Thursday, July 13, 2006

'PELAN CADANGAN JANGKA PANJANG'

oleh : ALEXANDARICAIRO


Ha. Elok. Memang tepat. Setuju sangat. Cuma kalau setakat lanjut masa, itu belum hebat. Hadhari mesti hebat. Global. Antarabangsa. Lanjut masa belum cukup. Buat 24 jam. Yang kerja malam, boleh datang. Yang kerja siang, dapat hadir. Lanjut masa sahaja, mana ada apa-apa. Kalau nak hebat, kena ada apa-apa yang memperhebat. Cukai kena turun. Bagi jadi murah. Senang nak beli. Senang nak dapat. Senang nak togak. Baru puas. Ramai yang dapat merasa. Ringan sama dijinjing, kata orang tua.

Murah sahaja, setakat ‘pening’ seorang diri, mana puas. Mesti ada ‘hidangan’ yang lazat-lazat. ‘Hidangan’ mesti tumpu pada resepi tempatan. Sebab pelancong nak rasa yang itu. Bukankah nak tarik pelancong luar? Resepi luar negara pun kena sediakan juga. Pelancong tempatan pun nak rasa yang dari luar. ‘Hidangan’ mestilah yang montok-montok. Rangup-rangup. Getah-getah. Kenyal-kenyal. Sampai ngences. Baru sedap henjut. Sedap layan.

Kalau nak sedap lagi, bagi tempat sedap. Gaji sedap. Rumah sedap. Visa sedap. Jawatan sedap. Barulah dapat yang sedap-sedap. Begini. Naif tarafkan selaras dengan gaji siswa lepasan universiti. Atau lebih tinggi sikit dari gaji imam dan bilal negeri. Beri subsidi. Hak dalam undang-undang. Bagi semua. Masuk majalah. Berita. Wawancara. Majlis-majlis amal. Motivasi sekolah dan penjara. Boleh? Mesti boleh. Hadhari.

‘Hidangan’ kalau nak sentiasa sedap, kena ada pengurusan ‘restoran’ yang bagus. Wujudkan ‘restoran’ yang khusus di peringkat kebangsaan terus di bawah kuasa Perdana Menteri. Pelindung. Jaga kebajikan. Macam Thailand. 'Restoran' mereka dikanunkan bawah undang-undang. Sebab itu mereka maju. Ada ‘restoran’ baik. ‘Restoran’ khas. Jadi, ‘hidangan’ segar tak putus-putus setiap masa. Seluruh dunia nak rasa. Sendiri mau rasa. Baru tau apa sedapnya, mana enaknya, bagaimana lazatnya. Nak rasa!

Kalau ada tentangan, ceritakan pentingnya. Ia sangat ekonomi. Lihatlah sekarang. Setiap inci dunia, berkejar ke Malaysia. Ia laksana makhkota. Hadhari terlaksana. Kalau bentak juga, ‘ISA’kan mereka sahaja. Hadhari juga.


( Sedih. Kalau sudah teruk, memang payah nak pulih. Tapi usah keruhkan lagi keadaan. Usaha yang ada belum pasti hasilnya apa. Jangan ditambah dengan racun. Negara akan rosak binasa. Punah semuanya nanti. Cintailah negara. )

No comments: