Monday, October 25, 2010
KURSUS MUTAWWIF SIRI KE 12
Thursday, September 23, 2010
KURSUS MUTAWWIF
Jika berminat, kirim pesanan ringkas berisi nama penuh dan no. kad pengenalan ke En. Ellyeen Amineen di talian 017 7484630 atau Cik Azila 017 7369269 segera.
makluman
- Mutawwif : orang yang memimpin jemaah mengerjakan umrah, mengikut konteks kursus ini.
- Penginapan tidak disediakan
- Kursus selama tiga hari bermula Jumaat 22 Oktober.
- Pada sesi terakhir untuk hari terakhir akan diadakan ujian bertulis (objektif dan subjektif) selama dua jam. Markah penuh 100. Markah lulus 75. Soalan berpandukan kertas kerja sepanjang kursus.
- Jika lulus, anda akan ditemuduga. Jika lulus temuduga, anda harus menjalani praktikal umrah sebagai mutawwif pelatih. Mutawwif profesional dan jemaah akan memberi penilaian sepanjang anda mengendalikan jemaah umrah.
- Jika lulus, barulah anda akan ditauliahkan sebagai mutawwif.
Tuesday, August 03, 2010
MACAM-MACAM
Mutawwif ibarat duta kecil. Bukan tukang angkat beg jemaah. Bukan tempat untuk disumpah seranah. Tapi mutawwif adalah individu yang membantu ‘melancarkan’ urusan jemaah. ‘Melancarkan’ perlu difahami dalam konteks yang benar. Walau bagaimanapun, atas sifat keprihatinan dan manusiawi, seorang mutawwif selalunya sudi untuk membantu mengangkat beg-beg jemaah dengan tujuan menjalin ukhuwah yang lebih baik sesame jemaah. Kadang-kadang, ada jemaah yang tidak faham, menganggap mutawwif adalah orang yang menjadi ‘kuli’ angkat beg-beg mereka yang berates-ratus kilo itu. ( petikan dari Imam Azmi bin Ali yang diolah semula )
Di atas ini (sedang duduk berkot) gambar seorang mutawwif. Namanya Haji Yusof bin Munawar. Dia adalah ‘orang trek perlumbaan’. Sepang dan trek antarabangsa adalah rutin beliau. Tetapi, jika jadual bertindih dengan aktiviti mutawwif, maka ‘trek’ diketepikan. Dengarnya sedikit-sedikit akan meninggalkan ‘dunia trek’. Cayalah ‘haji racing’.
Monday, August 02, 2010
KURSUS MUTAWWIF LANCAR
Wednesday, July 28, 2010
DARI DAN KEPADA
Hujung minggu ini akan diadakan kursus pentauliahan mutawwif di Menara Ansar Johor Bahru selama 3 hari. 30,31 Julai dan 1 Ogos. Kepada semua peserta yang telah mendaftar, jangan lupa hadir pada jam 8 pagi Jumaat ini kerana kursus akan bermula tepat jam 8.30 pagi.
Kepada peserta yang mengulang, adalah sangat baik untuk menjadikan tiga hari tersebut sebagai tempoh memantapkan lagi persembahan dan pengetahuan untuk menjadi mutawwif yang berkualiti bagi keperluan umat Islam.
Kerjasama anda semua dalam menjayakan program ini amat dialu-alukan.
Friday, July 23, 2010
KELAS BAHASA ARAB
AHAD 25 JULAI
8.30 PAGI - 4.30 PTG
DEWAN MASJID JAMEK TAMAN PASIR PUTIH
PASIR GUDANG JOHOR
YURAN PENYERTAAN : RM 50
Wednesday, June 02, 2010
KURSUS MUTAWWIF DAN KURSUS BAHASA ARAB BULAN JUN
KURSUS MUTAWWIF
25, 26 DAN 27 JUN DI HOTEL SELESA PASIR GUDANG
YURAN : RM 450
(MAKAN, NOTA KURSUS DAN SIJIL)
8.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
KURSUS BAHASA ARAB
AHAD 20 JUN
DEWAN MASJID JAMEK
YURAN : RM50
(MAKAN, NOTA KURSUS DAN SIJIL)
8.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
DAFTAR SEGERA DI TALIAN 017 7484630
Sunday, May 23, 2010
CALON MUTAWWIF KITA
Kursus mutawwif yang pernah dijalankan sebelum ini dan akan dijalankan pada masa akan datang telah mendapat sambutan yang baik. Sambil menunaikan umrah, variasi ibadah dapat berkembang. Menyelesaikan masalah jemaah, sakit pening, pengurusan pasport, hal ibadah dan menjalin silaturahim sesama muslin adalah intipati keseluruhan pengisian tugas seorang mutawwif.
Hebat. Dan cabaran yang paling utama adalah diri mutawwif itu sendiri. Sejauh mana dia dapat membangun jati diri dengan sifat sabar dan ikhlas. Cukup menguji, cukup mencabar. Ia mudah di atas helaian kertas tetapi menyajikan jutaan pengalaman yang mematangkan bagi mereka yang menginginkannya.
Mereka sudah memulakan langkah pertama menyahut cabaran. Insya Allah, tuhan yang memberi balasan.
Kursus ini adalah peringkat pertama. mendatang, mereka harus ditemuduga dan menjalankan praktikal umrah dengan dinilai oleh mutawwif profesional sebelum lulus sebagai mutawwif terlatih.
Monday, May 10, 2010
‘Kehilangan diri’
Tetapi masalah ‘kehilangan diri’ ketika temuduga benar-benar menguji untuk kali ini. Sudah tau, lidah terus berkata tahu sikit-sikit. Sudah yakin, tetapi masih berlapik. Mudah-mudahan semuanya membuahkan hasil yang positif. Bukan setakat positif dengan berita penerimaan malah yang lebih penting, aura dan kesan positif berterusan apabila sudah memulakan tugas. Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk hamba-Mu ini.
Terima kasih Syafiq dan ‘ahli keluarganya’. Terima kasih Wan kerana seruan kemenangan menjuarai liga diajak kongsi bersama walau ‘kemarau’ sementara datang tanpa diduga. ‘Kemarau’ sementara itu jangan dibimbangi, ada hikmah besar menanti kerana melayan tetamu ini. Janji ‘MU’ tak menang. Buat Firdaus, moga bertemu dengan hasil positif yang sama. Pengalaman Temuduga Sesungguhnya.
Friday, May 07, 2010
KURSUS MUTAWWIF
Jika berminat, kirim pesanan ringkas berisi nama penuh dan no. kad pengenalan ke talian 017 7484630 sebelum 10 Mei ini.
- Mutawwif : orang yang memimpin jemaah mengerjakan umrah, mengikut konteks kursus ini.
- Penginapan tidak disediakan
- Kursus selama tiga hari bermula Jumaat 14 Mei.
- Pada sesi terakhir untuk hari terakhir akan diadakan ujian bertulis selama dua jam. Markah penuh 100. Markah lulus 75. Soalan berpandukan kertas kerja sepanjang kursus.
- Jika lulus, anda akan ditemuduga. Jika lulus temuduga, anda harus menjalani praktikal umrah sebagai mutawwif pelatih. Mutawwif profesional dan jemaah akan memberi penilaian sepanjang anda mengendalikan jemaah umrah.
- Jika lulus, barulah anda akan ditauliahkan sebagai mutawwif.
Thursday, April 29, 2010
SERBA PANTAS
Namun kepantasan yang diinginkan ada riskonya. Lebih-lebih lagi jika kepantasan yang bersifat campur tangan merayap kepada urusan agama. Bisa jadi cacamerba, hancur dan rosak. Bukan agama yang rosak, tapi output semberono yang terhasil dari sentuhan yang bersifat ‘kepantasan’ di samping mencicirkan banyak perkara mengakibatkan suatu salah faham yang runcing. Ini termasuklah penyalahgunaan dalil, ketidaktepatan penggunaan dalil dan putar belit yang dibuat menyelinap di sebalik perterjemahan.
Mangsanya adalah orang yang tidak tahu, orang yang sedang ingin ambil tahu dan orang yang 'belum cukup tahu'. Apapun, melihat kepada kedahsyatan perkembangan penulisan yang berbentuk peribadi, tertutup tetapi bebas, hal ini semakin berbahaya. Internet dan sumber-sumber media sudah menjadi pautan yang seakan-akan ‘mesti’ dan terpercaya. Dunia sudah kurang membicarakan hal kebenaran. Ilmu tidak lagi menyentuh hal ‘orang sahih’ atau ‘orang dhaif’. Kayu ukurnya juga kian kabur. Sempadan kesarjanaan dan kejahilan sudah digomolkan walaupun antara dua dunia kepakaran yang jauh berbeza.
Walhal, hal ini membahayakan. Bukan bahaya kerana onar senjata tajam. Bahayanya terletak kepada kesan pemahaman, pembangunan sikap dan sudut pandang lalu membuahkan tindakan. Di situlah dengan peredaran masa, kita telah dan bakal menyaksikan betapa kuasa pena memang benar mampu menggerakkan senjata. Tetapi jika tindakan sekeras itu memangsakan saudara seagama, bukankah ada sesuatu yang tidak kena?
Thursday, April 22, 2010
PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA 20 APRIL 2010
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
MINGGU lepas, kita telah cuba memurnikan kefahaman tentang tajdid atau pembaharuan dalam Islam. Ia supaya kita tidak tersilap dalam memahami dan menghayatinya. Tersilap memahami tajdid dalam Islam bukannya perkara kecil kerana ia boleh membawa akibat yang besar.
Ia boleh menyebabkan seseorang itu menolak kesepakatan dan pandangan yang kuat dalam cabang-cabang utama agama akidah-syariah-akhlak.
Salah faham terhadap tajdid juga boleh mendorong seseorang itu memandang rendah, memperlekeh bahkan menghina tokoh-tokoh ulama pewaris Nabi SAW. Di peringkat masyarakat dan umat pula, faham tajdid yang salah boleh menimbulkan perpecahan lantas melemahkan kekuatan dalaman dan jati diri umat. Suatu keadaan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang iri hati dengan Islam.
Asas kerangka faham tajdid
Tajdid dalam Islam fokusnya adalah orang Islam, masyarakatnya dan negaranya serta bukannya fahaman dan ajaran Islam yang dijamin terpelihara sepanjang zaman.
Islam sebagai modul kehidupan bermula cemerlang dan kemudiannya berpindah dari generasi ke generasi di bawah perhatian dan pemeliharaan Rabbul Jalil sebagaimana yang selayaknya bagi risalah terakhir bagi manusia seluruhnya.
Mungkin ada yang mencebek dan menuduh naif terhadap pernyataan ini sedangkan ia sebenarnya suatu sikap sangka baik atau husnu dzan yang sangat kena pada tempatnya.
Ia adalah sikap yang berasaskan pelbagai nas-nas wahyu termasuklah ayat-ayat al-Quran yang memuji generasi para sahabat dan memperakui umat ini sebagai khaira ummah - umat terunggul.
Allah SWT sendiri juga telah mengisytiharkan kesempurnaan dan keunggulan modul ini dengan firman-Nya: Pada hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agamamu dan Aku sempurnakan ke atas kamu nikmat-kurniaan Ku, dan Aku reda Islam itu menjadi agama kamu. (al-Maaidah: 3)
Rasullullah SAW pula mengiktiraf keunggulan generasi umat Islam dalam kurun-kurun terawal dalam memikul dan menghayati risalah ini. Keunggulan dan kehebatan generasi awal Islam sebagai juara-juara kemanusiaan dan ketamadunan juga merupakan suatu fakta sejarah yang diakui kawan dan lawan.
Bagi umat Islam beriman dan baik fitrahnya pula, ia turut menjadi suatu hakikat yang dapat dirasai di benak hati dan bukan sekadar hujah aqali.
Tajdid sekularis dan tajdid Modenis
Mengakui tentang permulaan Islam yang bercahaya sebegini akan mengenepikan hujah para 'mujaddid sekularis dan liberalis' yang sering bercakap seolah-olah ajaran Islam turut perlu melalui suatu proses pendewasaan bertahap-tahap atau evolusi sebelum ia menjadi sempurna.
Kelompok 'mujaddid sekularis dan liberalis' ini biasanya muncul dari luar. Luar dalam erti kata suara pengkaji dan pemerhati bukan Islam atau para orientalis yang menggunakan kerangka faham mereka yang asing daripada kerangka Islam. Luar juga boleh diertikan sebagai suara dari kalangan orang Islam sendiri tetapi daripada kalangan mereka yang bukan daripada latar belakang pendidikan agama.
Mereka ini juga sering mendatangi Islam dengan kerangka minda yang asing lantas gagal menilai Islam dengan neraca yang saksama. Mungkin sahaja apa yang sebenarnya sisi kekuatan pada Islam akan dilihat sebagai kelemahan dan cuba dirombak dan dihilangkan. Contohnya, luas dan terperincinya hukum-hakam syarak mereka lihat sebagai mengongkong dan melemaskan sedangkan ia menjadi antara faktor penjamin jati diri dalaman umat. Di sudut gelanggang yang lain, terdapat pula kelompok 'mujaddid modenis Islamis' yang muncul dalam kalangan umat Islam sendiri.
Kecenderungan ini ada juga muncul dari kalangan yang berpendidikan agama tetapi telah terhimbau dengan aliran-aliran dan tokoh-tokoh tertentu yang tidaklah mewakili arus perdana dan majoriti umat.
Berbeza dengan kelompok 'mujaddid sekularis liberalis', kelompok ini tidaklah meragui kesempurnaan Islam di kurun-kurun awalnya. Mereka masih bertolak daripada asas keimanan tetapi dengan kerangka 'tajdid' agama yang berasaskan prasangka bahawa generasi ulama selepas itu telah gagal memahami Islam dan menyampaikannya secara murni kepada generasi seterusnya.
Hanya sesudah banyak ratus tahun kemudiannya barulah muncul beberapa tokoh ulama dan pemikir Islam dalam pelbagai bidang yang membawa pendekatan memahami Islam yang mereka anggap lebih tepat dengan generasi awal atau para salafus soleh. Inilah sebabnya mereka yang cenderung kepada aliran ini suka menggelarkan diri mereka sebagai beraliran salaf atau salafiy. Mereka juga melaungkan semboyan kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah dengan nota kakinya: tanpa perlu perantaraan tafsiran dan huraian ulama silam.
Di antara tokoh-tokoh ulama dan pemikir yang menjadi rujukan aliran ini ialah Ibnu Taimiyyah, muridnya Ibnul Qayyim, Muhammad bin Abdul Wahhab, Muhammad Abduh, Rashid Ridha dan Nasiruddin al-Bani.
Pemikiran tokoh-tokoh mempengaruhi pengikut aliran ini ke tahap dan dengan cara yang berbeza hingga aliran ini bukanlah aliran yang tunggal dan homogenous sifatnya. Sesama pecahan aliran ini pun ada banyak percanggahan pandangan. Adalah sukar untuk memetakan aliran yang rencam ini jika berbanding kesepaduan aliran arus perdana Islam. Walau bagaimanapun, aliran 'mujaddid modenis Islamis' ini tetap bersatu dalam keengganan mereka menerima-pakai acuan akidah-syariah-akhlak yang sudah baku hasil saringan generasi ulama silam.
Jika diteliti baik dari sudut nas wahyu mahupun fitrah yang sejahtera, kedua-dua aliran 'tajdid' yang kita sebutkan di atas adalah tidak secocok dengan Islam. 'Tajdid' sekularis jelas tidak berpijak di atas asas keimanan malah bertitik-tolak daripada kecurigaan. Sesetengahnya sampai ke tahap kebencian terhadap Islam itu sendiri. Sebagai suatu gagasan luar ia juga bercakap dengan bahasa dan istilah yang asing lantas lebih mudah dirasai kejanggalannya. Maka rata-ratanya aliran 'tajdid' ini kurang mendapat tempat di kalangan umat yang solat dan berzakat. Khalayak awam pun cenderung menolak tanpa perlu diyakinkan dengan hujah yang panjang lebar.
Lain halnya dengan 'tajdid modenis Islamis' yang datangnya dari dalam tubuh masyarakat Islam itu sendiri. Ia berbicara dan memakai pakaian Islam. Khalayak awam mungkin sukar untuk menghuraikan di mana silap dan bezanya aliran ini dengan aliran arus perdana. Malah sekali dengar, hujah disokong nas yang dibawa untuk mendokong 'pembaharuan' yang dibawa kedengaran berasas dan ada logiknya. Pendek kata para ustaz pun jika tidak menelaah rujukan dan perbahasan khusus tentang aliran tidak akan benar-benar jelas tentang selok-belok perbahasannya.
Ada persamaannya di sini dengan perbahasan antara Ahli Sunnah dan Syiah dalam Islam. Mereka yang tidak merujuk bahan-bahan khusus mengenainya tidak mudah untuk menanganinya.
Mereka yang meneliti tentang hakikat 'tajdid' dalaman ini akan menemukan bahawa aliran ini mempunyai datang dengan pakej yang tersendiri. Walaupun ia mungkin kelihatan berani, progresif dan dinamik dalam mengulas sesetengah persoalan semasa pada asasnya aliran ini tetap membawa bersamanya beberapa fahaman-fahaman yang bercanggah dengan kesepakatan umat dalam akidah, syariah dan akhlaknya.
Isu-isu yang diperjuangkan dan hendak ditajdidkan pula sering berada dalam ruang khilafiah yang sepatutnya tidak boleh menjadi punca pertelingkahan. Oleh kerana isu-isu yang ditimbulkan oleh aliran 'tajdid' dalaman ini mudah menimbulkan kekeliruan dan kesamaran, polemik, perbahasan dan perdebatan terbuka bukanlah cara yang paling berkesan menanganinya.
Jika dibiarkan juga pandangan-pandangan ini disebarkan di tengah-tengah masyarakat, dalam sekian ramai yang mendengar tetap akan ada yang terpengaruh. Ajaran yang jelas-jelas sesat seperti Ayah Pin dan 'Rasul' Kahar pun ada pengikutnya yang masih setia. Pepatah Arab mengatakan Likulli Saaqitin Laqiit, "tiap yang gugur itu ada yang mengutipnya". Menyedari hal itu, pihak berkuasa yang sedar dan bertanggungjawab perlu bertegas mengawal fahaman-fahaman yang menyeleweng.
Ancaman terhadap pegangan agama adalah lebih berbahaya berbanding persoalan-persoalan lain.
Sebab itulah Imam Ibnu Hajar al-Haithami apabila ditanya tentang hukumnya seseorang menimbulkan keraguan terhadap imam-imam Ahli Sunnah turut memetik tindakan tegas yang diambil oleh Saidina Umar al-Khattab terhadap seorang lelaki bernama Dubay yang membahaskan ayat dan hadis mutasyabihat secara terbuka di tengah masyarakat. Dubay ditangkap dan dihukum sebat sehinggalah dia bertaubat. Memang kelihatan keras dan tegas tetapi sesuailah dengan besarnya maslahah yang hendak dipelihara. (al-Fatawa al-hadithiyyah)
**dari saya : pembidaahan, pemulihan kepada intipati ilmu agama bahkan penyerangan kepada sesuatu keharusan berdalil yang jelas, hanyalah gerakan lidah fitnah atas tag nama 'tajdid' (pembaharuan). Berwasapadalah.
Friday, April 09, 2010
SALAM, SALAM, SALAM
Kita selalunya mempunyai sebab yang kuat untuk membuat sesuatu yang ganjil. Kadang-kadang jelas terserlah kadang-kala tersembunyi sukar dihidu sesiapapun walau cuba dimengertikan. Bagi saya, biarlah rahsia. Saya ingin kembali kepada sesuatu yang pernah saya suka dahulu.
Seronok bercampur gembira bila berada di tanah tumpah darah, muntah dan segala saiz ‘air’ ni. Ayahbonda sering di mata, cuaca setimpal kebal tubuh dan suasana kurang luar biasa. Johor Bahru tentunya. Setakat ini, belum ada tempat lain menyinggah di hati untuk diterokai. Namun, rezeki mendatang manalah tahu kan. Barangkali jauh nun di sana sepeti pernah dahulu atau di sini sahaja atau tidak kedua-duanya ( alam barzakh ). Harap umur ini diberkati dan dimanfaatkan sesempurnanya.
Salam kehebatan, salam semangat dan salam kebangkitan! Manusia yang terbaik adalah yang paling banyak memberi manfaat. Kita buat, kita teruskan dengan konsisten. Sama-sama usaha, bekerja dan memberi khidmat. Insya Allah kita beroleh kebaikan. Salam bertemu lagi, lagi dan lagi nanti ya.