Sunday, April 22, 2007

Meraikan fitrah lelaki... - katanya

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

oleh : ALEXANDARICAIRO

Petang kelmarin menjadi saksi tentang satu perbualan bersama seorang teman. Teman ini menceritakan sedikit kisah di tengah-tengah borak kami berkenaan peperiksaan. Dia menyelitkan kisah ustaznya yang melayan karenah tanya itu ini dari muridnya.

Kisahnya bermula dengan satu tanya sahaja. Kenapa orang lelaki boleh kahwin dua, tiga dan empat, perempuan tak boleh?. Saya dengan pantas mencelah, itu ‘amrun taabbudi’. Jadi bisa difikirkan hikmahnya, bukan mencari sebabnya. Seperti juga solat lima waktu. Usah ditanya kenapa, tetapi hayatilah hikmahnya walaupun masih banyak tak terjangkau.

Teman saya teruskan ceritanya semula. Ustaznya apabila mendengar tanya anak murid, lalu dijawabnya. Kalau seorang lelaki ada empat isteri, kemudian dapat anak, dia tahu hasil dari isteri yang mana. Kalau perempuan ada empat suami, dia dapat anak, dia tak tahu dari suami yang mana satu? Ringkas ustaz itu.

Dalam hati ini, ustaz itu tahu tak, sekarang budak-budak dah tahu peranan ujian DNA tau. Tapi tak mengapalah. Mungkin sengaja dia menjawab begitu dek malas nak menerangkan lebih lanjut kepada mereka yang belum sesuai umurnya untuk tajuk-tajuk tertentu. Teman saya menukar hala soalan yang sama kepada saya dengan andaian kalau saya jadi ustaz itu, apa nak jawab dengan budak umur sekecil itu.

Saya pun kata ada dua barangkali. Dari sudut hikmah, bukan sebab. Pertama, saya tak nak cerita di sini. Rahsia. Kedua, saya boleh kongsi sebab saya dapat dari seorang teman yang lain. Dia kata, lelaki dibenarkan kahwin lebih dari satu. Hikmahnya, agama itu meraikan fitrah manusia. Pertama, fitrah ingin berkahwin. Agama datang menyiapkan garis panduan. Kedua, fitrah bahawa seorang lelaki itu boleh menghimpun banyak cinta dalam satu masa. Fitrah inilah yang diraikan oleh agama tetapi dengan syarat-syarat dan kelayakan tertentu. Maka di situ, adanya kebenaran untuk dua, tiga atau empat. Ia meraikan fitrah, berserta panduan dan adab tertentu yang juga mesti diraikan oleh seorang lelaki.

Tamat.


*gebang: kalau tidak ingin meraikan adabnya, apapun bisa kucar-kacir..

4 comments:

Anonymous said...

dari segi perubatan sendiri, penyakit seks seperti AIDS terhasil akibat perkongsian wanita. Sebab tu pelacur wanita lebih banyak yang mempunyai penyakit kelamin berbanding gigolo.
wallahua'lam..

Anonymous said...

Boleh ditambah yg ketiga? (Usul yg telah diterima sebelum dijawap): Telah tertulis dalam ilmu Allah dan qadarNya yg mana lelaki di akhir zaman nisbah 50:1.Sohih Bukhari, Hajar Al-Asqalani.

benar2x, lelaki mampu menghimpun banyak cinta dlm satu masa. Hakikat tidak dpt dinafikan wanita.

Namun..
Bukan pesimistik atau bias, namun di situ atas dasar hikmah2 ini yg sering dilupakan adalah:

1) meraikan yang utama dan mengumpul keadilan dan kemampuan. Ramai lelaki yang terlupa ini dan menggunapakai hujah perasaan dan menjaga daripada maksiat utk berpoligami. Dari sudut hukumnya sah, namun dari sudut adakah dibolehkan jika dihitung secara keseluruhannya termasuk uruf aka masih boleh dipertikaikan lagi. i.e: Nafkah majoriti kes poligami, nafkah tidak terbagi secara sempurna. 90% wanita yg dipoligami terabai. Belum dikira wanita diceraikan, dan nafkah tergantung tidak tertunaikkan selalam bertahun2.Ok, ok ini kes lain.

2) Sesuai dengan lelaki sebagai pemimpin diberi hak melebihi satu istero merupakan UJIAN besar dan AMANAH yang bukan kecil. Ini jarang dikedepankan bila membincangkan isu ini. Ujian Allah, bila lelaki ingin berkahwin dan ujian Allah bagaimana lelaki mahu bersikap adil Sesuai dengan kedudkan lelaki sebagai pemimpin dan pelindung wanita. Jesteru yg perlu lebih diambil perhatian atas keharusan berpoligami ini merupakan satu AMANAH besar dr ALLAh.

Allahua'lam

alexandaricairo said...

salam dan terima kasih semua atas idea dan tambahan...

MOHAMAD FAIRUZ BIN TAMJIS said...

assalamualaikum...

walaupun benar islam meraikan fitrah lelaki. Namun bagi saya (seorang lelaki) ianya tak sama seperti fitrah seorang lelaki rabun menukar/menambah cermin mata peribadi..hehe..tak gitu ust

http://afais.blogspot.com/2007/03/analogi-tak-semudah-menghadapi.html