Saturday, February 24, 2007

‘BENAR’NYA TIDAK MENAFIKAN ‘BESAR JAHAT’NYA

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful'

oleh : ALEXANDARICAIRO


Selalu sahaja orang yang jahat berkata benar. Itupun kebetulan. Tak mengapalah. Berkata benar itu baik. Tapi dengan berkata benar bukan sewenang-wenang boleh menidakkan kejahatan diri orang jahat itu. Apalagi jika kejahatannya itu adalah dari jenis kejahatan yang sangat besar malah dilabel oleh Al-Quran sebagai dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah.


Soseh-soseh

Jika seorang orientalis musyrik bertemu dengan seorang ‘saudara baru’ yang baru masuk Islam lalu orientalis tersebut memberitahu ‘saudara baru’ itu bahawa solat yang wajib dalam Islam itu lima waktu. Orientalis itu berkata jujur menerangkan cara solat dalam Islam lalu terus berhujah dengan hadis-hadis sahih yang membenarkan hujahnya. Kemudian ‘saudara baru’ itu terpinga-pinga keraguan dan merujuk kepada anda, adakah benar maklumat yang diberikan oleh orientalis tersebut.

Sekilas pandang manakah yang lebih mulia? Orientalis musyrik yang ‘pakar’ maklumat berkenaan cara solat orang Islam atau ‘saudara baru’ yang masih belum pernah solat? Mulia dari sudut manakah ukurannya, akidahnya (saudara baru) atau banyak pengetahuannya (orientalis)?


Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 28 :

إنَّمَا المُشْرِكُوْنَ نَجَسٌ

Maksudnya : Hanyasanya orang-orang musyrik itu najis (akidah mereka)...


Dalam satu hadis yang panjang, seorang sahabat telah bertemu dengan jin dari kalangan syaitan maka sahabat tersebut pun bertanya : "Apakah yang dapat menghalang kami dari (gangguan) kamu?" Jin tersebut pun menjawab : "Ayat Kursi". Maka sahabat tadi pun pergi menuju kepada Rasulullah dan menceritakan peristiwa tersebut lalu Rasulullah pun berkata :

فقد صدق الخبيث

Maksudnya : "Benarlah kata Si keji (syaitan) itu"

(Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan selainnya)


Walaupun jin (dari kalangan syaitan) itu berkata benar, Rasulullah tetap tidak menafikan kejahatan syirik yang ada pada jin itu dengan menyebutnya sebagai ‘si keji’. Secara lahiriah, jin itu seolah-olah telah ‘berjasa’ kepada sahabat dengan memberi ‘tips’ mengelak gangguan jin tetapi sejauh manapun benar kalam jin syaitan tersebut, selama mana akidahnya batil, dia tetap ‘si keji’.


Mungkinkah ada yang bertanya :

‘mengapakah Rasulullah tak mengenang jasa?’
‘mengapakah Rasulullah suka menghukum, menggelar makhluk lain sebagai ‘si keji’?’
‘bukankah besar sumbangan jasa syaitan tadi memberi tips kepada sahabat?’
‘bukankah jin itu berkata benar?’
‘mengapakah gelaran disebut hanya kerana melihat aspek negatif?’
‘siapa kita nak disamakan dengan Nabi?’
‘hoooi!!لا حكم إلا لله... إن الحكم إلا لله ’


*ohh.. karungku tak kecukupan untuk jawapan...
**hidayahMu jua Ya Allah...

1 comment:

Anonymous said...

salam Amineen

Mak uda ni bukan pandai sangat nak buat komen. Tetapi mak uda tertarik drngan isu kali ini. Pada pandangan mak uda permasalahan ni timbul apabila kamu bertanya kepada "siapa" tu adalah sangat penting. Tentu-tentu rasulullah ada di depan mata kenapa tak rujuk pada dia saja. Kenapa nak tanya pada musuh tentang hal ehwal diri sendiri? kenapa nak tanya pada orang lain kalau nak tau tentang hal ehwal keluarga sendiri...umpamanya...
Sikap nak tanya pada musuh itulah yang menyemarak perpecahan diantara persaudaraan islam. Mereka nak sangat belaja Islam dengan si kafir dan si yahudi. Betul Si keji tu memeng luas pengetahuannya. Tetapi jika tak sedar akan belit si keji tu nanti.... ditambah pula rasa taksub pada kebenaran pendapat sendiri.... Apakata kalau dia sebarkan pula pendapatnya sehingga ada ramai pengikut sehingga menjadi seolah sebuah mazhab baru.... sehinga-hingga sanggup pula pengikutnya menghina ulamak yang dia buat rujuk ... Mungkin inilah yang terjadi dalam dunia islam sekarang. oleh itu berhati hatilah kalau kita nak belajar. Secara umumnya jika tok guru tu tak menghina MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD
maka selamat lah untuk belaja dengan dia.....
Boleh terma tak pendapat mak uda ni Amineen...?

Dari Mak Uda
Kg Melaya Majidee