TERJEMAHAN : ALEXANDARICAIRO
Kalimah ‘ulama salaf’ sering meniti di bibir umat Islam ekoran sejarah dan keagungan zaman mereka persis sepertimana yang disifatkan oleh Rasulullah.
Kalimah ‘ulama salaf’ sering meniti di bibir umat Islam ekoran sejarah dan keagungan zaman mereka persis sepertimana yang disifatkan oleh Rasulullah.
Malangnya, sejak kurun ke tujuh Hijrah, nama ‘salaf’ telah dipergunakan oleh golongan tidak bertanggungjawab untuk mengembangkan dakyah dan fitnah. Dakyah batil mereka berasaskan akidah yang rosak dengan mengingkari kewujudan Allah tanpa bertempat.
Lebih dahsyat lagi, setelah perkataan 'salaf' dilacurkan, mereka bertindak mencanang bahawa akidah 'Allah wujud tanpa bertempat' itu akidah golongan Jahmiyah.
Beridolakan beberapa lelaki yang tidak pun lahir pada kurun salaf, mereka terus-terusan menipu bagaikan tin yang mengaku dirinya sebuah botol.
Dengan niat untuk berkongsi, saya ketengahkan sebahagian nas-nas dari ulama salaf yang menjelaskan bahawa Allah bukan bersemayam atas arasy, bukan di langit, bukan di semua tempat, bukan di mana-mana.
Mereka yang mengatakan Allah berada atas arasy sebenarnya menyembah satu makhluk yang mereka khayalkan ( bayangkan ) wujud di atas arasy.
Selamat membaca…
1. Al-Imam Saidina Ali ( semoga Allah meredhainya ) - 40 H - telah berkata :
كان الله ولا مكان وهو اللآن على ماعليه كان
Bermaksud : Allah wujud sediakala ( wujud tanpa bertempat ) dan tiada tempat ( belum dijadikan ) dan Dia sekarang wujud sebagaimana sediakala ( tanpa bertempat )
( Abu Mansur Al-Baghdadiy, kitab Al-Farqu bianal Firaq , m/s 333 )
Selamat membaca…
1. Al-Imam Saidina Ali ( semoga Allah meredhainya ) - 40 H - telah berkata :
كان الله ولا مكان وهو اللآن على ماعليه كان
Bermaksud : Allah wujud sediakala ( wujud tanpa bertempat ) dan tiada tempat ( belum dijadikan ) dan Dia sekarang wujud sebagaimana sediakala ( tanpa bertempat )
( Abu Mansur Al-Baghdadiy, kitab Al-Farqu bianal Firaq , m/s 333 )
2. Al-Imam Saidina Ali ( semoga Allah meredhainya ) telah berkata :
إن الله تعالى خلق العرش إظهارا لقدرته ولم يتخذه مكانا لذاته
Bermaksud : Sesungguhnya Allah mencipta arasy untuk memperlihatkan kekuasaannya, bukan menjadikan arasy itu sebagai tempat untuk zat-Nya.
(Abu Mansur Al-Baghdadiy, kitab Al-Farqu bianal Firaq , m/s 333 )
إن الله تعالى خلق العرش إظهارا لقدرته ولم يتخذه مكانا لذاته
Bermaksud : Sesungguhnya Allah mencipta arasy untuk memperlihatkan kekuasaannya, bukan menjadikan arasy itu sebagai tempat untuk zat-Nya.
(Abu Mansur Al-Baghdadiy, kitab Al-Farqu bianal Firaq , m/s 333 )
3. Seorang tabiien yang mulia, Al-Imam Zainul Abidin Ali bin Al-Husein bin Ali ( semoga Allah meredhai mereka ) – 94 H - berkata : ‘Engkau, Ya Allah, tidak dikelilingi oleh tempat ( tanpa bertempat )’.
( Kitab Ithaf Sadatil Muttaqin, jilid 4, m/s 380 )
( Kitab Ithaf Sadatil Muttaqin, jilid 4, m/s 380 )
4. Al-Imam Ja’far As-Sodiq bin Muhammad Al-Baqir bin Zainul Abidin Ali bin Al-Husein ( semoga Allah meredhai mereka ) – 148 H – telah berkata : ‘Sesiapa yang menyangka Allah itu dalam sesuatu, dari sesuatu atau bersemayam atas sesuatu, maka dia telah syirik. Ini kerana jika Allah atas sesuatu, nescaya Allah itu terapung. Jika Allah dalam sesuatu, nescaya Allah terkepung. Jika Allah dari sesuatu, nescaya Allah bersifat baharu ( makhluk )’.
( Disebut oleh Al-Qusyairi dalam Ar-Risalah Al-Qusyairiah, m/s 6 )
( Disebut oleh Al-Qusyairi dalam Ar-Risalah Al-Qusyairiah, m/s 6 )
5. Imam mujtahid tersohor, ulama salaf terkemuka, juga imam mazhab hanafi iaitu Al-Imam Abu Hanifah Nu’man bin Thabit ( semoga Allah meredhainya ) - 150 H - telah menyebut : telah dikatakan, apakah pandangan tuan jika disebut di mana Allah? Lalu Imam Abu Hanifah pun menjawab :
يقال له كان الله تعالى ولا مكان قبل أن يخلق الخلق وكان الله تعالى ولم يكن أين ولا خلق ولا شيئ وهو خالق كل شيئ
Bermaksud : Disebutkan kepada orang itu, Allah sediakala wujud ( tiada permulaan ) dan ( sedangkan pada masa itu ) tiada tempat ( belum diciptakan ) sebelum penciptaan makhluk. Allah wujud sediakala sedangkan pada masa itu tiada ‘di mana’, tiada makhluk, tiada apa-apa sesuatupun. Dialah pencipta setiap sesuatu.
( Al-Fiqh Al-Absat, himpunan risalah Imam Abu Hanifah, tahqiq oleh Al-Kauthari, m/s 20…… Dinaqalkan juga oleh Al-Muhaddith Al-Faqih Asy-Syeikh Abdullah Al-Harari dalam kitab Al-Dalail m/s 54 )
يقال له كان الله تعالى ولا مكان قبل أن يخلق الخلق وكان الله تعالى ولم يكن أين ولا خلق ولا شيئ وهو خالق كل شيئ
Bermaksud : Disebutkan kepada orang itu, Allah sediakala wujud ( tiada permulaan ) dan ( sedangkan pada masa itu ) tiada tempat ( belum diciptakan ) sebelum penciptaan makhluk. Allah wujud sediakala sedangkan pada masa itu tiada ‘di mana’, tiada makhluk, tiada apa-apa sesuatupun. Dialah pencipta setiap sesuatu.
( Al-Fiqh Al-Absat, himpunan risalah Imam Abu Hanifah, tahqiq oleh Al-Kauthari, m/s 20…… Dinaqalkan juga oleh Al-Muhaddith Al-Faqih Asy-Syeikh Abdullah Al-Harari dalam kitab Al-Dalail m/s 54 )
6. Salah seorang ulama bahasa, Ibrahim bin As-Sirri Az-Zajaj – 311 H - telah menyebut : Allah Maha Tinggi mengatasi semua benda. Maha Tinggi bukan bermaksud mempunyai tempat yang tinggi atau berada di tempat yang tinggi. Kerana Maha Suci Allah dari menduduki atau bertempat. Yang dimaksudkan Maha Tinggi ialah ketinggian kuasa-Nya dan kesultanan-Nya ( kekuasaan-Nya ).
( Kitab Tafsir Asma’ Allah Al-Husna, m/s 48 )
7. Al-Imam Al-Faqih Al-Hafiz Abu Ja’far Ahmad bin Salamat At-Tahawi Al-Hanafi – 321 H – telah berkata risalahnya Al-Aqidah At-Tahawiyah, sebagaimana nasnya :
وتعالى – الله – عن الحدود والغايات والأركان والأعضاء والأدوات ولا تحويه الجهات الست كسائر المبتدعات
Bermaksud : Maha suci Allah dari mempunyai hudud ( had dan saiz ), penghujung ( sempadan ), sudut, anggota dan alat. Dia tidak memiliki sudut yang enam ( atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang ) sepertimana sekalian makhluk.
( Imam At-Tahawi salah seorang dari ulama salaf. Beliau bermazhab Hanafi. Dalam awal risalahnya ini, beliau menyebut : Inilah akidah Ahli Sunnah wal Jamaah )
8. Imam Ahli Sunnah, Abul Hasan Al-Asy’ari – 324 H – ( semoga Allah meredhai beliau ) telah berkata :
كان الله ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج إلى مكان وهو بعد خلق المكان كما كان قبل خلقه
Bermaksud : Allah wujud sejak azali ( sediakala ) dan tiada tempat ( belum diciptakan ). Maka ( kemudian ) Allah mencipta arasy dan kursi, dan Allah tetap tidak berhajat kepada tempat. Setelah Allah mencipta tempat, Dia sediakala ( wujud tanpa bertempat ) sebagaimana sebelum Dia mencipta tempat.
*Al-Hafiz Ibnu Asakir juga menaqalkan nas yang sama dari Al-Qadhi Abul Ma’ali Al-Juwaini.
( Tabyin Kazbi Al-Muftari, m/s 150 )
9. Imam Ahli Sunnah, Abu Mansur Al-Maturidi – 333 H – ( semoga Allah meredhainya ) berkata : Sesungguhnya Allah itu wujud sediakala dan tiada tempat ( belum diciptakan ), Allah yang cipta tempat-tempat yang tinggi dan Allah kekal seperti sediakala ( kekal wujud tanpa bertempat ), Allah tidak berubah-ubah, sekarang juga tidak berubah-ubah, Maha suci Allah dari berubah-ubah, berpindah-pindah dan bertukar-tukar.
( Kitab At-Tauhid, m/s 69 )
10. Al-Hafiz Muhammad bin Hibban – 354 H - yang terkenal dengan kitab hadis sahih Ibnu Hibban telah berkata : Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai saiz tertentu lalu menempati tempat, Yang tidak mempunyai ajal lalu hancur luluh, Yang tidak dilitupi dan dikelilingi oleh sebarang tempat dan Yang tidak ada ke atasnya masa ( kewujudannya tidak berkait dengan masa ).
( Kitab Ath-Thiqat, jilid 1, m/s 1 )
11. Ibnu Hibban berkata lagi :
كان – الله – ولا زمان ولا مكان
Bermaksud : Allah wujud sediakala, tiada masa, tiada tempat ( masa & tempat belum diciptakan ) - ketika masa dan tempat belum diciptakan, Allah sediakala wujud tanpa bertempat.
( Kitab Sahih Ibnu Hibban, lihat Al-Ihsan bitartib sahih Ibnu Hibban, jilid 8, m/s 4 )
12. As-Sheikh Abu Bakar Muhammad bin Ishaq Al-Kalabazi Al-Hanafi – 380 H – ketika menerangkan tentang akidah ahli sufi yang benar telah berkata sebagaimana nasnya :
اجتمعت الصوفية على أن الله لا يحويه مكان ولا يجري عليه زمان
Bermaksud : para ahli sufi sepakat bahawa Allah tidak dikelilingi ( dilitupi ) oleh tempat dan tidak ada ke atasnya masa ( kewujudan Allah tidak tertakluk kepada masa )
( At-Taarruf li mazhab Ahli Tasawwuf, m/s 33 )
13. Asy-Sheikh Abu Abdullah Al-Husein bin Al-Hasan Al-Halimi Asy-Syafie – 402 H – telah berkata sebagaimana nasnya :
فمنهم من قال إنه جوهر ومنهم من قال إنه جسم ومنهم من أجاز أن يكون على العرش كما يكون الملك على سريره وكان ذلك في وجوب اسم الكفر لقائله كالتعطيل والتشريك
Bermaksud : Ada antara mereka ( golongan sesat ) yang mengatakan Allah itu 'jauhar', dan ada antara mereka yang mengatakan Allah itu jisim, dan ada antara mereka juga yang mengharuskan Allah itu berada atas arasy seperti seorang raja yang sedang bersemayam atas singgah sana. Itu ( ketiga-tiga akidah tadi ) menjadi wajib nama kufur bagi orang yang mengatakan begitu ( menjadi kafir dengan sebab beriktikad tadi ) hukumnya sama seperti akidah mengingkari kewujudan Allah dan akidah mensyirikkan Allah ( terkeluar dari agama Islam )
( Al-Minhaj fi Sya’bil Iman, jilid 1, m/s 184 )
14. Al-Qadhi Abu Bakar Muhammad Al-Abqilani Al-Maliki Al-Asy’ari – 403 H – berkata dengan nasnya : kami tidak mengatakan bahawa arasy itu, bila ia dinisbahkan kepada Allah, ia bermaksud tapak untuk bersemayam atau tempat bagi Allah. Kerana Allah wujud sediakala dan tiada tempat ( belum diciptakan ) Maka ( setelah ) Allah mencipta tempat, Allah tidak berubah dan kekal sediakala ( wujud tanpa bertempat )
( Al-Insaf fima Yajibu Iktikaduhu wala Yajuzu Al-Jahlu bihi, m/s 65 )
Ini adalah beberapa nas-nas dari ulama salaf tentang Allah wujud tanpa bertempat.
Ada lebih 250 nas-nas dari ulama salaf dan khalaf menjelaskan tentang Allah wujud tanpa bertempat. Pada hemat saya, cukup setakat 14 sahaja buat kali ini.
Banyakkan berdoa dan bertanya serta bercermat tatkala berdepan dengan sesuatu isu. Jangan terlalu cepat dan banyak membuat kenyataan lisan mahupun bertulis.
Nanti, secara tanpa sedar, sudahpun menjadi jurucakap upahan atau sukarelawan kepada golongan yang melacurkan kalimah 'salaf' itu. Kemudian, bila dah ramai peminat dan pendengar, rasa keberatan pula nak menarik kata-kata yang lalu.
Salam hormat dan selamat melayari hidup anda dengan akidah yang benar.
No comments:
Post a Comment