Wednesday, July 28, 2010

DARI DAN KEPADA

Syukur Ahad lepas kelas bahasa arab berjalan dengan baik. Lega rasanya. Maklum balas peserta kali ini juga agak positif. Mudah-mudahan ia jadi pemangkin kepada perkembangan pengetahuan masyarakat kepada bahasa arab. Amin.

Hujung minggu ini akan diadakan kursus pentauliahan mutawwif di Menara Ansar Johor Bahru selama 3 hari. 30,31 Julai dan 1 Ogos. Kepada semua peserta yang telah mendaftar, jangan lupa hadir pada jam 8 pagi Jumaat ini kerana kursus akan bermula tepat jam 8.30 pagi.

Kepada peserta yang mengulang, adalah sangat baik untuk menjadikan tiga hari tersebut sebagai tempoh memantapkan lagi persembahan dan pengetahuan untuk menjadi mutawwif yang berkualiti bagi keperluan umat Islam.

Kerjasama anda semua dalam menjayakan program ini amat dialu-alukan.

No comments: