
oleh : ALEXANDARICAIRO
Gaduh. Biasalah. Apa yang ada, sebat saja. Jangan tunggu. Kalau tak lebam pun, sengal-sengal pun jadilah. Mestinya, kena. Kalau tengah berada di atas, henjut kuat-kuat. Kalau sedang di bawah, gelupur puas-puas. Kalau saling menghadap, elak pantas-pantas. Kalau membelakang, jangan toleh-toleh, lari.
Tak layak di kerusi itu. Menyesal. Tunduk dengan telunjuk 'si hingusan'. Menjaja sengih kambing dengan istilah baru. Kata yang tak dikota. Janji tak termeterai. Jual sana, lelong sini. Juta-juta dah menjadi RM1. Indah dah ‘roboh’. Input kristal dihulur-hulur. 'Singa Terbang' nak diberi lalu-lalang. Kan pedih semuanya. Perit. Pasti nak cari gaduh. Tengok lengan sikit. Besar. Dululah. Sekarang dah mengecil. Buat apa nak takut.
Wei! Lengan kecil ni bukan tak kuat. Belum cuba. Sudah. Dah senggol beberapa kali. Senggol raba-raba. Baru senggol sikit. Setakat ni, semua senggol mengena. Namun belum berbalas. Orang baru yang ‘belum tua’. Selalunya lembap. Sesekali untuk beradab. Kadang-kadang senyap. Taktik bersebab dan mujarab. Tak tau, otak dah berkurap, dah berasap. Sebab tak dapat jawab. Namun hati meluap-luap.
Belumpun ‘si belum tua’ balas senggol, datang kaki pukul. Belasah. Kalau jantan, berdiri mengadap, cabut ‘nametag’, buang jauh-jauh, baru cemuh. Engkau pun sama. Kes jela-jela. Cuma belum kena. Diam-diam sudahlah. Kalau nak, pentas ada. Tangok lengan aku sekarang. Taklah sebesar ‘orang belum tua’ tetapi boleh tahanlah. Lagipun, keris ada. Dekat bendera.
Setiap tua ada gayanya. Tua lama, ada tuahnya. Tua baru, ada seninya. Cewah. Nak jadi hero. Hero ‘bakal tua’. Kipas, kipas, kipas. Tak habis-habis. Encik, tumpang tanya. Berapa harga kipas ini? Kipas jenama apa ni? Produk tempatan atau luar negara? Em, kipas pengantin agaknya.
Ada. Antara dua tua, pengadilnya juga ada. Siapa? Hero ‘bakal tua’ tak tahu. Si pengecut kata ada. Jangan tak percaya. Yang ini kaki pukul juga. Selalu pukul. Ganyang pun pernah. Cuma belum pernah pukul orang tua. Sopan. Macamlah. Cuma takut. Dulu, siapa pukul orang tua, hayatnya terputus. Dah banyak. Banyak. Takut kena macam itu.
Gaduh. Dapat tumbuk, tumbuk. Dapat seligi, seligi. Jentik, sepak, terajang, bantai, smackdown, sebat. Apa dicapai, lemparkan sahaja. Itu kalau nak habis-habisan. Ada yang tak mahu. Jaga nama. Senggol sikit, balas senggol sahaja. Jangan mula yang lain. Sama-sama tua, sama-sama hilang hayat nanti. Senyap sahajalah ya. Untuk sementara. Nak tengok mana dia setia, apa jenama kipasnya.
( Pesanan : Hati-hati kalau bergaduh. Jangan ingat pihak lawan tak cukup senjata. Satu pukul memang berbalas satu. Belum tahu. Ada lagi yang disedia kalau pukulan berlanjut. Ingat-ingat. )
No comments:
Post a Comment