Monday, May 01, 2006

KEKURANGAJARAN YANG MEMBUNUH KLIMAKS KEBANGKITAN


CETUSAN : ALEXANDARICAIRO


“Kebangkitan berkali-kali sejak berjuta tahun dahulu sepertimana yang dikepalai beberapa orang Nabi dan Rasul merupakan satu mesej jelas dalam menggambarkan bahawa keseluruhan klimaks kebangkitan berpaksikan akidah yang benar.” - semasa mengahbiskan suapan terakhir Kusyari bil kibdah di sebuah restoran berhampiran persimpangan Mandarah.
( komen : slogan 'penyatuan berasas akidah' ini bukan setakat slogan, tetapi peisian yang jelas kebenarannya. Ada sahaja puak yang guna slogan yang sama, malangnya menyimpang jauh dari landasan akidah para Nabi dan Rasul. Hati-hati kerana mereka ini berimejkan 'macam bagus'. )

“Jenayah akidah dan fahaman yang dipelopori golongan tertentu dewasa ini bukanlah keterbukaan fikrah dan kepelbagaian mazhab yang dibenarkan dalam Islam. Ia hanyalah pembohongan licik dengan melazimi mempergunakan kalimah 'sunah' dalam dakyah.” - tatkala menanti makrobas untuk menuju ke Mansyiah.
( komen : Benar, kepelbagaian mazhab fekah dalam Islam bukan alasan untuk ketaksuban membabi buta lalu melahirkan krisis perpecahan umat Islam. Akan tetapi, jenayah akidah yang dibawa puak ini memang, akan, pasti, wajib dan mesti mencetuskan perpecahan kerana akidah Islam tidak akan boleh menyatu dengan akidah pegangan puak ini. Perpecahan antara mazhab fekah di bawah payung Islam dan perpecahan antara akidah adalah dua perkara yang berbeza dan mesti dibezakan. )

“Kemunculan puak yang melacurkan istilah dan gelaran tertentu yang mempunyai norma yang tinggi dalam Islam, merupakan satu sindiket pelacuran yang paling keji dan mesti ditumpaskan, dihenyak dan diganyang selumat mungkin.” - ketika sibuk meng'edit picture' gambar bersama fatmeh al-lubnaniah yang sangat mesra satu ketika dahulu.
( komen : istilah 'lacur' memang layak buat puak yang menggunakan istilah yang baik untuk tujuan yang tidak baik, lebih-lebih lagi untuk tujuan merosakkan akidah orang awam. Kerosakan yang dibuat telah berkesan kerana imej, lidah dan tatasusila mereka selalu menyalahgunakan dalil agama dengan gaya 'penipuan yang tersusun'. )

“Kebobrokan dan kebatilan akidah yang dipelopori oleh mereka adalah satu jenayah serius yang patut diekstradisi nyah keluar dari trek orbit Islam ekoran penipuan mereka bertapak serta bersenjatakan sumber-sumber Islam sambil mempergunakan beberapa istilah Islam untuk kelancaran pembohongan.” - pabila terdengar beberapa kalimah seperti 'eh da baah', 'wenta nibrah keda leh', 'baah usayyar awi' menujah ke gegendang.
( komen : Si Polan dah jelaskan, akidah puak ini salah. Pendengar faham. Si Polan kata, puak ini ada tokoh idola mereka yang menyesatkan mereka. Pendengar setuju sangat. Baguslah tu. Si Polan kata lagi, tokoh yang menyesatkan akidah mereka ialah...Pendengar selar "apa ni kutuk ulama?" - Hei pendengar, apa dah tak boleh bezakan ker antara ulama dan penyesat umat. Aduh.. )


“Kejijikan akidah yang disemai etnik ini ke dalam benak mangsa yang lemah akal merupakan satu jenis dosa yang dikelaskan sebagai dosa yang tidak diampunkan tuhan.” - di kala membayangkan Barcelona akan menghenyak Arsenal dengan kemenangan 3-0 dalam final Champions League di Paris.
( komen : diorang ni sebarkan dakyah dengan cara yang sangat halus. Puak Yahudi pun tak boleh buat macam diorang. Jadi, puak Yahudi pergunakan diorang. Diorang ni nampak je macam benci Yahudi. Padahal Yahudi dah cucuk jarum kat kepala diorang sebelum itu lagi. )

No comments: