
KERLING OLEH : ALEXANDARICAIRO
Petikan di bawah adalah salah satu cara jarum dimasukkan oleh 'pelampau agama' ke dalam benak orang awam, bertujuan meng'ISA'kan atau me‘mungkar’kan sambutan Maulid Nabi. Mereka mempergunakan sesuatu isu untuk kepentingan dakyah mereka :
“Malang sekali jika kita tidak sensitif dengan isu Denmark, sedangkan rakyat Palestin dan Afghanistan sekalipun sentiasa dihimpit tetap bangun meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada dunia apabila Rasul yang mulia telah dihina. Arab Saudi paling hebat dalam kes ini dari segi kesan tindakan pimpinan negara dan rakyat. Walaupun mereka tidak buat sambutan maulid saban tahun sehebat kita, tetapi kesetiaan mereka lebih jelas. Sekalipun kita berarak maulid hebat saban tahun, namun kita tetap corot dari segi penampilan sikap. Ramai orang kita yang ‘tidak ambil tahu apa yang berlaku’. Barang kali ini boleh membezakan antara kecintaan yang tulen, dan penampilan kecintaan yang tidak berpijak atas asas yang kukuh”.- Si Polan
Cubitan :
Penulis petikan ini mahu memuji Arab Saudi yang tidak menyambut Maulid.
Pujian tersebut menggambarkan bahawa tidak bermaulid itu mendatangkan sesuatu yang lebih menunjukkan kesetiaan pada agama.
Penulis petikan tersebut cuba meracuni seolah-olah Maulid Nabi itu didirikan oleh kecintaan yang tidak berpijak atas asas yang kukuh.
Penulis tersebut sepatutnya lebih jujur dengan menyatakan sekali :
- Negara manakah yang pertama menarik balik boikot tersebut?
- Negara manakah yang tetap berdegil sejak dahulu membekalkan minyak kepada Amerika dan Israel untuk menghenyak Palestin?
- Negara manakah yang membangkang usul Malaysia supaya menghentikan bekalan minyak kepada Israel dan Amerika?
- Benarkah Arab Saudi Negara pertama memboikot?
- Negara manakah yang paling pandai berlakon memboikot, pada masa sama membekalkan bekalan ‘utama’ memusnahkan Afghanistan, Iraq, Palestin dan lainnya?
- Negara manakah yang paling pandai berlakon memberi bantuan kewangan kepada Palestin, sambil memberi bekalan yang lebih hebat kepada musuh Islam?
- Pemimpin negara manakah yang paling hebat berpelukan dengan Bush, ekoran ‘kerjasama minyak’ mereka memusnahkan Palestin?
Saya tidak mempunyai jawapan. Anda yang harus menjawabnya…….
No comments:
Post a Comment