
Air mata keinsafan
yang mengalir di malam sepi
inilah dia pelembut jiwa
bagi mendapat kasih Ilahi
Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana megenang segala dosa
Moga mandapat keampunan dari Ilahi
Setiap kekasih Allah
menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini
Deraian air mata ini
Titisannya paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirot
bahagia menuju syurga abadi
Air mata keinsafan
yang mengalir di malam sepi
inilah dia pelembut jiwa
bagi mendapat kasih Ilahi
1 comment:
saman? ha,moto bwk laju & xde stiker upm..
Post a Comment