oleh : ALEXANDARICAIRO
Ada yang meminta. Tidaklah sampai meminta-minta. Mintanya bukan yang bukan-bukan. Mintanya, yang biasa-biasa. Ikhlas semata-mata.
Bukan tidak mahu bagi. Bukan tidak ingin beri. Bukan juga berkira-kira. Hati, semahu-mahu. Ingin, ada saja. Ya, mintanya itu sungguh-sungguh. Sungguh. Ia memang sungguh-sungguh. Cuma sedang mendengar hati berkata-kata. Kata hati, berulang-ulang, lalu di telinga, terngiang-ngiang. Masih ada yang bagus-bagus. Tulus-tulus.
Dia mengira, diri merendah-rendah. Tunduk-tunduk. Tidak suka megah-megah. Atau takut memandai-mandai juga beria-ia. Benar-benar berterus-terang dengan kata-kata.
Mati-mati dibalas tidak. Tidak. Bukan begitu. Bukan merendah. Bukan tunduk. Bukan apa-apa.
Cuma ada yang hebat-hebat. Masih kuat-kuat. Duduk pun dekat-dekat. Boleh menjengah dalam masa yang singkat. Itupun jika tiada jadual yang padat. Mereka beri yang tepat-tepat. Bukan sekadar tangkap muat. Tetapi yang padat-padat. Supaya hasilnya cukup sifat. Betul bahasa, lengkap format. Lalu berpuas hati, tertunai hasrat. Capai hajat, sempurna niat. Itu saja, kata hati yang tersirat.
Jika minta lagi, nescaya…
Tuesday, July 18, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment