Tuesday, May 30, 2006

PERANG : MALAYSIA DISERANG

Buletin oleh : ALEXANDARICAIRO
KUALA LUMPUR, 30 Mei – Sebuah etnik 'pelampau' dari luar negara, yang tidak beridentitikan mana-mana negara telah menyerang Malaysia sejak beberapa bulan yang lepas. Serangan yang dibuat secara berperingkat itu telah menampakkan hasil apabila sebuah negeri di sebelah utara Malaysia telah ditawan oleh etnik tersebut. Menurut sumber dalam negeri, beberapa sekolah agama, pusat tarbiah, dewan-dewan universiti termasuk pejabat pentadbiran negeri telah dirampas sejak dua minggu lalu.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh sebuah badan siasatan antarabangsa mendapati, walaupun etnik tersebut berasal dari luar Malaysia, tetapi serangan ini didalangi oleh seorang warganegara Malaysia sendiri, yang juga merupakan seorang pensyarah di salah sebuah unversiti tempatan. Pensyarah tersebut yang lebih sinonim dengan pengkhianat bangsa, agama dan negara sering kelihatan ber'posing' di dada-dada majalah mutakhir ini. Keberaniannya bertambah setelah menawan sebuah negeri di utara Malaysia. Beliau juga memberi alasan yang sama seperti Presiden Bush iaitu menyerang untuk membawa perubahan dalaman.

Berdasarkan faktor geografi, serangan yang dimulakan dari utara Malaysia seolah-olah ditiru dari serangan tentera Jepun ke atas tanah Melayu suatu ketika dahulu. Seorang pegawai dari badan siasatan berkecuali yang berpusat di Lubnan berkata, serangan etnik pelampau tersebut menggunakan beberapa helah peperangan seperti 'manhaj salaf' dan 'ikut sunnah'. Senjata yang digunakan pula adalah senjata rekaan kurun ke tujuh yang di'upgrade' pada kurun dua belas hijrah sambil dilaras bersama peluru jenis 'V6Bid'ah', 'MVSyirik', 'SRHaram' dan 'QWSalaf'.

Pegawai penyiasat yang mahu namanya dirahsiakan tersebut mendapati, kebanyakan mangsa serangan adalah golongan marhaen yang tertipu dengan taktik serangan seperti 'takhrij' dan 'tafwid'. Ada juga yang sengaja mengkhianat agama dengan menyertai etnik tersebut secara sukarela.

Hal ini sangat mambimbangkan ekoran serangan tersebut menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia sendiri malah dijangka akan menghasilkan perang saudara sebagaimana yang tercetus di Iraq. Menurut sumber tempatan, tujuan etnik ini ialah merosakkan fahaman, mencetus sentimen permazhaban serta mewujudkan ketaksuban di kalangan tawanan mereka.

Lantaran serangan berterusan ini, sebuah badan bertindak antarabangsa yang beribu pejabat di Lubnan telah menghantar bantuan tenaga sukarela ke beberapa buah negeri seperti Pahang, Kedah dan Selangor untuk mengimbangi serangan lantas menghalang daripada merebak ke selatan Malaysia. Mereka hadir dengan berbekalkan senjata-senjata yang ampuh yang terbukti berkesan kerana pernah digunakan sejak 1400 tahun dahulu, rekaan sejak zaman Nabi Nuh malah akan kekal hingga hari kiamat.

Peperangan ini dijangka berlanjutan ke suatu masa yang tidak dapat dipastikan. Semua rakyat Malaysia diseru untuk bersatu tenaga menewaskan etnik pengganas ini. Penjajahan mereka hendaklah diladeni dengan senjata-senjata yang terbaik serta praktikal untuk memberi jaminan kemenangan mutlak atas dasar kebenaran. Semua senjata tersebut boleh diperolehi dengan melayari http://www.truesalafi.com/. – TIDAK BERNAMA

No comments: