Oleh : ALEXANDARICAIRO
Pelbagai ragam sokong tak sokong dalam musim Piala Dunia yang baru berlalu. Aku juga menyelit di tengah-tengah hiruk pikuk untuk memberi sokongan kepada salah satu pasukan sekadar memeriahkan suasana atau lebih tepat lagi menambahkan ketegangan antara penyokong. Saja suka-suka.
Suaraku terhenti setakat di suku akhir. Tetapi menyambung kembali tatkala final menjelma. Itali atau Perancis. Nah, pilih!
Ada yang memilih Perancis, ada yang Italy. Ada juga yang hendak mengusikku kerana pasukanku tewas di tangan Perancis lalu menyebut-nyebut Zidane di telingaku.
Aku diam sebab pasukanku telah lama tewas. Jauh di sudut hati memang mahu Perancis di’lauk’kan saja. Biar puas hati aku. Kawan-kawanku beralasan, Perancis ber’pemain’kan wira beragama Islam lalu pantas menyokong. Aku jadi tidak setuju sedikit. Bukan tidak setuju dengan keislaman mereka. Cuma tidak selesa alasan begitu digunakan. Entah mengapa.
Mungkin sebab mereka bukan bermain untuk negara Islam. Mungkin sebab Perancis menyokong serangan Israel ke atas Palestin baru-baru ini. Mungkin pening bila nak bezakan kemunculan mereka untuk kemajuan negara bukan Islam dengan menteri muslim yang nak lanjut waktu operasi pusat hiburan di Malaysia atas alasan pelancongan demi peningkatan ekonomi ‘Negara Islam’. Mungkin sebab Itali menyatakan bantahan ke atas serangan Israel tempoh hari. Atau apa saja. Aku tidak tahu.
Apapun, ia telah berlalu. Yang penting, hati lega sudah.
Tuesday, July 11, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment