Ada manjanya. Tidak mengapa. Boleh saja. Jika sopan kena caranya. Kalau tidak, dikira gedik mengada-ngada. Ini tak boleh. Boleh juga. Boleh blah, kata orang muda. Suaranya. Gayanya. Bagus juga kalau pandai memahami suasana dan keadaan. Ada tika perlu, ada masa jangan sesekali. Akan mengundang marah si dia. Manja pada-pada. Kira-kira. Intai-intai suasana.

Memang unik...untuk difahami, untuk dimengerti...
Degilnya tidak kurang. Bentaknya boleh tahan juga. Penampilan memang lembut. Bila senyum, pasti menawan. Lenggoknya memang kemas. Cuma hati, susah benar dibentuk. Taatnya kena dididik setiap hari. Hati selalu keras. Menentang ada saja. Melawan ada kala. Bukan dengan cakapnya. Tapi, sikapnya. Kan elok kalau turut dan ikut. Tapi selalunya tidak.
Sopan ada. Cuma ada yang perlu ditukar rupa. Untuk selesa. Begitu juga cara. Ubah sedikit. Ingatlah. Semua yang betul, ada duduknya. Kalau silap tempatnya, ia canggung. Sebab itu, ia patut ditukar. Jangan diulang lagi begitu. Nasihat tanda cinta. Sejenak, buat lagi. Kan dah kata, jangan. Bukan lupa, tidak ambil berat. Itulah dia.
Tuntut banyak, berinya kurang. Lambat. Terhegeh-hegeh. Lupa itu, alpa ini. Bila cakap, mencebik. Nak diam, diulang nanti. Susah. Bengkoknya memang harus ditegakkan. Tapi takut patah. Risau dibuatnya. Juta cara sudah. Sesuai emosinya. Seiring halusnya. Selayak manjanya. Senada keinginannya. Hebat benar sabar diuji. Sukar tapi indah. Pedih tapi ceria.
Unik sungguh makhluk yang satu ini.
( Cantik itu seketika. Sangat seketika. Kerana ia di mata cuma. Taat sahaja mengikat jiwa. Kerana ia di hati bertakhta. Kalau tunduk diri, rendah hati, kekal sayangnya. Jika tidak, lupakan sahaja cita-cita. Takkan datang sampai bila-bila. )
2 comments:
ya, dengan segala yang unik itu memerlukan didikan yang halus..kena caranya maka mudah sahaja..
Toleransi dan memahami dan tanasuh..
Bukankah itu ajaran sunnah Rasulullah saw..dengan didikan yg halus mendidik
mm..cadangan yang menarik, cuma saya tak pasti, cadangan ini dari kumpulan makhluk yang unik itu atau sebaliknya..
apapun, salam ziarah dan sangat terima kasih..
Post a Comment