Tuesday, May 30, 2006

PERANG : MALAYSIA DISERANG

Buletin oleh : ALEXANDARICAIRO
KUALA LUMPUR, 30 Mei – Sebuah etnik 'pelampau' dari luar negara, yang tidak beridentitikan mana-mana negara telah menyerang Malaysia sejak beberapa bulan yang lepas. Serangan yang dibuat secara berperingkat itu telah menampakkan hasil apabila sebuah negeri di sebelah utara Malaysia telah ditawan oleh etnik tersebut. Menurut sumber dalam negeri, beberapa sekolah agama, pusat tarbiah, dewan-dewan universiti termasuk pejabat pentadbiran negeri telah dirampas sejak dua minggu lalu.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh sebuah badan siasatan antarabangsa mendapati, walaupun etnik tersebut berasal dari luar Malaysia, tetapi serangan ini didalangi oleh seorang warganegara Malaysia sendiri, yang juga merupakan seorang pensyarah di salah sebuah unversiti tempatan. Pensyarah tersebut yang lebih sinonim dengan pengkhianat bangsa, agama dan negara sering kelihatan ber'posing' di dada-dada majalah mutakhir ini. Keberaniannya bertambah setelah menawan sebuah negeri di utara Malaysia. Beliau juga memberi alasan yang sama seperti Presiden Bush iaitu menyerang untuk membawa perubahan dalaman.

Berdasarkan faktor geografi, serangan yang dimulakan dari utara Malaysia seolah-olah ditiru dari serangan tentera Jepun ke atas tanah Melayu suatu ketika dahulu. Seorang pegawai dari badan siasatan berkecuali yang berpusat di Lubnan berkata, serangan etnik pelampau tersebut menggunakan beberapa helah peperangan seperti 'manhaj salaf' dan 'ikut sunnah'. Senjata yang digunakan pula adalah senjata rekaan kurun ke tujuh yang di'upgrade' pada kurun dua belas hijrah sambil dilaras bersama peluru jenis 'V6Bid'ah', 'MVSyirik', 'SRHaram' dan 'QWSalaf'.

Pegawai penyiasat yang mahu namanya dirahsiakan tersebut mendapati, kebanyakan mangsa serangan adalah golongan marhaen yang tertipu dengan taktik serangan seperti 'takhrij' dan 'tafwid'. Ada juga yang sengaja mengkhianat agama dengan menyertai etnik tersebut secara sukarela.

Hal ini sangat mambimbangkan ekoran serangan tersebut menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia sendiri malah dijangka akan menghasilkan perang saudara sebagaimana yang tercetus di Iraq. Menurut sumber tempatan, tujuan etnik ini ialah merosakkan fahaman, mencetus sentimen permazhaban serta mewujudkan ketaksuban di kalangan tawanan mereka.

Lantaran serangan berterusan ini, sebuah badan bertindak antarabangsa yang beribu pejabat di Lubnan telah menghantar bantuan tenaga sukarela ke beberapa buah negeri seperti Pahang, Kedah dan Selangor untuk mengimbangi serangan lantas menghalang daripada merebak ke selatan Malaysia. Mereka hadir dengan berbekalkan senjata-senjata yang ampuh yang terbukti berkesan kerana pernah digunakan sejak 1400 tahun dahulu, rekaan sejak zaman Nabi Nuh malah akan kekal hingga hari kiamat.

Peperangan ini dijangka berlanjutan ke suatu masa yang tidak dapat dipastikan. Semua rakyat Malaysia diseru untuk bersatu tenaga menewaskan etnik pengganas ini. Penjajahan mereka hendaklah diladeni dengan senjata-senjata yang terbaik serta praktikal untuk memberi jaminan kemenangan mutlak atas dasar kebenaran. Semua senjata tersebut boleh diperolehi dengan melayari http://www.truesalafi.com/. – TIDAK BERNAMA

Saturday, May 27, 2006

NEGARA MANA PALING HEBAT?


KERLING OLEH : ALEXANDARICAIRO

Petikan di bawah adalah salah satu cara jarum dimasukkan oleh 'pelampau agama' ke dalam benak orang awam, bertujuan meng'ISA'kan atau me‘mungkar’kan sambutan Maulid Nabi. Mereka mempergunakan sesuatu isu untuk kepentingan dakyah mereka :




“Malang sekali jika kita tidak sensitif dengan isu Denmark, sedangkan rakyat Palestin dan Afghanistan sekalipun sentiasa dihimpit tetap bangun meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada dunia apabila Rasul yang mulia telah dihina. Arab Saudi paling hebat dalam kes ini dari segi kesan tindakan pimpinan negara dan rakyat. Walaupun mereka tidak buat sambutan maulid saban tahun sehebat kita, tetapi kesetiaan mereka lebih jelas. Sekalipun kita berarak maulid hebat saban tahun, namun kita tetap corot dari segi penampilan sikap. Ramai orang kita yang ‘tidak ambil tahu apa yang berlaku’. Barang kali ini boleh membezakan antara kecintaan yang tulen, dan penampilan kecintaan yang tidak berpijak atas asas yang kukuh”.- Si Polan


Cubitan :

Penulis petikan ini mahu memuji Arab Saudi yang tidak menyambut Maulid.

Pujian tersebut menggambarkan bahawa tidak bermaulid itu mendatangkan sesuatu yang lebih menunjukkan kesetiaan pada agama.

Penulis petikan tersebut cuba meracuni seolah-olah Maulid Nabi itu didirikan oleh kecintaan yang tidak berpijak atas asas yang kukuh.

Penulis tersebut sepatutnya lebih jujur dengan menyatakan sekali :

- Negara manakah yang pertama menarik balik boikot tersebut?

- Negara manakah yang tetap berdegil sejak dahulu membekalkan minyak kepada Amerika dan Israel untuk menghenyak Palestin?

- Negara manakah yang membangkang usul Malaysia supaya menghentikan bekalan minyak kepada Israel dan Amerika?

- Benarkah Arab Saudi Negara pertama memboikot?

- Negara manakah yang paling pandai berlakon memboikot, pada masa sama membekalkan bekalan ‘utama’ memusnahkan Afghanistan, Iraq, Palestin dan lainnya?

- Negara manakah yang paling pandai berlakon memberi bantuan kewangan kepada Palestin, sambil memberi bekalan yang lebih hebat kepada musuh Islam?

- Pemimpin negara manakah yang paling hebat berpelukan dengan Bush, ekoran ‘kerjasama minyak’ mereka memusnahkan Palestin?



Saya tidak mempunyai jawapan. Anda yang harus menjawabnya…….

Tuesday, May 23, 2006

MARAH DAN SAYANG, BATAS YANG MENYENGKANG.

CUBIT-CIBITAN OLEH : ALEXANDARICAIRO




Kalau marah Bush, tak perlu ikut cara Vladimir Putin…

Kalau marah Yahudi, tak perlu jadi Adolf Hitler…

Kalau marah orang jahat, tak perlu jadi orang yang lebih jahat…

Kalau marah nyamuk, tak perlu bakar kelambu…

Kalau marah kesalahan yang mengadat dalam masyarakat, tak perlu jadi *******…




Kalau sayang Dr Mahadhir, tak perlu cium dia tak pasal-pasal…

Kalau sayang Arsenal, tak perlu ramal Arsenal jadi juara Champions league

Kalau sayang anak, tak perlu menegakkan benang yang basah…

Kalau sayang tok guru, tak perlu bohong kononnya dia ulama salaf…

Kalau sayang sunnah Nabi, tak perlu jadi *******…

Saturday, May 20, 2006

MENEMPUH PEPERIKSAAN


OLEH : ALEXANDARICAIRO


Fuuhh!!

Peperiksaan semakin terasa bahangnya.
Kehangatannya mengalahkan suhu cuaca yang semakin meningkat darjahnya.

Tentu sahaja ‘syai’ di dalam dewam peperiksaan bukan teman setia sebagaimana semester pertama.

‘Gubra’ pasti ada. Buat-buat tenang, tetap kena ada.
Rasa cuak, belakang kira.

Janji, dapat jawab semuanya.

Thursday, May 18, 2006

TIM TERBAIK PATUT MENANG



OMELAN OLEH : ALEXANDARICAIRO



Menyerang itu ‘jantan’.

‘Menyerang’ layak kalahkan ‘bertahan’.

Keeper kalau bentes penyerang guna kaki, kad kuning. Kalau bentes pakai tangan, kad merah. Janin dalam perut mak dia pun dah tahu peraturan tu. Sebab tu Lehmann tak bantah apa-apa.

Eboue, anda belum cukup laju untuk kawal Eto’o. Bila dah tak larat kejar, jangan pula angkat tangan konon offside.

Ashley Cole, Beletti sudah cukup untuk tewaskan anda. Kalau Messi masuk, anda mungkin tertinggal ‘dua tiang’.

Fabregas, anda harus ‘menyesal sementara’ kerana tinggalkan Barca.

Henry, ya, anda penyerang terbaik. Tapi sayang, anda sepatutnya berada dalam tim terbaik.

Larsson, dua umpanan anda memang mengecewakan pihak lawan.

Apapun, tim terbaik memang patut menang.

Tuesday, May 16, 2006

SELAMAT HARI GURU


OLEH : ALEXANDARICAIRO


Ibarat lilin yang membakar diri,
Demi menerangi,
Tiada jenuh, teguh berdiri,

Saban hari,
Mencurah bakti,
Dengan ilmu di sanubari,

Berkorban tidak terperi,
Karenah ‘gembala’mu bertamu setiap hari,
Kau tetap teguh berdiri,
Tiada iri,

Kau ‘taming sari’,
Tersembunyi,
Denganmu, si gagah tangkas berseni,

Kau tiang seri,
Suaramu didengari walau digari,
Jasamu tak tersukat meski dicubai,

Tanpa kau, kami tiada di sini.



Renungan : Selamat hari guru. Khas buat guru-guru hamba di mana sahaja berada. Penghargaan memang tidak sempuna dengan kata-kata. Namun kata-kata ini rumusan dari segala bicara rasa.

Monday, May 15, 2006

IMTIHAN, SIKIT-SIKIT DAN CARA BERPENING

GEBANG OLEH : ALEXANDARICAIRO


Di perkarangan sebuah universiti.....

Indonesia : Gi mana sih Qurannya?
Johor : Susah juga.
Indonesia : Apa aja yang doktor bilang sih?
Johor : ( bilang? ) Oh, semuanya seperti dalam Quran.
Indonesia : ( ??? ) Langsung, kamu bisa nggak?
Johor : Bolehlah sikit-sikit.
Indonesia : Ngapain sikit-sikit. Waduh…Terus, dia ngomong-ngomong apa sih?
Johor : Cuma tanya Nahu sikit, Tafsir sikit.
Indonesia : Lain kali, kalau nggak bisa jawab, bilang aja, “saya pening”.
Johor : Pening?
Indonesia : Iya. Pening kayak komputer yang di'brontox'….
Johor : Itu kamu. Kalau saya, pening seperti blog yang tersalah HTMLnya….
Indonesia : Wah! Bisa bercanda kamu ya.
Johor : sikit-sikit juga…


Selamat menempuh peperiksaan. Doakan hamba juga. Sama-sama mendapat keputusan yang baik. Yabeda bedoo!!

Sunday, May 14, 2006

JUMPA, BAKAL ISTERI, PAK ADAM, HA?




SENGGOL-SENGGOLAN : ALEXANDARICAIRO


Seusai melabuh pandangan ke 'empayar ikan' Mediterranean...

- “Maaf, kami lambat sikit. Janji pukul 9, datang pukul 10”
( Saja bagi alasan. Sebab tak nak nampak gelojoh sangat. Lagipun lepas maghrib kan ada program Yasinan. Tak naklah kacau. Alasan mantap. )

- “Kami solat Isyak dulu tadi...”
( Alasan selanjutnya. Padahal dah boleh jamak tadi. Eleh, skill lama. Tapi, suka hatilah nak jamak ke tak! Memang disengajakan. Nak kata apa. )

- “Bila sampai sini?”
( Sejak lima jam lepas. Tapi sengaja habiskan masa depan internet call kawan di Malaysia sampai lupa nak masak. Beli Kusyari bil Kibdah je. Alasan je ni. Sebenarnya nak ruangkan perut seluas mungkin untuk diisi dengan masakan yang telah dijanjikan. Hehe...)

- “Beb, tak pedaslah ikan keli ni”
( Nak tahu kenapa tak pedas? Satu, kalau pedas, selera naik, sepuluh ekor pun tak cukup. Bangkraplah. Kedua, nanti sakit perut. Faham? Ketiga, tandanya ingat yang kau tak leh makan pedas. Romantik you! Keempat, janganlah banyak songel, kalau nak pedas, masak sendirilah. Ahaks. Tahniah kepada tukang masak. Sedaaaaap! )




Gebang : Yang masak, terima kasih. Yang menemaninya, terima kasih. Yang menghidang, terima kasih. Yang nak pinjam CD Windows ME, terima kasih. Yang didukung teresak manja dek demamnya, terima kasih. Yang menghulur bakul, terima kasih. Yang malu, curi-curi menjengah, mmm…

Saturday, May 13, 2006

ANA, ENTA DAN....ATAU....$#@%&^...



SEMBANG OLEH : ALEXANDARICAIRO


Ahmad : Assalamualaikum Osman. ‘enta’ apa khabar?
Osman : Waalaikumussalam. ‘Ana’ sihat. ‘Enta’ pula bagaimana?
Ahmad : ‘Ana’ sihat. Ala, sihat orang nak periksa. Ada pening-pening sikit.
Osman : Samalah ‘nahnu’.
Ahmad : ( $%#@*&?! )
Osman : Doakan ‘ana’ ya..
Ahmad : Insya Allah... Lama tak dengar tentang abang ‘enta’. Dia buat apa sekarang?
Osman : ‘Huwa’ sihat.
Ahmad : ( $%#@*&?! )
Osman : ‘Huwa’ masih di UTM, tahun akhir.
Ahmad : ( huwa? )


Borak :
- Hamba tak berapa biasa guna ‘enta’ dan ‘ana’
- Sekali-sekala bolehlah. Belajar-belajar
- Cuma selalu dengar orang sebut ‘enta’ dan ‘ana’
- Tapikan, kesian kat ‘huwa’ dengan ‘nahnu’ tau…
- Dianaktirikan penggunaannya. Agaknya kot….
- Dulu, hamba selalu dengar orang sebut 'ananahnu'
- Entah apa maknanya entah...
- Tapi nak dekat setahun orang jarang sebut 'ananahnu'
- Untuk orang yang selalu guna ‘ana’, ‘enta’, cubalah sesekali guna ‘huwa’, ‘nahnu’.
- Saja hamba nak dengar. Hehehe….
- Ni cadangan saje. Suka hati 'antum'lah.

Friday, May 12, 2006

SEJENAK BERSAMA SALAF

TERJEMAHAN : ALEXANDARICAIRO


Kalimah ‘ulama salaf’ sering meniti di bibir umat Islam ekoran sejarah dan keagungan zaman mereka persis sepertimana yang disifatkan oleh Rasulullah.
Malangnya, sejak kurun ke tujuh Hijrah, nama ‘salaf’ telah dipergunakan oleh golongan tidak bertanggungjawab untuk mengembangkan dakyah dan fitnah. Dakyah batil mereka berasaskan akidah yang rosak dengan mengingkari kewujudan Allah tanpa bertempat.
Lebih dahsyat lagi, setelah perkataan 'salaf' dilacurkan, mereka bertindak mencanang bahawa akidah 'Allah wujud tanpa bertempat' itu akidah golongan Jahmiyah.
Beridolakan beberapa lelaki yang tidak pun lahir pada kurun salaf, mereka terus-terusan menipu bagaikan tin yang mengaku dirinya sebuah botol.


Dengan niat untuk berkongsi, saya ketengahkan sebahagian nas-nas dari ulama salaf yang menjelaskan bahawa Allah bukan bersemayam atas arasy, bukan di langit, bukan di semua tempat, bukan di mana-mana.
Mereka yang mengatakan Allah berada atas arasy sebenarnya menyembah satu makhluk yang mereka khayalkan ( bayangkan ) wujud di atas arasy.

Selamat membaca…





1. Al-Imam Saidina Ali ( semoga Allah meredhainya ) - 40 H - telah berkata :

كان الله ولا مكان وهو اللآن على ماعليه كان

Bermaksud : Allah wujud sediakala ( wujud tanpa bertempat ) dan tiada tempat ( belum dijadikan ) dan Dia sekarang wujud sebagaimana sediakala ( tanpa bertempat )

( Abu Mansur Al-Baghdadiy, kitab Al-Farqu bianal Firaq , m/s 333 )

2. Al-Imam Saidina Ali ( semoga Allah meredhainya ) telah berkata :

إن الله تعالى خلق العرش إظهارا لقدرته ولم يتخذه مكانا لذاته

Bermaksud : Sesungguhnya Allah mencipta arasy untuk memperlihatkan kekuasaannya, bukan menjadikan arasy itu sebagai tempat untuk zat-Nya.

(Abu Mansur Al-Baghdadiy, kitab Al-Farqu bianal Firaq , m/s 333 )

3. Seorang tabiien yang mulia, Al-Imam Zainul Abidin Ali bin Al-Husein bin Ali ( semoga Allah meredhai mereka ) – 94 H - berkata : ‘Engkau, Ya Allah, tidak dikelilingi oleh tempat ( tanpa bertempat )’.

( Kitab Ithaf Sadatil Muttaqin, jilid 4, m/s 380 )

4. Al-Imam Ja’far As-Sodiq bin Muhammad Al-Baqir bin Zainul Abidin Ali bin Al-Husein ( semoga Allah meredhai mereka ) – 148 H – telah berkata : ‘Sesiapa yang menyangka Allah itu dalam sesuatu, dari sesuatu atau bersemayam atas sesuatu, maka dia telah syirik. Ini kerana jika Allah atas sesuatu, nescaya Allah itu terapung. Jika Allah dalam sesuatu, nescaya Allah terkepung. Jika Allah dari sesuatu, nescaya Allah bersifat baharu ( makhluk )’.

( Disebut oleh Al-Qusyairi dalam Ar-Risalah Al-Qusyairiah, m/s 6 )

5. Imam mujtahid tersohor, ulama salaf terkemuka, juga imam mazhab hanafi iaitu Al-Imam Abu Hanifah Nu’man bin Thabit ( semoga Allah meredhainya ) - 150 H - telah menyebut : telah dikatakan, apakah pandangan tuan jika disebut di mana Allah? Lalu Imam Abu Hanifah pun menjawab :

يقال له كان الله تعالى ولا مكان قبل أن يخلق الخلق وكان الله تعالى ولم يكن أين ولا خلق ولا شيئ وهو خالق كل شيئ

Bermaksud : Disebutkan kepada orang itu, Allah sediakala wujud ( tiada permulaan ) dan ( sedangkan pada masa itu ) tiada tempat ( belum diciptakan ) sebelum penciptaan makhluk. Allah wujud sediakala sedangkan pada masa itu tiada ‘di mana’, tiada makhluk, tiada apa-apa sesuatupun. Dialah pencipta setiap sesuatu.

( Al-Fiqh Al-Absat, himpunan risalah Imam Abu Hanifah, tahqiq oleh Al-Kauthari, m/s 20…… Dinaqalkan juga oleh Al-Muhaddith Al-Faqih Asy-Syeikh Abdullah Al-Harari dalam kitab Al-Dalail m/s 54 )

6. Salah seorang ulama bahasa, Ibrahim bin As-Sirri Az-Zajaj – 311 H - telah menyebut : Allah Maha Tinggi mengatasi semua benda. Maha Tinggi bukan bermaksud mempunyai tempat yang tinggi atau berada di tempat yang tinggi. Kerana Maha Suci Allah dari menduduki atau bertempat. Yang dimaksudkan Maha Tinggi ialah ketinggian kuasa-Nya dan kesultanan-Nya ( kekuasaan-Nya ).

( Kitab Tafsir Asma’ Allah Al-Husna, m/s 48 )

7. Al-Imam Al-Faqih Al-Hafiz Abu Ja’far Ahmad bin Salamat At-Tahawi Al-Hanafi – 321 H – telah berkata risalahnya Al-Aqidah At-Tahawiyah, sebagaimana nasnya :

وتعالى – الله – عن الحدود والغايات والأركان والأعضاء والأدوات ولا تحويه الجهات الست كسائر المبتدعات

Bermaksud : Maha suci Allah dari mempunyai hudud ( had dan saiz ), penghujung ( sempadan ), sudut, anggota dan alat. Dia tidak memiliki sudut yang enam ( atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang ) sepertimana sekalian makhluk.

( Imam At-Tahawi salah seorang dari ulama salaf. Beliau bermazhab Hanafi. Dalam awal risalahnya ini, beliau menyebut : Inilah akidah Ahli Sunnah wal Jamaah )

8. Imam Ahli Sunnah, Abul Hasan Al-Asy’ari – 324 H – ( semoga Allah meredhai beliau ) telah berkata :

كان الله ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج إلى مكان وهو بعد خلق المكان كما كان قبل خلقه

Bermaksud : Allah wujud sejak azali ( sediakala ) dan tiada tempat ( belum diciptakan ). Maka ( kemudian ) Allah mencipta arasy dan kursi, dan Allah tetap tidak berhajat kepada tempat. Setelah Allah mencipta tempat, Dia sediakala ( wujud tanpa bertempat ) sebagaimana sebelum Dia mencipta tempat.

*Al-Hafiz Ibnu Asakir juga menaqalkan nas yang sama dari Al-Qadhi Abul Ma’ali Al-Juwaini.

( Tabyin Kazbi Al-Muftari, m/s 150 )

9. Imam Ahli Sunnah, Abu Mansur Al-Maturidi – 333 H – ( semoga Allah meredhainya ) berkata : Sesungguhnya Allah itu wujud sediakala dan tiada tempat ( belum diciptakan ), Allah yang cipta tempat-tempat yang tinggi dan Allah kekal seperti sediakala ( kekal wujud tanpa bertempat ), Allah tidak berubah-ubah, sekarang juga tidak berubah-ubah, Maha suci Allah dari berubah-ubah, berpindah-pindah dan bertukar-tukar.

( Kitab At-Tauhid, m/s 69 )

10. Al-Hafiz Muhammad bin Hibban – 354 H - yang terkenal dengan kitab hadis sahih Ibnu Hibban telah berkata : Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai saiz tertentu lalu menempati tempat, Yang tidak mempunyai ajal lalu hancur luluh, Yang tidak dilitupi dan dikelilingi oleh sebarang tempat dan Yang tidak ada ke atasnya masa ( kewujudannya tidak berkait dengan masa ).

( Kitab Ath-Thiqat, jilid 1, m/s 1 )

11. Ibnu Hibban berkata lagi :

كان – الله – ولا زمان ولا مكان

Bermaksud : Allah wujud sediakala, tiada masa, tiada tempat ( masa & tempat belum diciptakan ) - ketika masa dan tempat belum diciptakan, Allah sediakala wujud tanpa bertempat.

( Kitab Sahih Ibnu Hibban, lihat Al-Ihsan bitartib sahih Ibnu Hibban, jilid 8, m/s 4 )

12. As-Sheikh Abu Bakar Muhammad bin Ishaq Al-Kalabazi Al-Hanafi – 380 H – ketika menerangkan tentang akidah ahli sufi yang benar telah berkata sebagaimana nasnya :

اجتمعت الصوفية على أن الله لا يحويه مكان ولا يجري عليه زمان

Bermaksud : para ahli sufi sepakat bahawa Allah tidak dikelilingi ( dilitupi ) oleh tempat dan tidak ada ke atasnya masa ( kewujudan Allah tidak tertakluk kepada masa )

( At-Taarruf li mazhab Ahli Tasawwuf, m/s 33 )

13. Asy-Sheikh Abu Abdullah Al-Husein bin Al-Hasan Al-Halimi Asy-Syafie – 402 H – telah berkata sebagaimana nasnya :

فمنهم من قال إنه جوهر ومنهم من قال إنه جسم ومنهم من أجاز أن يكون على العرش كما يكون الملك على سريره وكان ذلك في وجوب اسم الكفر لقائله كالتعطيل والتشريك

Bermaksud : Ada antara mereka ( golongan sesat ) yang mengatakan Allah itu 'jauhar', dan ada antara mereka yang mengatakan Allah itu jisim, dan ada antara mereka juga yang mengharuskan Allah itu berada atas arasy seperti seorang raja yang sedang bersemayam atas singgah sana. Itu ( ketiga-tiga akidah tadi ) menjadi wajib nama kufur bagi orang yang mengatakan begitu ( menjadi kafir dengan sebab beriktikad tadi ) hukumnya sama seperti akidah mengingkari kewujudan Allah dan akidah mensyirikkan Allah ( terkeluar dari agama Islam )

( Al-Minhaj fi Sya’bil Iman, jilid 1, m/s 184 )

14. Al-Qadhi Abu Bakar Muhammad Al-Abqilani Al-Maliki Al-Asy’ari – 403 H – berkata dengan nasnya : kami tidak mengatakan bahawa arasy itu, bila ia dinisbahkan kepada Allah, ia bermaksud tapak untuk bersemayam atau tempat bagi Allah. Kerana Allah wujud sediakala dan tiada tempat ( belum diciptakan ) Maka ( setelah ) Allah mencipta tempat, Allah tidak berubah dan kekal sediakala ( wujud tanpa bertempat )

( Al-Insaf fima Yajibu Iktikaduhu wala Yajuzu Al-Jahlu bihi, m/s 65 )



Ini adalah beberapa nas-nas dari ulama salaf tentang Allah wujud tanpa bertempat.
Ada lebih 250 nas-nas dari ulama salaf dan khalaf menjelaskan tentang Allah wujud tanpa bertempat. Pada hemat saya, cukup setakat 14 sahaja buat kali ini.
Banyakkan berdoa dan bertanya serta bercermat tatkala berdepan dengan sesuatu isu. Jangan terlalu cepat dan banyak membuat kenyataan lisan mahupun bertulis.
Nanti, secara tanpa sedar, sudahpun menjadi jurucakap upahan atau sukarelawan kepada golongan yang melacurkan kalimah 'salaf' itu. Kemudian, bila dah ramai peminat dan pendengar, rasa keberatan pula nak menarik kata-kata yang lalu.
Salam hormat dan selamat melayari hidup anda dengan akidah yang benar.

Friday, May 05, 2006

WATER IS THE FIRST CREATION

HANYA DARI LAMAN WEB TERPILIH....



Water is the First Creation

Allah created the heavens, the earths, and the mountains. Allah created the rivers and the seas. Allah created the sun, the moon, the stars, and the planets. Allah created the shrubs, the trees, the humans, and the animals. The first thing Allah created was water. It is above the heavens. Then Allah created the Grand Arsh. The Arsh is a platform with pillars. It is the largest of the bodies that Allah created, and it is the ceiling of Paradise. Allah is the Creator of everything.

The First Human Being, Our Master Adam

After Allah had created the heavens, the earths, the angels, the jinn, the trees, the birds, and the animals, Allah created our master Adam from soil. Our master Adam was the first human. Adam was the first of the prophets and messengers. Allah created Adam without a father or a mother. Allah created the angels from light. They are the inhabitants of the seven heavens. Allah created the jinn from fire. The father of the jinn is Iblis.

Paradise

Allah created Adam in Paradise. Paradise is above the seven heavens. Paradise is very big. Paradise is very beautiful. Paradise has many trees, rivers, and birds with beautiful sounds. It has all what one would like.


Paradise and Hell

Allah prepared Paradise for the believers who followed the prophets (may peace be upon them) and believed them. The pious believers will enter Paradise on the Day of Judgment without punishment. Also Allah created Hell for the sinners and the blasphemers who belied the prophets and did not follow the true Religion. The blasphemers will enter Hell on the Day of Judgment and they will never go out of it.

Adam Lived in Paradise

Adam (may peace be upon him) lived in Paradise 130 years, eating from its fruits; drinking from its rivers of water, honey, and milk; and living in it enjoyably without getting sick, tired, or sad.

Lady Hawwa' (Eve)

After a period of time Allah created a wife for our master Adam. Her name was Hawwa' . She lived a kind and peaceful life with Adam in Paradise. She loved her husband and he loved her.

Adam Was Beautiful

Our master Adam was beautiful. He was tall, with an upright body. He was not like the animals that walk on four legs. He was not ugly.Hawwa' was beautiful also. She was tall, with an upright body. She was not ugly.Adam and Hawwa' were not naked. They used to wear clothes.

Adam and Hawwa' and Their Descent to Earth

After Adam and Hawwa' lived in Paradise for a long period, Allah made them descend to earth.They gave birth to many children.Adam and Hawwa' started to build and construct things such as homes.All of their children were Muslim; none of them was a blasphemer.


The Religion of Adam and Hawwa'

Adam and Hawwa' were Muslim. Each of them loved and worshipped Allah. They used to pray, fast, and go to Hajj (pilgrimage).They both had good manners.Good manners are for one to tolerate the harm, and to be good to people when talking to them and when dealing with them--whether or not they treat one likewise.

Our Master Adam is a Prophet and a Messenger

When Adam (may peace be upon him) came down to earth, Allah made him a prophet and a messenger to his wife and offspring, to teach them Tawhid and the prayers.Tawhid is to know what attributes befit Allah and to know the difference between the Creator and the created things.He taught them the basis for good behavior, truthfulness, trust-worthiness, and sincerity.
An example of good behavior is to be trustful in dealing and not to cheat.An example of trustworthiness is if someone put money with another person to safekeep it, that person would give it back.Sincerity means to be obedient (which means to obey Allah's orders) hoping for reward from Allah and not seeking to please people.

Our Master Adam was Articulate

Our master Adam spoke all languages.Adam was articulate.He had a beautiful voice.He knew the names of everything.Allah, the Exalted, said in the Qur'an:


وعلّم ءادم الأسماء كلّها


This Ayah means: [..... and Allah created in Adam the knowledge of the names of everything.] He used to talk with his children with clear words and not with signs. Adam knew all the names of the creations such as the name of the sky, the earth, the sea, the air, the angel, the jinn, and the like.

Adam Plants and Harvests

Allah created in our master Adam the knowledge of the matters of earning a living. Allah created in Adam the knowledge of how to make the instruments for planting, like a shovel and a sickle. Allah created in Adam the knowledge of how to plant seeds, vegetables, and fruits, and how to harvest. Allah created in Adam the knowledge of how to make bread out of wheat, and Adam used to make it well.

Adam Builds the Ka’bah

Our master Adam learned how to build. Adam used to build homes and houses. He used to make ceilings and doors for them. He was the first to build the Ka’bah. During his time, the Aqsa Mosque was built in Palestine.

Monday, May 01, 2006

KEKURANGAJARAN YANG MEMBUNUH KLIMAKS KEBANGKITAN


CETUSAN : ALEXANDARICAIRO


“Kebangkitan berkali-kali sejak berjuta tahun dahulu sepertimana yang dikepalai beberapa orang Nabi dan Rasul merupakan satu mesej jelas dalam menggambarkan bahawa keseluruhan klimaks kebangkitan berpaksikan akidah yang benar.” - semasa mengahbiskan suapan terakhir Kusyari bil kibdah di sebuah restoran berhampiran persimpangan Mandarah.
( komen : slogan 'penyatuan berasas akidah' ini bukan setakat slogan, tetapi peisian yang jelas kebenarannya. Ada sahaja puak yang guna slogan yang sama, malangnya menyimpang jauh dari landasan akidah para Nabi dan Rasul. Hati-hati kerana mereka ini berimejkan 'macam bagus'. )

“Jenayah akidah dan fahaman yang dipelopori golongan tertentu dewasa ini bukanlah keterbukaan fikrah dan kepelbagaian mazhab yang dibenarkan dalam Islam. Ia hanyalah pembohongan licik dengan melazimi mempergunakan kalimah 'sunah' dalam dakyah.” - tatkala menanti makrobas untuk menuju ke Mansyiah.
( komen : Benar, kepelbagaian mazhab fekah dalam Islam bukan alasan untuk ketaksuban membabi buta lalu melahirkan krisis perpecahan umat Islam. Akan tetapi, jenayah akidah yang dibawa puak ini memang, akan, pasti, wajib dan mesti mencetuskan perpecahan kerana akidah Islam tidak akan boleh menyatu dengan akidah pegangan puak ini. Perpecahan antara mazhab fekah di bawah payung Islam dan perpecahan antara akidah adalah dua perkara yang berbeza dan mesti dibezakan. )

“Kemunculan puak yang melacurkan istilah dan gelaran tertentu yang mempunyai norma yang tinggi dalam Islam, merupakan satu sindiket pelacuran yang paling keji dan mesti ditumpaskan, dihenyak dan diganyang selumat mungkin.” - ketika sibuk meng'edit picture' gambar bersama fatmeh al-lubnaniah yang sangat mesra satu ketika dahulu.
( komen : istilah 'lacur' memang layak buat puak yang menggunakan istilah yang baik untuk tujuan yang tidak baik, lebih-lebih lagi untuk tujuan merosakkan akidah orang awam. Kerosakan yang dibuat telah berkesan kerana imej, lidah dan tatasusila mereka selalu menyalahgunakan dalil agama dengan gaya 'penipuan yang tersusun'. )

“Kebobrokan dan kebatilan akidah yang dipelopori oleh mereka adalah satu jenayah serius yang patut diekstradisi nyah keluar dari trek orbit Islam ekoran penipuan mereka bertapak serta bersenjatakan sumber-sumber Islam sambil mempergunakan beberapa istilah Islam untuk kelancaran pembohongan.” - pabila terdengar beberapa kalimah seperti 'eh da baah', 'wenta nibrah keda leh', 'baah usayyar awi' menujah ke gegendang.
( komen : Si Polan dah jelaskan, akidah puak ini salah. Pendengar faham. Si Polan kata, puak ini ada tokoh idola mereka yang menyesatkan mereka. Pendengar setuju sangat. Baguslah tu. Si Polan kata lagi, tokoh yang menyesatkan akidah mereka ialah...Pendengar selar "apa ni kutuk ulama?" - Hei pendengar, apa dah tak boleh bezakan ker antara ulama dan penyesat umat. Aduh.. )


“Kejijikan akidah yang disemai etnik ini ke dalam benak mangsa yang lemah akal merupakan satu jenis dosa yang dikelaskan sebagai dosa yang tidak diampunkan tuhan.” - di kala membayangkan Barcelona akan menghenyak Arsenal dengan kemenangan 3-0 dalam final Champions League di Paris.
( komen : diorang ni sebarkan dakyah dengan cara yang sangat halus. Puak Yahudi pun tak boleh buat macam diorang. Jadi, puak Yahudi pergunakan diorang. Diorang ni nampak je macam benci Yahudi. Padahal Yahudi dah cucuk jarum kat kepala diorang sebelum itu lagi. )