Thursday, September 14, 2006

"KESELAMATAN DI HARI KEJADIAN"

coretan oleh : ALEXANDARICAIRO


Pejam celik, pejam celik.

Dahulu aku tidak memahami apa itu ‘jin toncit’. Kini, aku sudah mahir melukis ‘jin toncit’ dan membelek beberapa helaian yang penuh berselang ‘jin-jin toncit’ serta kawan-kawannya.

Sebelum ini, aku tidak mengetahui bagaimana keadaan hutan. Sekarang, aku adalah seorang pekebun mahir, pemilik beberapa bidang tanah yang berhutan, malah aku harus memelihara serta memuliharanya dengan baik.

Pernah aku tidak mengetahui apa itu makan angin. Hari ini, aku puas malah sudah bosan melihat orang-orang tua main cap-cap di hadapan mataku setiap sebelum dan selepas aku selesai makan. Perutku juga naik membuncit kerana kekenyangan dengan bermacam-macam jenis angin.

Suatu ketika, aku menyangka, mengenyit mata itu adalah isyarat untuk mengkelentong orang. Kali ini aku faham, sekali kenyit mata boleh menyebabkan betapa banyak objek bergegar lalu kelihatan nanti biji-biji jantung dan hati yang akan jatuh melepek bergolek-golek ke atas tanah meraih janji dan setia.

Saat kecil, aku suka makan nasi lemak 50 sen. Kini, nasi lemak semuanya mahal-mahal belaka. Ada yang sampai masuk surat khabar ceritanya. Ada juga bertanding harga.

Aku dahulu, aku sekarang. Untukku, ia keSELAMATan di HARI keJADIan.




No comments: