditambah dengan racun. Negara akan rosak binasa. Punah semuanya nanti. Cintailah negara. )

JIKA ANDA?

kenangan oleh : ALEXANDARICAIRO

Arrgh!! Sakitnya!!

Lu apa hal?


Dengan segala hormatnya, dijemput...




Tuesday, July 11, 2006

SOKONG JANGAN TAK SOKONG

Oleh : ALEXANDARICAIRO




Pelbagai ragam sokong tak sokong dalam musim Piala Dunia yang baru berlalu. Aku juga menyelit di tengah-tengah hiruk pikuk untuk memberi sokongan kepada salah satu pasukan sekadar memeriahkan suasana atau lebih tepat lagi menambahkan ketegangan antara penyokong. Saja suka-suka.

Suaraku terhenti setakat di suku akhir. Tetapi menyambung kembali tatkala final menjelma. Itali atau Perancis. Nah, pilih!

Ada yang memilih Perancis, ada yang Italy. Ada juga yang hendak mengusikku kerana pasukanku tewas di tangan Perancis lalu menyebut-nyebut Zidane di telingaku.

Aku diam sebab pasukanku telah lama tewas. Jauh di sudut hati memang mahu Perancis di’lauk’kan saja. Biar puas hati aku. Kawan-kawanku beralasan, Perancis ber’pemain’kan wira beragama Islam lalu pantas menyokong. Aku jadi tidak setuju sedikit. Bukan tidak setuju dengan keislaman mereka. Cuma tidak selesa alasan begitu digunakan. Entah mengapa.

Mungkin sebab mereka bukan bermain untuk negara Islam. Mungkin sebab Perancis menyokong serangan Israel ke atas Palestin baru-baru ini. Mungkin pening bila nak bezakan kemunculan mereka untuk kemajuan negara bukan Islam dengan menteri muslim yang nak lanjut waktu operasi pusat hiburan di Malaysia atas alasan pelancongan demi peningkatan ekonomi ‘Negara Islam’. Mungkin sebab Itali menyatakan bantahan ke atas serangan Israel tempoh hari. Atau apa saja. Aku tidak tahu.

Apapun, ia telah berlalu. Yang penting, hati lega sudah.

BAGUS


Oleh : ALEXANDARICAIRO



Kadang-kadang, yang tak bagus kalau berusaha, boleh jadi bagus. Yang bagus pun, kalau berusaha lagi, akan menjadi semakin bagus. Itupun kalau tak merasakan diri itu macam bagus. Masalahnya ialah kalau memang bagus, tapi merasa diri macam bagus, lalu jadilah tak bagus. Apalagi kalau memang tak bagus, lepas itu merasa macam bagus. Ini tak bagus. Tak bagus taraf paling 'hampeh' sekali. Baru sahaja mengatasi satu kebagusan, belum tentu bagus. Ada juga yang pandai berlakon macam orang tak bagus, tapi hatinya penuh rasa kebagusan. Kata hatinya, 'aku bagus!'. Ini juga tak bagus. Yang bagusnya, jangan rasa bagus. Itu dah kira bagus. Kalau bagus, tak rasa bagus, itu lagi bagus. Kerana itu akan meningkatkan kebagusan. Baguslah tu...

Monday, July 10, 2006

'MAFISY KALAM'

oleh : ALEXANDARICAIRO


Asam pedas.. Fuhh!!
Soto... Fuhh!!
Ari kato...

Sunday, July 09, 2006

PADAH MENGALAHKAN 'AKU'



oleh : ALEXANDARICAIRO

Walaupun 'aku' sudah kalah, sedihku hilang terus tatkala melihat pasukan yang mengalahkan 'aku' tempohari telah tewas dalam final dengan penentuan penalti. Bagiku, berbangga dengan kemenangan di suku akhir sebelum ini adalah 'kesilapan' yang amat besar sambil perlu pembalasan setimpal. Lagipun, ia bukanlah pasukan yang kuat sangat. Cuma 'aku' yang tidak bermain sepenuh kudrat masa itu.

Telahanku tepat malam ini. Pasukan itu tidak hebat. Hanya tumpang hebat bila mengalahkan 'aku'. Syabas Italy...

BALASKAN UNTUKKU



hati oleh : ALEXANDARICAIRO


Jika aku telah tewas, aku akui. Kecuaian, alpa dan leka dibuai pujian. Tetapi, aku belum boleh mengakui bahawa yang menewaskan aku itu, yang terbaik. Dia juga harus tewas. Kerana aku tewas kerana kesilapanku, dia juga harus tewas kerana kebanggaannya mengalahkanku. Kebanggan mengalahkanku adalah kesilapan yang lebih besar daripada kad merah di tengah padang.

PENGUMUMAN : BERITA GEMPAR!!


PESANAN OLEH : ALEXANDARICAIRO


Anda harus berhati-hati…

Jika anda ada mendengar 'suara' membenci suatu kejahatan, ia bukan bererti ia mesti datang dari satu sumber yang benar juga.

Umpamanya, bila Putin berkata Bush salah atau zalim, anda tidak boleh terus mengatakan Putin itu bercakap atas kebenaran.


Kenapa?

Ini kerana, satu kegemparan telah berlaku.

Di mana?

Seluruh dunia.

Kini, muncul satu agama yang kononnya membenci manusia yang menyembah kubur, syirik dan khurafat, tetapi mereka pula mengajak manusia menyembah suatu makhluk lain.

Agama ini bersuara yang kononnya membenci sesuatu kesalahan tetapi tanpa sadar, mereka menyerapkan kefahaman baru yang salah ke benak anda.

Awas!!

Kefahaman itu tiada sejak zaman Nabi, tiada di zaman salaf.

Ia adalah ‘imse’ atau ‘agama baru' yang ramuannya dicipta khas oleh seorang ahli falsafah kurun ke-7 Hijrah. Ia kemudian dihidupkan kembali oleh seorang lelaki yang muncul pada kurun ke-12 Hijrah yang dianggap pengikutnya sebagai mujaddid ( seperti pengikut Ghulam Ahmad menganggapnya Nabi ). Sedangkan tidak begitu. Kalam mereka hanya retorik semata.

Cuma, bila mereka sering mempergunakan sumber-sumber agama Islam, bercakap dengan istilah Islam, maka terlihat seolah-olah ia adalah agama Islam.

Benarkah begitu?

Iya. Dulu, Muktazilah dan Syiah juga gunakan taktik yang sama. ( mempergunakan Quran dan Sunnah ). Kini, mereka pula.

Mempergunakan sumber agama Islam sebagai modal mewujudkan ‘agama’ baru adalah cara lama yang disadur semula oleh gerakan ini. Lalu diberi nama-nama yang indah kedengaran, baik kelihatan.

Sebenarnya, ia adalah agama ‘syirik’ gaya terkini, fasa abad baru, rentak semasa dan di‘update’ selalu mengikut isu semasa.

Sunday, July 02, 2006

SUDAH TIADA ALASAN