Tuesday, August 01, 2006

ORANG BUJANG YANG TAK FAHAM

pandangan oleh : ALEXANDARICAIRO
Bukan marah. Bukan terpaksa. Jauh sekali dendam. Tapi, faham-fahamlah. Orang bujang. Semuanya seraba tak cukup. Banyak yang kurang. Rumah cincai saja. Dapur asal boleh. Ruang tamu asal ada. Lebih-lebih lagi bila rumah sudah ditinggal lebih seminggu, tentu berhabuk. Tak sempat nak buat apa-apa. Tapi, orang bujang tetap ada maruah dan harga diri. Air muka tetap dijaga. Boleh berlebih kurang, tapi bila kena pijak, tak akan diam sahaja. Cakaplah sepatah dua.

Susah juga kalau orang tak faham. Atau sengaja buat-buat tak faham. Macamana pun kena cuba beri faham. Supaya faham. Permohonan orang bujang, faham-fahamlah.

Bila tetamu bertandang, tuan rumah wajarnya melayan. Bila ada tetamu dari luar, orang bujang dengan mutazawwij dikira tuan rumahlah. Jadi kena fikirkan bersama tentang layanan terbaik untuk mereka. Orang bujang. Biasalah. Semuanya serba ringkas dan kurang. Jadi, bila ada tetamu dari luar datang, lebih-lebih lagi tetamu yang mutazawwij, malah bekas pimpinan tertinggi, faham-fahamlah. Timbang-timbanglah.

Bukan marah. Tidak juga dendam. Fikirlah. Bukankah lebih sesuai yang menyambutnya itu mutazawwij juga? Suasananya lebih padan dan harmoni. Ruang perbualan dan layanan juga lebih sinonim dam hampir. Skop bicara juga lebih memahami dan mudah. Persiapan mutazawwij lebih baik. Bukankah begitu. Orang bujang sudahlah dengan serba kekurangan dari sudut layanan, suasana juga sukar disesuaikan. Sudah banyak orang bujang bertandang. Tiada hal. Kalau tetamu mutazawwij pun nak dihumban sama, tak sesuailah. Faham-fahamlah.

Anak muda dari ibukota sering menuduh mutazawwij ini hanya ada dua kerja sahaja. Pertama, buat peraturan keluar malam. Kedua, tangkap orang. Orang bujang pun tak setuju tuduhan melulu begitu. Orang bujang faham. Tapi, bila ada kes tamu mutazawwij datang, lalu orang bujang dimangsakan sebegitu, orang bujang jadi tak faham dengan mutazawwij ini. Apakah tuduhan anak muda ibukota itu benar? Faham-fahamlah sedikit.

Orang bujang tertanya-tanya, mana pergi hero-hero mesyuarat? Mana pergi yang bersyadid-syadid dalam mesyuarat dalam membuat peraturan keluar malam dan sibuk-sibuk nak tangkap sana-sini? Apakah syadid itu untuk nampak thiqah? Lalu kelihatan amal ilmu serta lebih sheikh dari sheikh-sheikh yang lain semata ingin penghormatan, sum’ah, gelaran dan nama? Apakah atas tujuan duniawi? Kalau benar syadid tadi kerana agama, bila tamu datang, manakah yang syadid-syadid tadi?

Jika ada yang keluar malam, mereka diburu, dikejar, ditangkap, disoal, dijaja cerita, dihebah berita, diburuk-buruk serta di’black list’. Dikata-kata mereka ini bermasalah moral. Ketika tetamu datang, mana dia yang syadid-syadid tadi? Mengapa tetamu tidak dikejar, diburu, diberi bilik yang paling terbaik di kota ini, makanan yang sempurna, kelengkapan yang terbaik? Apakah agama itu hanya untuk tangkap orang sahaja padahal hadis tentang melayan tamu itu sangat jelas. Mana dia yang syadid-syadid tadi?

Ya. Orang bujang tahu. Bila tangkap orang, dapat nama, dapat penghormatan dialah paling tegas dalam urusan agama, dapat gelaran sheikh, dapat malukan orang pula. Layan tamu, dapat penat, letih dan tiada populariti. Kenapa mesti berpura-pura? Apakah dalam berpuluh rumah mutazawwij, tiada langsung dua bilik terbaik untuk disediakan? Bukankah tetamu itu juga mutazawwij? Malah bekas pimpinan tertinggi para mutazawwij juga. Yang syadid-syadid tadi tak muncul pula. Faham-fahamlah.

Tak kisahlah kalau dapat dua bilik berasingan rumah. Tetamu pun bukannya nak lama. Semalaman cuma. Sekejap sahaja. Orang buyjang sebenarnya tak kisah. Kalau layan mereka pun bukanlah terlalu penat jika nak dibandingkan dengan fadhilat melayan tamu. Tetapi bila tugas murni ini dianaktirikan dalam agama hanya kerana tak memperolehi populariti, orang bujang jadi kecewa.

Yalah. Bila tangkap orang, semua dengan pantas turun padang. Berlumba-lumba. Denagn pantas menekan telefon menghubungi mutazawwij lain. Bila tamu datang, ramai yang mengelak, ada yang beralasan mudah, ada yang buat tak tau, ada yang macam-macam. Pelik pula. Faham-fahamlah.

Ada orang sempitkan agama dengan penulisan, pendapat, pemikiran, tindakan atau apa sahaja. Sebelum ini, bergema-gema orang bujang dengar mereka nak jaga orang keluar malam. Bila tetamu datang, manakah gema tadi? Adakah agama sudah disempitkan dengan hanya tugas menjangkap orang? Adakah bab tamu bukan dari urusan agama? Faham-fahamlah.

Orang bujang tak marah. Menyesal jauh sekali. Segan orang bujang nak bersuara. Tapi kalau suara yang sedikit ini didengari, sudah cukup baik. Tak suka suara ini pun tak mengapa. Sudah dengar itu pun sudah cukup. Siapalah orang bujang kalau nak dibandingkan dengan mutazawwij.

Cuma, faham-fahamlah. Dengan hati, nilailah. Ada mata, pandang-pandanglah. Dengan akal, fikir-fikirkanlah bersama-sama. Orang bujang pun ada maruah. Ada air muka. Ada malunya. Bukan minta difahami atau dihormati. Tetapi, saling memahami dan menghormati itu sangat baik dalam agama. Mohon maaf dari semua.



3 comments:

Anonymous said...

Fahami situasi sebenar..Barulah orang bujang akan faham. Kedatangan tetamu tidak mendapat makluman. Tetamu hanya meminta kepada seorang, bukan 2 @ 3. Jadi, fahamkanlah.

Anonymous said...

semua sejak awal sudah dijangka, akan ada lagi alasan yang akan menjelma, kemudian nanti akan ada lagi, dan terus ada, begitulah nasib suara orang bujang...

tak mengapa, kan orang bujang dah kata, tak marah sikit pon, apalah ade pada marah kalau nak dibanding dengan fadilat, tak perlu fikir2kan alasan seterusnya, terima kasih untuk semua, itu sudah cukup rasanya..

Abu Akhfash Al-Iskandarani (abuakhfash@gmail.com) said...

nampak macam panas je topik ni :).. apa2 pun, Pak Dam yang sorang ni sentiasa sedia membantu. Mabruk kepada orang bujang kerana berjaya menerima dan melayan tetamu. Semoga Allah membalas jasa orang bujang :)