Wednesday, March 14, 2007

SURAH MULK AYAT 16

oleh : ALEXANDARICAIRO


ءَأمِنْتُمْ مَنْ فِى السَّمَاء ِ أنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأرْضَ فَإذَا هِىَ تَمُورُ

Maksudnya : "Adakah kamu merasa aman terhadap dia yang di langit ( Malaikat ) bahawa dia akan membolak-balikkan bumi bersama kamu sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?" ayat 16
------------------------------------------------------------------

ءَأمِنْتُمْ مَنْ فِى السَّمَاءِ ) أى المَلَك الموكَّل بالعَذاب وهو جبريل ( أنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأرْضَ ) وهو ذهابها سفلا كما خُسِفت بقارون وكما خسف جبريل بمدن قوم لوط ( فَإذَا هِىَ تَمُورُ ) تتَحَرَّك بأهلها والمَعنَى أن الله يحرّك الأرضَ بقدْرَته عند الخسف بهم حتى يقلبهم إلى أسْفَل وتَعلُو الأرْضُ عليهم وتَمُور فوقَهم أى تذهب و تجيء


------------------------------------------------------------------


فائدةٌ مهمةٌ : ذَكَرَ أهلُ التفسير عِند بيان معنى هذه الآية : أنَّ الله تعالى لا يوصف بالمكان ولا يتَحَيَّزُ في جهَةٍ لأنَّ ذلك من صفات الأجسام والله لَيس جسما صغيرا فلا يسْكُنُ السماء ولا يسْكن العرشَ ولا يجلِس عليه ، فربُّنا تبارك وتعالى موجودٌ بلا جهةٍ ولا مكانٍ

Faedah yang penting : Ahli tasfir ketika mentafsirkan ayat ini telah menyebut : Bahawa sesungguhnya Allah Taala tidak boleh disifatkan bertempat, Allah juga tidak boleh disifatkan menempati sudut tertentu. Kerana yang demikian (bertempat dan menempati ruang/sudut) merupakan antara sifat-sifat jisim (makhluk). Sedangkan Allah bukan jisim kecil maka Allah bukanlah mendiami (berada) di langit, tidak juga mendiami (berada) di arasy dan Allah tidak duduk atas arasy. Maka tuhan kita (Allah) Taala wujud tanpa bersudut, tanpa bertempat.


وقد قال الحافِظُ العِرَاقي في أمَالِيه في تفسير حديث : ارْحَموا مَنْ في الأرْض يَرحمكم مَن في السماء :" واستُدِلَّ بهذه الرواية : " أهل السماء" على أنَّ المراد بقوله "من في السماء" : الملائكة"

Al-Hafiz Al-Iraqi (dalam amali) ketika mentafsirkan hadis : "sayangilah sesiapa di bumi necaya yang di langit akan menyayangi kamu", beliau telah berkata : -
‘Dengan berdalilkan riwayat (hadis lain) yang matannya "ahli langit", maka makna "yang di langit" itu ertinya ialah Malaikat.


* Allah mencipta tempat, ruang dan sudut
* Allah wujud tanpa bertempat

2 comments:

Tawel Sensei said...

Jika Allah itu tempatnya di langit, jadi sebelum langit itu dicipta, di manakah Allah berada?

Hehe..satu soalan yang boleh ditanyakan kepada geng-geng Salafi jadian.

Anonymous said...

tulah..diorang ni camana ek pikir... semua selain Allah tu kan makhluk

sebelum Allah cipta tempat, langit dan arasy, Allah telah sedia ada wujud tanpa bertempat. setelah Allah mencipta masa, air, arasy dan langit, Allah kekal wujud tanpa bertempat. Allah bukan dalam alam atau luar alam.

sebab Allah tidak berubah2. berubah2 itu adalah sifat makhluk...