OLAHAN : ALEXANDARICAIRO
Para Nabi dan Rasul merupakan para utusan yang sama-sama mendapat wahyu dari Allah. Allah telah menurunkan wahyu kepada mereka dengan syariat untuk diamalkan dan disampaikan kepada manusia, cuma para Rasul diwahyukan kepada mereka samada untuk menasakhkan sebahagian syarak Rasul sebelumnya, memansukh sebahagian hukum dalam syariat Rasul sebelumnya atau menyampaikan syariat baru yang menggantikan terus syariat yang telah diturunkan kepada Rasul sebelumnya. Adapun Nabi tidaklah seperti Rasul dari sudut ini ( penerimaan dan penyampaian wahyu ) kerana mereka ( Nabi ) diutuskan untuk menyampaikan hukum-hukum syarak Rasul sebelumnya.
Hal ini sering menjadi keliru oleh sebahagian besar manusia sehinggakan silap dengan mendakwa para Nabi diutuskan wahyu tetapi tidak disuruh untuk menyampaikannya sedangkan dakwaan seperti ini tidak layak bagi para Nabi yang sudah diketahui bersifat benar ( siddiq ), amanah, tabligh (menyampaikan ) dan bijak lagi cerdik ( fatanah ). Bagaimana mungkin mereka yang bersifat menyampaikan itu dikatakan menerima wahyu untuk diamalkan sendiri tanpa menyampaikannya?
Nasiruddin Al- Baidhawi (seorang mufassir ) dalam tafsirnya ( Anwar At-tanzil wa Asrar At-takwil ) telah berkata sebagaimana nasnya; Rasul adalah utusan yang diutuskan oleh Allah dengan syariat yang baru, menyeru manusia kepada dakwahnya manakala Nabi itu lebih umum iaitu utusan yang diutuskan untuk mentaqrir ( mengikut ) syarak Rasul sebelumnya contohnya Nabi-Nabi yang diutuskan kepada Bani Israel yang hidup antara zaman Nabi Musa dan Nabi Isa.
Al Hafidz Ahmad Al- Ghumari telah berkata kitabnya Ju’natul Attar sebagaimana nasnya; “Beza antara Rasul dan Nabi ini merupakan perkara mendalam hingga tersembunyi dari pemahaman manusia kerana sudah popular di dalam beberapa kitab para ahli kalam bahawa beza antara Nabi dan Rasul ialah Rasul ialah orang yang diutuskan syariat kepadanya dan disuruh untuk menyampaikan sedangkan Nabi tidak disuruh menyampaikan. Ini merupakan kalam orang yang jahil hadis dan sunnah malah jahil dengan ayat yang jelas dalam Al-quran kerana Allah berfirman dalam surah Al-Haj ayat 52;
وما أرسلنا من قبلك من رسول ولا نبي إلا
Maksudnya; tidaklah Aku utus para Nabi dan Rasul melainkan…..
Ayat ini jelas menunjukkan pengutusan kedua-duanya kepada manusia. Begitu juga Rasulullah bersabda dalam hadis riwayat Imam Bukhari ;
وكان النبي يبعث إلى قومه خاصة بعثت إلى الناس كافة
Maksudnya; Nabi diutus kepada kaumnya sahaja manakala aku diutus kepada seluruh manusia.
Ini bermakna Nabi juga diutuskan dan tidak lain dan tidak bukan mengutuskan itu tentunya untuk menyampaikan. Dalil lain pula sebagaimana firman Allah dalam surah Al-a’raf ayat 94:
وما أرسلنا في قرية من نبي إلا
Bermaksud; tidaklah Kami utus seorang nabi ke sebuah kampung ( penduduk ) melainkan ……
Bukankah perkataan ‘utus’ dalan ayat tersebut bererti utus untuk menyampaikan dan menyeru manusia menyembah Allah? Bagaimaan pula kita mahu katakan ayat ini selari dengan dakwaan kotor bahawa Nabi itu mendapat wahyu tetapi tidak disuruh untuk menyampaikan?
Asy-ٍSyaibani dalam syarah Al-fiqh Al-akbar berkata; “Rasul adalah ( orang ) utusan yang diutuskan dengan syariat yang baru manakala Nabi lebih umum iaitu utusan yang diutus untuk mentaqrir ( mengikut ) syariat Rasul sebelumnya separti Nabi-Nabi yang diutuskan kepada Bani Israel yang hidup antara zaman Nabi Musa dan Nabi Isa, sebab itu Rasulullah menyerupakan para ulama dari kalangan umatnya dengan Nabi.” Saya menambah, Rasulullah menyerupakan para ulama dengan Nabi kerana para ulama menyampaikan kepada manusia wahyu yang telah turun kepada Rasulullah, bukan dengan syariat yang baru.
Al-Qaunawi An-nasafi telah berkata dalam kitab Al-Qalaid, syarah kepada kitab Al-akidah At- tahawiyah sebagaimana nasnya; “ Beza antara Nabi dan Rasul ialah Rasul adalah utusan yang diutuskan oleh Allah kepada sesuatu kaum, samada diturunkan kepadanya kitab atau tidak diturunkan kepadanya kitab tetapi disuruh berhukum dengan syariat yang berlainan dengan syariat Rasul sebelumnya ( syariat baru ) sedangkan Nabi ialah utusan yang tidak diturunkan kepadanya kitab ,tidak disuruh berhukum dengan hukum yang baru tetapi disuruh menyeru manusia mentaati syariat Rasul sebelumnya”. Ini bermakna Nabi itu tetap disuruh untuk menyampaikan dakwah dan wahyu kepada manusia.
Kesimpulannya, firman Allah dalam surah Al-Haj tadi telah cukup menjelaskan. Perkataan “Kami telah utus” dan “Nabi dan Rasul” sangat terang menjadi dalil yang menunjukkan Nabi itu tugasnya menyampaikan dan batilnya dakwaan bahawa Nabi tidak menyampaikan atau disuruh supaya tidak menyampaikan kerana tidak ada faedahnya Nabi itu diutuskan kalau bukan untuk menyampaikan atau berbuat khianat dengan tidak menyampaikan risalah Ilahi. Dakwaan seperti itu adalah fitnah kotor dan keji yang dilemparkan kepada para Nabi yang bersifat tabligh (menyampaikan ).
Dengan itu, tidak ada beza antara Nabi dan Rasul dari sudut menyampaikan wahyu dan dakwah. Kedua-duanya menyampaikan wahyu dan dakwah cuma berbeza dari sudut apa yang disampaikan.

No comments:
Post a Comment