
oleh : ALEXANDARICAIRO
Bila nak kahwin? Sabarlah. Beri kata dua. Kalau ia pun. Tut tut! Pesanan ringkas lagi. Bila nak kahwin? Kan tengah sibuk ni. Ada masalah. Ada hal. Ada urusan. Ada kerja. Tapi jawablah dulu. Ringkas pun jadilah. Kan senang. Habis cerita. Tahu dapat. Hati lega. Cepatlah, bila? Fikiran kacau ni. Tak boleh sebut sekarang. Banyak benda kena atur dan timbang. Nantilah.
Baik, tak nak sebut tarikh, bulan pun jadilah. Kalau tak pun, tahun. Setahun. Dua tahun. Atau bertahun-tahun. Macamana? Boleh? Kan dah sebut. Nanti. Bukan sekarang. Faham? Apa-apapun, bukan sekarang. Serabut ni. Belum boleh fokus. Kalau tenang, adalah khabarnya. Usah bimbang. Jangan ragu. Tak perlu risau. Tak payah sangsi.
Telefon. Bila? Mm, bila. Bila apa? Kawin. Tak sabar-sabar? Bukan tak sabar nak kawin. Tak sabar nak tau bila. Itu saja. Faham-fahamlah. Orang dah tanya. Usik pun sudah. Cepatlah bagi jawapan. Bila? Semalam. Apa? Jangan main-main. Habis, tak faham bahasa melayu. Nanti maknanya bukan sekarang. Nanti itu nantilah. Tunggu.
Nak tunggu sampai bila? Sampai tua? Sampai wawasan 2020? Cepatlah. Lama dah tunggu. Sabar. Sekarang kepala penuh dengan hal lain. Badan sibuk penuhkan jadual. Hurung sana-sini. Letih ada, penat jua. Dapat dengar bebel makin lepak. Tolonglah. Tolong faham dan tolong diam. Diam sementara.
Esok. Macamana? Sudah ada jawapan? Aduh! Jangan tanya lagi boleh tak? Rimas. Nak jumpa. Selesai segera. Baik. Macam inilah. Kita stop sahaja sampai sini. Sudah malas dan muak. Letih. Jemu. Bosan. Angin. Begini. Tunggu minggu depan. Ada cerita. Selesai.
( Tak kira yang mulakan siapa, yang salah siapa. Kaumku umumnya jenis benci didesak-desak oleh kaum bukan sejenisnya. Memang sangat pantang kalau digertak-gertak, dicabar-cabar atau diacah-acah dengan desakan. Mungkin kerana egonya atau apa sahaja. Apapun, tak usahlah dicuba-cuba. )
No comments:
Post a Comment