Hampir sebulan selepas pilihanraya.
Dulu-dulu, saya ada membaca artikel seorang penulis – rakan - yang menyatakan nada kritikan kepada beberapa pelajar – rakan - yang melahirkan sokongannya kepada sebuah parti politik tanahair melalui tulisan dalam blognya.
Secara kolektif, saya amat mengalu-alukan penelitian yang dibuat dalam pertikaian tersebut, cuma ada beberapa perkara boleh ditambah untuk pertimbangan semula.
Perlukah tunggu ada ‘pandai’?
Di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia, setiap orang berhak untuk memberikan satu undi dalam satu-satu pilihanraya umum. Tak kiralah pengundi itu seorang pengemis, pensyarah, pemuzik, pelakon, peniaga hatta Perdana Menteri sekalipun. Setiap orang hanya satu undi. Hebat manapun anda, hanya satu undi. Teruk mana pun anda, juga satu undi. Anda memiliki sarjana atau PhD? Satu undi sahaja. Anda Menteri? Ya, satu undi. Atas dasar itulah, satu undi itu sangat berharga, kerana nilai undi seorang Perdana Menteri itu seakan sama dengan undi seorang pengemis ketika mengundi pilihanraya.
Berdasarkan keadaan ini, maka setiap individu akan mempengaruhi dan dipengaruhi oleh orang lain semasa musim mengundi. Yang lebih bijak, akan cuba mempengaruhi orang lain untuk mengundi calon parti kesukaannya. Yang biasa-biasa, akan menilai dan bersedia untuk ‘dipengaruhi’ dengan segala macam sumber maklumat dan penilaian.
Ketika pilihanraya berlangsung, pengemis memberi satu undi, Perdana Menteri memberi satu undi, pelakon memberi satu undi dan orang lain juga.
Masalahnya sekarang, perlukah seorang pengemis tadi jadi Perdana Mentari dahulu barulah menyokong parti yang disukainya seterusnya memberi satu undi? Perlukah pengemis tadi dapatkan master atau PhD dahulu, barulah dibenarkan sokong mana-mana parti? Adakah dia perlu jadi ‘ahli akedemik’ dahulu baru keluar menyokong parti tertentu? Perlukah dia keluar dari latar belakangnya sebagai pengemis, barulah boleh menunjukkan sokongan kepada parti tertentu?
Hakikatnya, undi dan menyokong adalah hak semua individu. Sokonglah mana nak sokong. Pilihkan mana parti yang mahu dipilih. Kempenlah kepada parti mana yang disukai. Malaysia menerima demokrasi. Pengemis boleh berkempen, pensyarah boleh berkempen, pemuzik juga boleh berkempen kalau mahu. Semua orang ada hak untuk menyuarakan pandangan dan pendirian politiknya. Ramai orang tidak memiliki sarjana muda boleh berkempen dan mengundi. Ramai orang yang tidak mempunyai sarjana dan Phd turut serta dalam kempen lalu mengundi.
Tak perlu tunggu ‘pandai’. Yang penting ada pandai. Kalau ada ‘pandai’, tapi kurang pandai juga tidak begitu bagus. Lebih baik kalau ada ‘pandai’ dan ada pandai sekaligus. Tapi kalau ada ‘pandai’, janganlah menghina orang yang tidak ada ‘pandai’. Janganlah perkecil dan memburukkan orang lain yang belum ada ‘pandai’. Tak baiklah begitu. Kerana bukan semua orang yang ada ‘pandai’ juga ada pandai walaupun kebanyakan orang yang ada ‘pandai’ ada juga kepandaian. ‘Pandai’ itupun kurniaan tuhan, bukan? Ia hanya sementara kerana lipatan otak, lingkaran saraf, akal dan proses taakulan yang berselirat di dalam rangka tengkorak itu pinjaman dari tuhan untuk digunakan dengan sebaiknya.
Sekarang pun sudah ada orang yang ada ‘pandai’ tapi kelihatan seperti macam orang yang tiada pandai. Tapi yang seperti itu tidaklah ramai. Yang masih ramai ialah, orang-orang pandai. Yang itu ramai.
Ingat. Yang ada ‘pandai’ akan memberi satu undi sahaja. Yang ada pandai juga memberi satu undi. Dua-dua akan beri satu undi. Jadi janganlah saling menghentam dan memburukkan peribadi orang yang tidak mempunyai ‘pandai’ seperti kita. Sokonglah parti mana nak sokong, tak perlu tunggu ‘pandai’. Cukup kalau sudah memliki kepandaian, bolehlah pilih. Tak perlu tunggu ada ‘pandai’ (Kalau ada ‘pandai’ lagi bagus). Yang sudah ada ‘pandai’, janganlah memperlekehkan orang yang belum ada ‘pandai’.
Ingat, saudara kita yang bekerja sebagai buruh kasar mempunyai ‘nilai’ undi yang sama dengan seorang yang memiliki PhD. Bukanlah cadangan yang praktikal kalau seorang buruh kasar disuruh ambil master atau PhD dahulu, baru boleh sokong parti mana dia mahu.
Kerana hak memilih hak semua. Bukan untuk orang kaya sahaja, bukan untuk orang pandai sahaja dan bukan untuk golongan korporat sahaja.
Sokonglah mana nak sokong, tanpa merendah-rendahkan orang yang menurut kita dia belum sehebat kita.
6 comments:
Assalamualaikum sahabatku,
Secara umumnya,ini luahan anda terhadap isu yang anda lihat.Saya berminat untuk memberikan komen,
Wajarkah kita samakan undi antara pemilik PHD,pengemis dan Perdana Menteri.Dari satu aspek,undi memang benar adalah merupakan satu suara,namun,sebab pengundian dan pertimbangan dalam memangkah calon pilihan mungkin berbeza.
assalammualaikum wbt sahabat fillah ku.. sy nk syer blog gerbang perdana ni dgn kwn2 saya.. jadi sy nak add link dgn blog ni.. moga perkongsian ni mdpt kbaikan dunia akhirat..amin..
sebab, penilaian tetap sama walaupun mereka yang ada "pandai", mahupun yang pandai bahkan yang memandai-mandai jika duduk dalam saf yang sama dan matlamat dan kehendak yang sama.
Adakah rasa terhina orang yang ada 'pandai' sama undiannya dengan orang yang tiada 'pandai"?
Sememangnya ada yang pandai, bangga bahawa pilihannya sama dan setaraf dengan orang yang 'pandai'.
Terhina sangatkah? bila yang pandai, dihina oleh orang yang ada 'pandai'?
Pandai-pandai jer...
nusantaraempire.wordpress.com
berpada-padalah dalam memandai..
Post a Comment