Fitnah adalah fitnah. Dalam ruang lingkup hidup manusia, fitnah adalah satu realiti yang berkarya setiap masa. Dalam jahatnya, ada seninya. Dalam rosaknya, ada rupa bentuknya. Dalam kelirunya, ramai yang terpedaya.
Thursday, January 11, 2007
Fitnah - sudah tentu luar biasa hebat
oleh : ALEXANDARICAIRO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Assalamualaikum...
Tajuk yang baik..memang fitnah itu luar biasa..dan Al-Quran pun merakamkan bahawa Fitnah itu lebih buruk dan dahsyat dari membunuh..Apa tidaknya..Fitnah itu bukan sekadar mampu membunuh, malah lebih dari itu..memecah belah, memening, merungsing, mengkusut dan macam-macam lagi..
Sedikit komentar : "Berjilid-jilid, bertimbun-timbun lalu pengikut setianya mencanang sejauh mampu mereka. Diberi nama yang baik-baik. ‘Fatwa agung’, ‘Bekalan hari kembali’, ‘Rawatan kenabian’ atau apa sahaja dan berakhir dengan karya-karya yang menuduh ulama-ulama Islam terdahulu salah akidahnya"
Kitab-kitab kat atas tu ada eloknya juga..kita tak boleh nak hukum seolah-olah semua isinya tak betul dengan sebab kesilapan di beberapa (banyak) tempat.
Syeikh Muhammad Syaltut ketika ditanya mengenai pengarang kitab2 di atas dan pendapatnya mengenai beliau, Syeikh menyatakan sifatnya seperti Al-Khamru dan Al-Maisir. Qul Fihima Istmun kabir wamanafiun linnas. Waistmuhuma akhbaru min nafihima..
Bagi kita yang tahu apa baik dan buruknya perlulah muktadil dalam hal ini kerana yang dibimbangi fitnah ke atas pengarang kitab akan lebih besar lagi. Di takuti masyarakat akan menolak terus kitab-kitab pengarang secaral total walhal di situ ada baik dan benarnya walaupun buruknya banyak juga.
Sekadar komentar..wassalam
setujulah dengan ust fairuz nye komen..100 peratus..cayalah beb...
asasnya, entri ini dibuat atas dasar perbandingan.
sebab itu dalam entri ini, kitab-kitab tersebut perbandingannya seperti wanita dan harta. wanita kan ada baiknya, malah banyak sekali baiknya. anak pun kan banyak juga baiknya. rasanya saya tak kata keseluruhan wanita dan anak itu buruk..
dan sebagaimana saya tidak menghukum wanita itu keseluruhannya tidak baik, begitu juga dengan kitab tersebut. tapi kalau ade mana2 ayat yang ade uslub menghukum, sila beritahu ye..hehe..
ye la, takut juga bila ust fairuz kata : "Kitab-kitab kat atas tu ada eloknya juga..kita tak boleh nak hukum seolah-olah semua isinya tak betul dengan sebab kesilapan di beberapa (banyak) tempat." seolah-olah saya telah meng'hukum' dalam entri saya ni..hehe
tentang kitab, mmm, ingat tau, macam wanita dan anak, ia fitnah tetapi saya bukan menafikan kebaikan dan kebahagiaan dari wanita dan anak malah harta sekalipun.
Aduhh..penatnya nak tulis balik..hilang pulak lee..
Saya tak bermaksud ust elly menghukum kitab2 tu. Sekadar berkongsi dan renungan kita bersama sahaja.
Maaflah kalau nampak saya lak yang menghukum ust elly :D sory.
Bukan apa ust elly, saya takut ada yang salah tafsirkan tulisan tu. Ada sesetengah pihak cukup elegik dengan pihak yang berbeza pendapat dengannya(tak kira dari pedokong manhaj khalaf mahupun salaf)
Apabila didenagrnya si A dari golongan salafi (sebagai contoh) maka habis semua ditolak dari A-Z. Ansarnya, kitab2 rujukan dan segalanya ditolak seolah2 semuanya salah.
Begitu juga sebagai contoh apabila diketahui si B pula dari pedokong khalaf (sebagai contoh), maka habis apa sahaja yang berkaitan dengannya semua ditolak.
Biasanya ini berlaku dikalangan awam yang tiada asas pengajian agama langsung tetapi amat berminat dengan islam dan dikalangan penuntut agama juga tidak terlepas dari perkara ini.
Saling kutuk mengkutuk. Bahasa yang kasar, kesat dalam perdebatan dan perbincangan. Membangkit isu syaksiah dan peribadi dan natijahnya terus tak bertegur sapa lantas putusnya persaudaraan sesama muslim. Last-last dia dengan apa-apa yang bersangkutan dengan dia semua aku tak suka. "Engkau dengan kawan2 kau sama aja" dialog tambahan.
Sikap ini tak sepatutnya berlaku bukan. Yang betul kita mesti kata betul walau dari aliran yang lain. Yang salah pada pandangan kita jika ia adalah perkara khilafiah, maka tasamuh dan menghormati pandangan itu adalah yang terbaik. Bukan paksa dan anjurkan semua orang ikut pandangan kita sahaja. (contoh :isu bergambar, isu ring ton, cegah maksiat dll)
oklah..ambo tulis lain tadi..tapi dah terdelet..hilang dah apabende tulis tadi..hehe
sekadar berkongsi,
wassalam
Post a Comment