DITULIS OLEH : ALEXANDARICAIRO
Tidak semua masalah boleh diselesaikan dengan menjawab. Kadang-kala, ada pendekatan yang lebih efektif dan berhemah untuk sesuatu masalah supaya ia berakhir dengan penyelesaian yang baik. Penulis –sepertimana biasa- tidak seronok untuk menjawab sebarang soalan. Sebab, penulis bukan ustaz, bukan ulama, bukan tok guru, bukan tok sheikh dan bukan sesiapa. Cuma, tertarik juga melihat kenyataan di atas lalu suka untuk memberi sedikit bahan kongsi berhubung kenyatan di atas berdasarkan teks melayu. Untuk lebih ringkas, penulis namakan sesiapa sahaja yang membuat kenyataan di atas sebagai ‘Q’ untuk memudahkan penulisan.
1. Perkataan ‘masalah’ dalam kenyataan di atas biasanya merujuk kepada suatu penelitian atau perbahasan. Kadang-kala, ‘Q’ memaksudkan ia sebagai satu kupasan, perbincangan atau penjelasan berhubung topik, tajuk atau isu tertentu. Mungkin sahaja perkataan ‘masalah’ itu ada bermaksud selain itu, namun penulis tidak pasti. Ia bergantung kepada tujuan ‘Q’ itu sendiri.
2. Perkataan ‘mujassimah’ dalam kenyataan di atas biasanya merujuk kepada satu fahaman berhubung masalah akidah ( mengenal Allah ). Boleh sahaja diertikan perkataan berasal arab itu sebagai ‘menjisimkan’ atau ‘menyifatkan sesuatu itu sebagai jisim’. Biasanya begitulah, menurut faham penulis. Jika ia merujuk kepada akidah, selalunya ia bermaksud golongan yang mengatakan Allah itu jisim. Menurut pemahaman penulis, jisim ialah sesuatu yang berada dan menempati ruang dan tempat. Penulis memahami begitu kerana Imam Al-Baihaqi ada meriwayatkan ( dalam kitab Manaqib Imam Ahmad ) bahawa Imam Ahmad mengatakan : Ahli lughah ( bahasa arab ) mengertikan perkataan ‘jisim’ untuk sesuatu yang bersifat mempunyai panjang, lebar, ketebalan, rangkuman, rupa bentuk dan pembentukan. Sementelahan, Abu-Thana’ Al-Lamisyi ( kitab At-tamhib li Qawaid At-Tauhid ) mengatakan bahawa perkataan ‘jisim’ ialah satu kata nama untuk sesuatu yang terbentuk hasil daripada beberapa komponen.
Walau apapun, ada kemungkinan ‘Q’ mempunyai maksud lain ( bukan masalah akidah ). Terpulang kepada orang yang membuat kenyataan di atas. Mungkin sahaja ia tidak merujuk kepada masalah akidah lantas merujuk kepada masalah-masalah lain. Jadi, tidak dapat dipastikan apakah maksud sebenar ‘Q’ ketika membuat kenyataan seperti itu.

3. Perkataan ‘khilaf’ biasanya mambawa erti perselisihan, perdebatan atau perbezaan pendapat. Ada ketika ia bermaksud ketidaksepakatan beberapa pihak dalam membuat sesuatu kenyataan atau pandangan tentang sesuatu mauduk. Lebih jauh lagi, perkataan itu pernah juga digunakan dengan maksud ‘ketiadaan Ijmak ulama’. Ramai juga orang yang menyebut perkataan ‘khilaf’ tetapi masing-masing dengan persepsi dan tujuan yang berbeza.
4. Perkataan ‘ulama’ yang digunakan dalam kenyataan memungkinkan pelbagai maksud. Kadang-kala ia merujuk kepada ulama bertaraf mujtahid. Sesuai juga digunakan untuk ulama yang tidak bertaraf mujtahid. Golongan Ahli Sunnah menamakan pemimpin mereka sebagai ulama. Tidak ketinggalan juga, golongan Syiah, Khawarij, Wahhabi, Muktazilah dan beberapa etnik lain melabel idola mereka sebagai ulama.
Jadi perkataan ‘ulama’ bila digunakan dalam sesuatu kenyataan umum, ia boleh merujuk kepada berbagai individu sasaran. Tidak kurang pula ada yang menggunakan kalimah ‘ulama’ apabila merujuk kepada golongan salafussoleh. Bukankah ada istilah ulama ‘suk’ ( jahat )? Jadi, kumpulan ini juga disebut sebagai ulama. Cuma mereka tidak amanah dalam ilmu mereka, lalu ditambah dengan kalimah ‘suk’ untuk mentakrifkan kredibiliti mereka.

5. Perkataan ‘tak sampai mengkafirkan mereka’ mungkin bererti ‘tidak sampai ke tahap menghukum seseorang atau kumpulan tertentu dengan hukum terkeluar dari agama Islam’. Kenyataan ini agak berat kerana menyentuh perbahasan berkenaan iman dan Islam serta batas-batasnya. Dengan kata lain, batas itu tidak boleh dilanggar kerana akan mengeluarkan seseorang dari satu agama ke agama yang lain. Namun, begitulah lumrah umat dunia, menyaksikan hakikat kewujudan orang kafir sejak zaman Nabi Nuh lagi. Dalam pada itu, ganjaran besar juga menanti untuk orang Islam yang berdakwah dan membawa orang bukan Islam supaya memeluk Islam.
6. Perkataan ‘siapa kita’ kerap digunakan dengan bermacam-macam tujuan. Ada ketika bertujuan positif, ada masa bertujuan negatif. Contoh tujuan itu ialah ;
a. ‘siapa kita?’ bermaksud ‘siapalah kita untuk menghukum. Kita bukan ulama, apalagi diri ini penuh dengan dosa’. Ini adalah bertujuan merendah diri dengan orang lain sama ada dengan orang yang lebih berilmu ataupun dengan orang yang memiliki kredibiliti dalam urusan agama yang lebih baik berbanding ‘Q’. Akhlak ini sangat terpuji supaya kita akan sedar kelemahan, kekurangan dan kedaifan kita. Pada masa yang sama, akhlak ini akan melahirkan sikap sopan dan adab yang tinggi tatkala berhadapan dengan orang lain.
b. ‘siapa kita?’ bermaksud ‘ engkau ni siapa hendak sibuk-sibuk menghukum orang’. Terdapat segelintir individu yang bertujuan demikian tetapi tidak banyak. Mereka berkata demikin untuk menutup ruang perbincangan sekaligus menghalang dan menidakkan orang lain dari cuba untuk mempertahankan diri dengan hujah-hujah tertentu. Senario ini mewujudkan suasana yang tidak berapa elok sebenarnya.
Banyak lagi tujuan-tujuan atau niat yang tersirat di sebalik kenyataan sebegitu. Ia bergantung kepada faktor sebab musabab, memek muka, nada suara dan cara penampilan ketika melafazkan kenyataan tersebut. Apapun, ia memang agak sulit untuk kita fahami dengan tepat, kerana hal ini membabitkan kelancaran dan keberkesanan komunikasi antara dua pihak yang sedang berinteraksi.
Walau bagaimanapun, ruangan blog ini bukanlah medan menjawab soalan. Hanya sahaja, penulis gemar berinteraksi secara santai berhubung sesuatu perkara. Selamat membaca dan selamat menyambut ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad.

No comments:
Post a Comment