Wednesday, July 19, 2006

CINTA MIS-YAR DUA BENUA

oleh : ALEXANDARICAIRO


Inilah cinta. Episod cinta dari dua benua yang berbeza. Bertemu dan bersatu kerana ‘satu’. Zahirnya, cinta mereka cukup indah. Tangan berpimpin di taman bunga. Bertukar senyum tawa tiap kali bertemu muka. Intim. Setiap ‘detik’ dilalui bersama. Setiap ‘saat’ bekerjasama. Tidak peduli di sisi mereka. Fikirnya, demi cinta. Asyik dengan cintanya. Aduhai cinta. Panahanmu akan membuat dunia gelap gelita. Tiada yang nampak melainkan cinta.

Cinta mereka cinta mis-yar. Entah mengapa. Secara tanpa sedar, cinta berputik begitu rupa. Entah sejak bila. ‘Kanda’ sibuk dengan urusan antarabangsanya. Mengurus dunia dengan kejam sejuta zalim. ‘Dinda’ pula setiap hari memberi ‘nafkah’ tanpa berkira. Murah hati. ‘Nafkah’ yang setia, tiada putus. Kerana dua benua, ‘dinda’ sanggup memberi ‘nafkah’ walau ‘kanda’ itu sedang merosak bangsanya, menghancur dunia.

Uniknya cinta mis-yar mereka. Bukan sahaja ‘kanda’nya mendapat manfaat, malah seluruh ‘keluarga’ turut merasai bersama ‘nafkah’ dari ‘dinda’. Makin bertambah cinta 'kanda'. ‘Kanda’ ini sangat gembira kerana ‘adiknya’ juga turut menikmati ‘nafkah’ buah hatinya. Lalu dia mengajak ‘adik’nya mengubah peta, mengurus dunia.


Oh dinda, kanda cinta dinda..

Oh, cinta mis-yar. ‘Kanda’ bersenang-lenang bersama ‘adik’ mengurus kerja. Berapa banyak negara hancur di tangannya. Langkahnya mudah, arahannya lancar. Semua kerana ‘nafkah’ ‘dinda’nya. Ya. Semua kerana ‘nafkah’ ‘dinda’nya. Kesetiaan itu akan dipergunakannya. Selagi ‘dinda’ setia memberi ‘nafkah’nya. Mereka akan terus bercinta walau ditentang. Siapa mahu menentang cinta mereka? PBB? G8? Tidak mampu. Apalagi OIC. Jauh sekali.

Cinta mis-yar yang setia. Namun menyusahkan umat manusia. Mengkhianati bangsa. Benar. ‘Kanda’ ini sangat zalim. Tidak berperikemanusiaan. ‘Adik’nya pula naik kepala malah lebih kejam dan kebinatangan. Tiap-tiap hari membunuh manusia, memperkosa, merosak serta memusnah harta benda. Inilah kezaliman yang lancar kerana cinta. Cinta mis-yar dari seorang ‘dinda’. ‘Dinda’ yang setia dengan ‘nafkah’nya. ‘Nafkah’ punca segala nestapa.

Sejahat-jahat ‘kanda’ dan ‘adik’nya, jahat lagi ‘dinda’ ini. Dia tahu cintanya punca segala. Dia tahu ‘nafkah’nya penyebab seribu duka. ‘Dinda’ inilah pengkhianat sebenar yang pandai berpura-pura. Pengkhianat bangsanya, pengkhianat dunia. Kejayaan ‘kanda’ itu adalah kerananya. Kehancuran dunia juga hasil ‘nafkah’nya.

Itulah episod cinta mis-yar yang setia. Entah bila berakhir. Mungkin tatkala semua sudah menjadi khadam istana mereka.

Cinta yang penuh dengan kezaliman. Sarat dengan kebatilan. Tepu dengan kekejaman. Tumpat dengan kehancuran. Padat dengan kebinasaan. Cinta mis-yar dua benua.

2 comments:

Abu Akhfash Al-Iskandarani (abuakhfash@gmail.com) said...

Siape ye yang memejang watak 'kanda', 'dinda' dan 'adik' :)

Anonymous said...

biasa lah...